Sunday, 1 December 2013

AURAT KETIKA BERSALIN



Assalammualaikum dan Selamat Malam..Tengah duduk bersantai sambil melihat televisyen rancangan "Semanis Kurma" tentang tajuk "Aurat ketika bersalin". Tentunya ramai diluar sana yang terpikir2 tentang aurat kita sebagai seorang wanita Islam ketika bersalin di Hospital dan kebiasaanya di hospital kerajaan..Seperti yg kita dapat lihat hari ini, kebanyakan doktor2 yang ada di hospital kebanyakkannya adalah doktor lelaki..Malah sudah menjadi satu fenomena apabila setiap kali apabila tiba waktu melahirkan, doktor yang akan memeriksa "bukaan serviks" ibu2 adalah doktor lelaki..Memang agak memalukan apabila ada lelaki lain yang melihat aurat kita bahkan menyentuh kemaluan kita selain suami kita.. Seperti yang kita ketahui, aurat bagi wanita adalah semua anggota badan kecuali muka dan tangan..tidak boleh dilihat atau disentuh oleh mana2 lelaki yang bukan muhrim..kecuali "DARURAT". Di dalam Islam, darurat adalah diharuskan ketika perubatan dan ketika menjadi saksi.

Ramai yang beranggapan bahawa ramai bidan lelaki berbanding bidan wanita didalam bidang perbidanan kerana bidang perbidanan ini sebenarnya agak susah dan berisiko tinggi. Contohnya, kalau emergency case ada wanita nak bersalin tengah2 malam, susah bidan wanita nak tolong..Lagipun, bidan lelaki dan lali melihat aurat wanita yang bersalin (tidak bernafsu lagi). Memang tidak masuk akal pemikiran seperti ini!!!Namun begitu, Islam masih mempunyai garis panduan untuk setiap umatnya. Ada dikalangan dikalangan mereka yang harus terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan beralasan darurat serta menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:-


"Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan". Namun, "DARURAT" bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya bermakna tidak boleh mengambil kesempatan sama ada pesakit itu sendiri atau perawat..Namun, dalam mazhab syafie ada juga dibahaskan dimana apabila cuma doktor lelaki sahaja yang boleh merawat pesakit wanita tersebut, harus ditegaskan bahawa keadaan "DARURAT" itu perlulah WAJIB ada MAHRAM menemankan pesakit ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Antaranya ialah:-



  1. SUAMI ATAU MAK KANDUNG
  2. SAUDARA PEREMPUAN
  3. JURURAWAT PEREMPUAN
  4. Perlu mengutamakan PAKAR WANITA dahulu..Sekiranya tidak ada PAKAR WANITA, barulah DARURAT ini diisytiharkan..
  5. DOKTOR LELAKI tersebut haruslah amil (jujur) dan professional dalam menjalankan tugas..Tidak mengambil kesempatan kepada pesakit tersebut..
Mengapa Aurat Wanita ini penting ketika Bersalin??

Apabila bercakap tentang aurat wanita, ianya tentulah berkaitan dengan maruah..Seseorang wanita itu wajib menjaga maruahnya sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk suami..Ia juga merupakan salah satu rukun islam..Walau bagaima susah senang or DARURAT sekalipun, kita harus jaga sebaik yang mungkin..Oleh itu, MARUAH amatlah penting untuk dijaga kerana dalam islam, MARUAH itulah yang akan mengangkat martabat seorang wanita.. Keadaan "DARURAT" ini adalah untuk menjaga 5 perkara iaitu:-

  1. AGAMA
  2. NYAWA - Nyawa adalah penting kerana ia memastikan kelansungan hidup.
  3. AKAL
  4. KETURUNAN
  5. HARTA
Dalam kes melahirkan bayi ini, ada pertentangan sama ada ingin menyelamatkan maruah ataupun nyawa. Sekiranya melibatkan nyawa yang memudaratkan ketika dan selepas itu, maka DARURAT harus diisytiharkan..Namun, DARURAT ini akan berlaku dengan syarat:-

  1. Benar-benar berlaku dan bukannya andaian - Sekiranya kita sudah berusaha untuk mendapatkan rawatan dari PAKAR WANITA, namun pada masa itu kita terpaksa berhadapan dengan DOKTOR LELAKI ataupun mungkin hanya DOKTOR LELAKI sahaja yang boleh merawat kita, maka DARURAT itu harus berlaku.
  2. Tidak ada benda yang harus atau yang halal yang kita boleh buat melainkan yang haram, maka kita boleh gunakan benda yang haram.- Sekiranya tidak ada doktor wanita kecuali doktor lelaki maka kita perlu mendapatkan rawatan dari doktor lelaki tersebut. 
Berdasarkan penerangan dari seorang doktor, kita sebagai seorang pesakit mempunyai hak untuk meminta doktor lelaki menyambut kelahiran bayi kita..Kita perlu memberitahu terlebih awal untuk dirawat oleh doktor wanita..

Kesimpulannya:-


  1. Suami wajib pelihara aurat dan maruah isteri dengan menitikberatkan hukum2 Allah dalam apa jua keadaan kerana isteri adalah amanah Allah. Usaha untuk mendapatkan doktor wanita ketika melahirkan.
  2. Pastikan dari awal kehamilan, aurat perlu dijaga dan pastikan pemeriksaaan oleh Jururawat wanita.
  3. Ketika mengandung, WAJIB dahulukan doktor perempuan
  4. Mentaati Allah dengan sebaiknya dengan melakukan segala suruhan serta meninggalkan segala larangannya untuk mendapat keredhaan Allah.
  5. Jangan ambil mudah dalam soal proses kelahiran kerana ia menentukan zuriat yang soleh dan solehah.
  6. Zikir yang boleh diamalkan oleh suami dan isteri "Subhanallah", "Astaghfirullah", "Kursi", "Surah Al-Falaq", "Surah An-Nas"
  7. Jaga pemakanan seperti makan kurma, air zamzam dan madu. 



Akhir kata, semoga Allah terus memelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk melahirkan zuriat yang seterusnya. Perkara yang sebelum ni telah berlaku tanpa ada kesedaran ataupun tidak mampu BERTEGAS, TIDAK CUKUP bersedia dan sebagainya maka bertaubat dan muhasabah diri. Insyallah DIA Maha Pengampun




Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment