Thursday, 17 January 2019

MISI DAN VISI PADA TAHUN 2019

Apa Visi dan Misi kita pada tahun ni?


Harini merupakan hari ke17 kita melangkah masuk ke tahun baru iaitu tahun 2019.. Misi 2018 ada yang tak tercapai.. Salah satunya bab nak turunkan berat badan dan ajak kawan-kawan turunkan berat badan cara sihat. Macam kak H sendiri pun misi tahun lepas masih belum tercapai sebabnya tiba2 pulak ada nyawa dalam perut kak H..Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka.




Misi dan Visi ni selalu sangat tidak akan tercapai puncanya bila perkara yang kita buat tu tak konsisten.. Mula2 dah berkobar kobar tapi bila ada je halangan terus putus semangat.. Kalau macam tu memang sampai bila bilah takkan jadi.. 😁😁

In shaa Allah tahun 2019 ni, kak H nak ajak kawan-kawan kak H sama2 target:

1. Target turunkan berat badan cara yang betul dan sihat. Tak kisahlah nak target berapa kg sekali pun, yang paling penting ada progress dan usaha yang tinggi.

Terutamanya golongan ibu-ibu yang terlebih berat dan obes.
InshaAllah.

2. Kak H nak ajak semua orang untuk bebas kewangan bermula dari tahun ni.

3. Kak H nak kongsikan pengalaman penyusuan kak H dari anak pertama hingga keempat yang penuh liku dan onak duri sehingga umur 2 tahun sebagai sumber inspirasi untuk mummies di luar sana.

Jangan cepat mengalah ye ibu2 semua.. Terutama ibu yang anak pertama..

4. Tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat dari segi pemakanan seharian kita. #eatclean

Follow Nur Hijratul Hajar Bahaman dan setkan SEE FIRST untuk tips kurus, penyusuan dan kesihatan.


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment