Betul ke cara kita urus akaun bisness selama ni?
Bila bercakap tentang bisness, zaman sekarang ni memang ramai yang menceburi bidang bisness oleh sebab ekonomi negara yang semakin meningkat. Sama ada bisness secara online ataupun offline.
Ok, sebenarnya tak kisahlah korang buat bisness apa sekalipun.. Wajib tau rekod semua transaksi keluar masuk duit.. 5 akaun tu wajib ada.. Nak tahu apa dia? kak H akan kongsikan kejap lagi.
Dengan adanya akaun ni, barulah korang tau berapa untung rugi bisness tu. Jangan main taram je nanti untung ke mana, rugi pun kemana. Sebab bisness ni melibatkan duit kan?? Jangan nanti, kita yang menyesal..
Macam mana caranya, ni kak H kongsikan..
1. Buat aliran tunai
Budak akaun mesti mahir bab ni. Bagi yang takde asas akaun, kita buat ala-ala penyata bank tu. Ada kolum duit masuk dan duit keluar.
Setiap kali customer bayar harga produk kita, catat jumlah yang masuk tu. Catatkan juga keuntungan kita hasil jualan tersebut.
Bila kita keluarkan duit untuk beli stok barang kita, catatkan jumlah yang keluar tu. Antara kos-kos lain yang boleh dicatatkan adalah kos penghantaran, kos marketing seperti beli flyer dan beli gifts jika ada.
Bila kita buat aliran tunai ni, barulah nampak pergerakan duit dalam bisnes kita. Barulah kita tahu kita untung atau rugi dalam bisnes yang kita usahakan tu.
2. Asingkan duit bisnes dengan duit peribadi
Kalau boleh, gunakan akaun yang berasingan untuk kedua-dua ni agar tak terguna duit bisnes. Bila kita tak asingkan duit, besar kemungkinan kita guna duit bisnes kita untuk berbelanja kerana kita fikir kita ada duit lebih.
Penting untuk kita asingkan juga duit hasil jualan kepada duit modal dan untung runcit. Untung runcit anda boleh ambil untuk keperluan anda atau masukkan dalam 6 tabung. Duit modal pula penting untuk kita buat beli stok.
Ros juga ada 2 purse untuk duit peribadi dan duit bisnes. Contohnya, kalau COD barang dan dapat cash, duit ini akan masuk purse bisnes.
3. Buat analisis setiap hujung bulan
Berdasarkan aliran tunai yang anda buat dari awal bulan lagi, anda boleh nampak berapa keuntungan yang anda dapat bulan tu. Untuk bulan seterusnya, anda dah boleh letak target keuntungan yang anda nak capai. Pastinya lebih tinggi daripada bulan sebelum ni kan.
Anda juga boleh rancang bagaimana nak kembangkan lagi bisnes anda dalam tempoh 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya.
0 comments:
Post a Comment