Saturday, 18 March 2017

Tips menabung dengan 7 jars.. Mulakan sekarang!!


Macam mana nak survive dengan ekonomi sekarang? 


Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan kita berada di tahun 2017.. Macam mana dengan perancangan kewangan korang semua? Dah bermula ke ataupun masih terfikir-fikir untuk mula?


Memandangkan keadaan ekonomi negara kita yang sangat membimbangkan sekarang,wajib rasanya kita mulakan menabung untuk diri sendiri dan keluarga. Ok,harini kak H nak kongsikan tentang konsep 7 jars..

Apa sebenarnya konsep 7 jars ni? Oleh sebab ini merupakan ilmu baru bagi kak H, so tak salah rasanya kalau kak H kongsikan dengan pembaca semua. Biar kita sama sama dapat manfaatnya.

Konsep Sistem 7 JAR

Apa kebenda 7 JAR SYSTEM ni? 7 jars ni adalah adaptasi dari konsep 6 jars yang diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah salah satu cara untuk menabung. 6 jars bermaksud 6 tabung. Tapi yang kak H nak kongsikan ni merupakan 7 jars. Apa yang ada dalam 7 tabung tu? Ok, kak H kongsikan sikit.

Gambar ihsan google

  1. NEC (necessity) - Tabung ni disediakan khas untuk benda-benda keperluan  dan belanja harian macam bil-bil, belanja anak-anak dan sebagainya.
  2. EDU (education) - Digunakan untuk tabung untuk pembelajaran, buku, kelas tambahan anak, tuisyen dan sebagainya. Ni juga boleh digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak tahun hadapan.
  3. LTSS (long term saving for spending) - Ni merupakan tabung yang digunakan untuk sesuatu benda yang memerlukan duit yang banyak seperti beli rumah, kereta ataupun tanah. 
  4. FFA (financial freedom) - Tabungan untuk hari tua bila kita dah tak mampu nak cari duit. Malang tak berbau kan? Siapa sangka bila kita dah tidak berdaya untuk melakukan pekerjaan, tabung nilah yang kita akan gunakan untuk perbelanjaan tika hari tua. 
  5. PLAY (leisure) - Untuk menunaikan kehendak, tabung ni boleh digunakan untuk beli handbag ke, TV baru ke ataupun buat apa yang kita suka. Travel pun boleh masuk dalam kategori ni.
  6. GIVE (charity) - Nama pun charity, rasanya dah boleh agak tabung untuk apa. Tabung ni khas untuk kebajikan sama ada sedekah kat anak-anak yatim, masjid ataupun sebagainya.
  7. PARENTS (ibu bapa) - Setiap bulan, berapa % dari gaji kita, asinngkan untuk ibu bapa kita walaupun mereka dah kaya dan tak pernah minta duit kita. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan utk urusan-urusan untuk mereka yang belum selesai dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah bagi pihak mereka..

Yang ni adalah tabung terakhir yang kak H tambah selepas konsep 6 jars. Sebab apa pun yang kita lakukan, jangan pernah lupa untuk kongsi rezeki dengan ibu bapa supaya rezeki kita akan bertambah.

Tapi Macamana nak start buat 7 jars ni? Nak mulakan menabung ni pun kena istiqomah dan konsisten. Kalau tak, takkan jadi. Cuba praktikkan setiap bulan, In shaa Allah akan nampak hasilnya. Caranya Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Jadi kalau gaji/bonus RM10,000,

⛔RM5000 utk NEC, keperluan harian
⛔RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
⛔RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
⛔RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
⛔RM1000 utk PLAY, tabung travel!
⛔RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
⛔RM1000 untuk ibu bapa kita

Tapi percentage boleh berubah mengikut situasi masing masing. Yang penting kena jujur dan tegas serta pejamkan mata tiap tiap bulan duit yang kita ada tu mesti pergi ke tempat yang sepatutnya. Masuk tabung jangan korek2 dah..eloknya beli tabung kaca ataupun tabung yang takde penutup untuk bukak..😉😉

Walaupun gaji pertama kita hanya RM1000 sekalipun kena juga buat macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan. Doa ibu bapa adalah sebaik baik doa..

Sekian sahaja perkongsian sistem 7 jars ni. In shaa Allah harini kak H nak mulakan..Semoga apa yang kita hasilkan ni akan membantu kita untuk masa hadapan.. Korang pun mulakanlah juga ye.. Selamat mencuba..😘😘😘

Kalau nak order produk Shaklee, boleh hubungi kak H melalui wasap 013-2109044


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment