Sunday 29 June 2014

Punca Air Ketuban Berkurangan Ketika Hamil..



Ini adalah entri tertunda..Kali ni nak cerita tentang pengalaman diri sendiri..Pada tarikh 14.6.14 adalah tarikh check up saya walaupun terlewat seminggu..hehe..Masa jmp doc cek macam biasa..cek air kencing,tekanan darah,timbang dan injection ATT..Oleh sebab dh 28minggu,so doktor pn scan..Igtkn mula2 sje lah nk tny doktor jantina baby...sama ada baby boy or gurl tp puas doktor scan tapi xnampak coz baby tdo dalam perut..huhu..lama jugak lah doktor scan dan last2 doktor cakap air ketuban kurang..Ya Allah terkejut n risaunya hati bila doktor cakap macam tu..baru 28w tp air ketuban dah kurang..tapi doc kata takpe,next 2week cek lagi air ketuban tgk macam mana..
Bila balik je rumah,so sesi mencari info dimulakan..sebelum tu,saya terangkan sedikit tentang air ketuban ni...


Air ketuban ialah cecair amnion yang mengililingi bayi anda didalam rahim semasa mengandung dan amat penting untuk perkembangan bayi. Cecair amnion dihasilkan kira-kira 12 hari selepas persenyawaan dilakukan. Masalah air ketuban terbahagi kepada dua iaitu:-


  • Polyhydramnio (air ketuban terlalu banyak)
  • Olygohydramnio (air ketuban terlalu sedikit)

Dalam kes saya ni, air ketuban saya mulai sedikit bermula pada 28minggu..Jom tengok  apa yang menyebabkan air ketuban ni berkurangan. Mengikut pembacaan saya, ada beberapa faktor yang menyebabkan air ketuban berkurangan. Antaranya ialah:-

  • Kecacatan kelahiran - sistem saluran kencing tidak berfungsi seperti buah pinggang tidak berfungsi ataupun bayi tidak mempunyai buah pinggang untuk mengeluarkan air kencing.
  • Kebocoran air ketuban - Kepecahan air ketuban pramatang (PROM) mungkin berlaku. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman
  • Masalah uri - Jika uri tidak menyediakan darah dan nutrien yang mencukupi kepada bayi, bayi mungkin boleh berhenti mengeluarkan air kencing
  • Post tarikh kehamilan - Kehamilan yang lebih kepada 42minggu boleh mempunyai tahap air ketuban yang rendah
  • Komplikasi ibu - Faktor-faktor seperti dehidrasi ibu, tekanan darah tinggi, preeclampsia, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan air ketuban berkurangan.

Cara memperbanyakkan air ketuban

Mengikut orang2 lama, air ketuban boleh bertambah dengan mengamalkan makan buah tembikai dan air zam2..Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam sebab saya sendiri baru nak mencuba..Nantikan entry saya yang seterusnya untuk mengetahui keputusan air ketuban saya pada 30 minggu.


**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui sms/whatsapp 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com





Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment