Wednesday 30 December 2015

Pengedar Sah Shaklee Bandar Tasik Puteri, Rawang, Country Homes dan Meru


Pengedar Sah Shaklee Anda!!


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Entry kali ni ringkas sahaja sebab saya nak cerita tentang diri saya dan bagaimana nak dapatkan vitamin tanpa kos pos dari saya.



Nama saya Nur Hijratul Hajar binti Bahaman dan saya adalah pengedar sah shaklee ID: 926826. Untuk mendapatkan vitamin secara COD (CASH ON DELIVERY) dari saya melalui dua kaedah iaitu:-


  • Cod di rumah
  • Cod di pejabat
  • Cod di rumah mertua


Sekiranya anda berada berdekatan dengan saya, anda boleh cod di kawasan rumah saya iaitu Bandar Tasik Puteri, Country Homes, Rawang dan seangkatan dengannya.



Untuk proses cod di pejabat, saya hanya melakukan cod pada lunch hour iaitu jam 1-2ptg sahaja dan ianya sekitar kuang, kundang dan sungai buloh sahaja.

Kebiasaannya, tiap2 minggu saya akan berkunjung ke rumah ibu mertua saya yang terletak di Meru. Perjalanan untuk ke Meru, saya akan melalui kawasan Batu Arang, Puncak Alam, Saujana Utama dan akhir sekali Meru. Jika anda berminat untuk cod vitamin, bolehlah berjumpa dengan saya di kawasan berdekatan.

Untuk penghantaran vitamin ke seluruh malaysia, saya akan menggunakan perkhidmatan POSLAJU mahupun GDEX. Kebiasannya penghantaran melalui pos mengambil masa 3-5hari bekerja dan merangkumi Peta Malaysia dari Johor hingga ke Sabah dan Sarawak.  Kalau nak pos luar negara pun boleh ye..

Sebaik sahaja customer saya membuat pembayaran sama ada melalui (bank in /transfer), proses pengeposan akan dilakukan keesokkan harinya dan apa yang penting nama, alamat dan no tel untuk proses pos adalah betul untuk memastikan barang sampai tepat kepada customer.  

Apa yang bestnya mengenai cod ni, anda akan dapat jimatkan kos pos dan dapat free consultation secara face to face dari saya.

Sekiranya berminat, boleh menghubungi saya melalui wasap 013-2109044 untuk sebarang vitamin dan sebarang nilai



Baca Selanjutnya

Thursday 5 November 2015

4 cara terbaik elak ruam lampin pada bayi


Ruam lampin yang teruk sehingga berdarah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kali ni sempat saya kongsikan sedikit pengalaman seorang ibu yang mempunyai masalah tentang ruam lampin anak beliau teruk sehingga berdarah.  Oleh sebab itu, saya akan kongsikan sedikit cara-cara untuk elak berlakunya ruam lampin pada bayi ibu-ibu.  

Ruam lampin adalah perkara biasa yang sering berlaku kepada bayi, kebiasaannya apabila bayi berusia 9-12 bulan.  Oleh itu, bayi ibu mungkin berhadapan dengan masalah melecet di bahagian celah kangkang bayi atau kemaluan sama ada menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.






Apa itu ruam lampin?

Sekiranya bayi ibu mengalami ruam lampin, kulit bayi akan kelihatan merah dan mengalami keradangan dimana ia berada dekat dengan kawasan lampin.  Ruam tersebut akan memberi kesan kepada kemaluan, kulit luar pada lipatan paha, dan bahagian bawah.  Kawasan yang mengalami masalah tersebut boleh hadir sama ada kering atau lembap.  Ia kadang-kadang kelihatan seperti ruam atau kemerahan.

Namun, ruam lampin yang tidak dirawat boleh membawa kepada perkara serius seperti:-
  • Jangkitan yis seperti seriawan atau candida.  Jangkitan yis adalah lebih biasa dikalangan bayi yang mengambil antibiotik. Ini kerana antibiotik membunuh bakteria baik yang biasanya menyimpan yis.
  • Jangkitan bakteria.  Bayi anda mungkin mengalami demam, dan jangkitan yang biasanya menyebabkan meleleh tompok kuning 

Punca ruam lampin berlaku

Sebab utama berlakunya ruam lampin adalah kelembapan yang disebabkan oleh buang air kecil dan besar. Ini kerana bayi yang baru lahir selalu membuang air dan ianya akan menyebabkan kawasan kemaluan berair..

Walaupun lampin paling menyerap meninggalkan kelembapan pada kulit halus bayi, namun ianya sukar untuk kulit bayi bekerja sebagai penghalang.  Ia lebih berkemungkinan kulitnya akan melecet.

Bayi yang dibiarkan dalam keadaan lampinyang kotor terlalu lama yang ebih berisiko untuk menghadapi masalah ruam lampin. Bagaimanapun, ianya boleh berlaku juga kepada bayi yang mempunyai kulit sensitif walaupun ia kerap kali menukar lampin.

Tindak balas antara membuang air kecil dan besar yang dimampatkan bersama-sama dalam lampin sangat baik untuk kulit bayi.  Sekiranya bayi mengalami cirit-birit ia boleh membuatkan bayi lebih terdedah kepada ruam lampin.  Ini kerana najis tersebar di kawasan yang lebih luas dan lebih lembap daripada biasa.

Kadang-kadang perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin.  Bayi mungkin mengalami reaksi alahan kepada produk yang menyentuh kulitnya.  Ia dipanggil alahan dermatitis tetapi jarang berlaku kepada bayi.

Alahan dermatitis boleh berlaku oleh lampin yang berbeza jenama atau pembersih bayi.  Kadang-kadang ianya jelas apa penyebabnya ruam contohnya seperti menukar produk baru.


Cara terbaik merawat ruam lampin

Ibu boleh merawat ruam lampin ini sendiri.  Ruam lampin tersebut sepatutnya akan hilang dalam masa 3 atau 4 hari.  Jika tidak, ianya akan menggangu bayi anda.

Berikut adalah cara untuk merawat ruam lampin bayi anda:-
  • Pastikan bayi anda sentiasa bersih dan kering dengan menukarkan lampin secara kerap.  Cuba lakukan secepat mungkin selepas bayi anda kencing atau lampin penuh.
  • Bersihkan permukaan kemaluan bayi dengan menggunakan tisu basah yang bebas pewangi serta alkohol atau lembut, sabun yang lembap.  Bilas dengan air dan pastikan lap dengan kering.
  • Biarkan bayi dalam keadaan bogel seketika sekerap yang boleh untuk memberikan ruang udara. Baringkan bayi di atas tuala 
  • Sapukan minyak atau krim sebelum memakaikan lampin.
  • Ketika mandi, gunakan pembersih bayi atau sabun mandi emolien ringan ditambah air untuk mencuci bayi.  Namun, berhati-hati kerana emolien akan membuatkan bayi licin ketika mandi.
  • Beralih kepada lampin pakai buang sekiranya ibu menggunakan lampin kain.  Namun, tidak ada bukti kukuh bahawa lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam.

Cara terbaik untuk menghalang ruam lampin

Cara terbaik untuk menghalang ruam lampin dari berlaku ialah:-


  1. Tukar lampin bayi anda sekerap yang mungkin
  2. Tukar lampin sebaik sahaja anak ibu membuang air kecil mahupun besar.
  3. Bersihkan kemaluan bayi sebersihnya selepas membuang air besar.  Pastikan kulit bayi kering dan bersih sebelum memakaikan lampin.
  4. Jangan sesekali gunakan bedak ketika menukar lampin untuk mengelakkan ruam lampin dan boleh menyebabkan kulit bayi mengalami radang dan kemerah-merahan.
  5. Sapukan minyak bayi setiap kali ingin menukar lampin
  6. Pakaikan lampin bayi anda tidak terlalu ketat untuk memberikan ruang udara.
Berbalik kepada cerita seorang ibu yang runsing memikirkan masalah ruam lampin bayi beliau yang berdarah ketika menukar lampin pakai buang sebelum ni, melihat keadaan bayi tersebut saya berasa sedih kerana sudah tentu bayi itu menahan kesakitan yang amat sangat.



Oleh yang demikian, saya telah mencadangkan Herbal Blend Multipurpose Cream kepada ibu tersebut. Alhamdulillah selepas dua hari, saya mendapat perkhabaran yang amat positif.




Antara kebaikan Herbal blend Multipurpose Cream ni ialah:-
  • Membantu merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga.
  • Mengubati luka dan melecur
  • Melicinkan tumit kaki dari kesan tumit pecah-pecah
  • Menghilangkan parut
  • Menghilangkan ruam pada bayi
  • Krim kegunaan harian
  • Membantu memulihkan puting luka bagi ibu menyusu


1 tiub herbal blend bersamaan 113g.. sangat-sangat berbaloi dengan harga dan khasiatnya.  Kalau untuk anak, ibu sanggup buat apa sahaja kan??  Ibu-ibu bolehlah menghubungi saya sekiranya ingin mendapatkan Herbal Blend Multipurpose Cream. Wasap 0132109044

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**




Baca Selanjutnya

Wednesday 21 October 2015

27 jenis makanan yang boleh elak sembelit ketika berpantang


Isteri serik nak bersalin lagi!!

Rata-rata ibu yang mengalami masalah sembelit ketika berpantang pasti akan rasa serik untuk mengandung dan bersalin lagi.  Ini adalah pengalaman seorang isteri yang ketika berpantang mengalami masalah sembelit yang teruk sehingga serik untuk bersalin lagi. Ikuti kisah beliau.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Punca sembelit


Untuk mencegah sembelit, fahami dulu apa yang menyebabkan sembelit berlaku.  Semua makanan yang melalui usus perut, badan kita akan menyerap air daripadanya dan selain dari air akan membentuk najis.  Otot akan bergerak melalui kolon dengan rektum untuk memudahkan membuang air. 

Apabila pergerakan ini melambatkan, kolon akan menarik air terlalu banyak.  Oleh sebab itu, najis akan menjadi kering dan sukar untuk dikeluarkan sekaligus menyebabkan sembelit.

Masalah ini akan berlaku oleh sebab diet yang serat rendah atau diet yang tinggi lemak, kurang bersenam, tidak minum air yang secukupnya, makan ubat-ubatan tertentu, penyalahgunaan julap dan hamil juga boleh menyebabkan sembelit.

Makanan yang boleh mengelakkan sembelit

Sekiranya mengalami sembelit, jalan tergesa-gesa untuk menggunakan julap.  Sebaliknya, lihat diet anda.  Adakah anda mendapat serat yang mencukupi?

Fiber adalah sebahagian makanan daripada tumbuhan yang badan tidak boleh hasilkan. Pengambilan fiber yang banyak dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pencernaan.

Semua tumbuhan termasuk buah-buahan, sayuran, bijirin, kekacang mengandungi fiber.  Persatuan Diet Amerika mengesyorkan sebanyak 25g sehari untuk wanita manakal 38g sehari untuk lelaki.


Selepas 50 tahun, kita hanya memerlukan lebih kurang 21g sehari untuk wanita manakala 30g sehari untuk lelaki.  Malangnya, kebanyakan dari kita hanya mendapat serat sebanyak 15g sehari yang menjurus kepada masalah sembelit.


Antara contoh makanan yang tinggi serat ialah:-

  • 1/2 cawan kacang laut : 9.5g
  • 1 biji buah pir yang kecil : 4.4g
  • 1/4 cawan kurma : 3.6g
  • 1 biji epal sederhana : 3.3g
  • I biji kentang sederhana : 4.8g

Makanan yang boleh menghalang sembelit ketika berpantang

Salah satu perkara yang menyakitkan dan paling mengerikan ialah selepas melahirkan anak dan ingin membuang air.  Buang air besar akan menyebabkan kesakitan kepada jahitan kerana ibu perlu meneran dan ia sedikit sebanyak meyakitkan episiotomy.  Walaubagaimanapun, adalah amat penting untuk ibu elakkan sembelit.

Ibu lebih mudah mengalami masalah sembelit disebabkan oleh makanan yang dimakan dan kurang minum air atau cecair.  Sebab lain ialah, ibu tidak banyak bergerak. Oleh itu, apa yang penting ialah:-

  1. Minum banyak air atau cecair.
  2. Banyakkan bergerak, berjalan keliling wad hospital dan dirumah.
  3. Lebihkan makan makanan yang tinggi serat.
Berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan sembelit:-
  1. Jus prun.  Sediakan sebotol jus prun dan bawa bersama ketika ke hospital.  Campurkan dengan air suam dan minum setiap pagi bersama sarapan.
  2. Prun.  Boleh dijadikan snek untuk mendapatkan lebih fibre.
  3. Oat.  Baik untuk menghasilkan susu badan, sihat dan paling penting membantu melembutkan najis.
  4. Sayuran dan buah-buahan
  5. Ibu tidak digalakkan mengambil pisang kerana pengambilan pisang bersama nasi akan menyebabkan sembelit yang teruk.  Pisang boleh menyebabkan sembelit bukannya membantu jika ia diambil bersama makanan yang salah.
  6. Lebihkan pengambilan bijirin.  Gantikan roti putih, beras putih dan pasta dengan roti bijirin penuh, pasta gandum, dan beras perang.  Makan lebih banyak oat gandum, bijirin gandum penuh dan biskut gandum.  Tetapi pastikan memilih rendah lemak dan rendah gula.
  7. Lebihkan kekacang.  Cuba gantikan daging dengan atau kekancang sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.  Tambahkan kacang putih kedalam salad dan cuba sup kacang dan kukus sebagai hidangan utama.
  8. Tambahkan serat secara beransur-ansur.  Cuba buat perubahan secara perlahan-lahan dalam masa seminggu atau lebih.  Jika ibu mengambil serat dengan tergesa-gesa, ibu mungkin mengalami kembung.  Beri masa kepada badan untuk menyesuaikan diri.
  9. Pertimbangkan tambahan serat.  Jika anda mengalami masalah untuk mendapatkan serat yang secukupnya dalam diet, supplement dapat membantu. 
  10. Elakkan dehidrasi.  Jika ibu menambahkan lebih banyak serat didalam diet sama ada melalui makanan atau supplement, pastikan minum lebih banyak air atau cecair.  Pilih air yang kurang atau tiada kalori, soda bergula dan minuman buah-buahan boleh menambahkan kalori tambahan yang tidak diperlukan.

Pilih makanan yang tinggi fiber

Cuba ubah diet harian anda untuk mengelakkan sembelit.  Makan makanan yang banyak serat adalah cara yang paling mudah dan paling boleh dipercayai.  Ia bertujuan untuk mendapatkan 15 hingga 20 gram serat sehari dengan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang seperti kacang hitam, kacang merah, bijirin, gandum dan roti.

Mulakan dengan secawan bijirin bran dan sebiji buah-buahan (atau secawan beri) pada waktu pagi. Pada waktu petang, ambil semangkuk kismis atau cranberry kering, atau epal atau tamabahkan satu sudu minyak flaxseed kedalam buah-buahan dan yogurt smoothie.


Kebanyakan makanan tenusu mengandungi sedikit atau tidak mempunyai serat.  Oleh itu, ia mungkin bijak untuk mengurangkan makanan ini daripada diet anda jika anda menghadapi masalah sembelit.



Jenis makanan yang mempunyai banyak serat

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang mengandungi tinggi serat berdasarkan USDA National Nutrisi:-

  • Kacang putih (dimasak) 1 cawan = 19.1g serat
  • Bijirin Kellog semua jenama 1 cawan = 17.6g serat
  • Kacang hitam (dimasak) 1 cawan = 15g serat
  • Kacang Dal (dimasak) 1 cawan = 16.3g serat
  • Kacang merah (dimasak) 1 cawan = 15.6g serat
  • Kacang pinto (dimasak) 1 cawan = 15.4g serat
  • Kacang kuda (dimasak) 1 cawan = 12.5g serat
  • Rapsberry beku 1 cawan = 11g serat
  • Sayur campur beku (dimasak) 1 cawan = 8g serat
  • Prun rebus = 7.7g serat
  • Beri hitam (segar)  = 7.6g serat
  • Kismis 1 cawan = 7.3g serat
  • Bayam beku (dimasak)  = 7g serat
  • Bran oat (dimasak) 1cawan = 5, 7 g serat
  • Pir sederhana 1 biji = 5.1g serat
  • Brokoli (dimasak) 1 cawan = 5.1g serat
  • Strawberi (beku) 1 cawan = 4.8g serat
  • Lobak merah (dimasak) 1 cawan 4.7g serat
  • Kentang bakar (dengan kulit) 1 biji = 4.4g serat
  • Oatmeal (dimasak) 1 cawan = 4g serat
  • Epal sederhana 1 biji = 3.3g serat
  • Pisang 1 biji = 3.3g serat
  • Prun kering (5 keping prun) = 3g serat
  • Epal kering (5 keping) = 2.8g serat
  • Aprikot kering (10 bahagian) = 2.6g serat
  • Roti gandum (1 keping) = 1.7g serat
Cuba ubah diet ibu perlahan-lahan.  Sekiranya agak sukar untuk mendapatkan diet yang sihat, ibu mungkin boleh mencuba Set Berpantang kerana kandungan magnesium didalam Ostematrix dapat membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis selain membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang.  Selain itu, ibu juga boleh mencuba 
8 cara mudah atasi sembelit yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Sekiranya berminat untuk mencuba set berpantang Shaklee, boleh menghubungi saya melalui whatsapp 013-2109044.

** These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**






      Baca Selanjutnya

      Wednesday 30 September 2015

      Penting ke Vitamin Ketika Hamil??


      Malasnya nak makan vitamin masa hamil

      Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

      Alhamdulillah, baru ni saya pergi buat checkup untuk anak keempat saya rupanya dah 15week dalam rahim.  Masa doktor scan tu terujanya hati bila tengok janin dalam rahim saya yang sudah cukup sifat..Subhanallah indahnya ciptaanNya.




      Saya percaya, mesti ramai ibu-ibu diluar sana berkira-kira nak makan vitamin ketika hamil kan? Malasnya rasa.  Saya sendiri tidak terkecuali. Dulu pernah dengar orang cakap, kalau kita makan vitamin yang klinik bekalkan boleh buat bayi dalam kandungan besar.  Betul ke?

      Oleh sebab dengar mitos tu yang membuatkan saya tak pernah makan vitamin dari klinik serta bau vitamin tersebut kadang-kadang membuatkan saya tak lalu nak telan. Alhamdulillah, lepas kenal set hamil ni, saya terus tertarik dan sampai sekarang saya amalkan.

      Tapi untuk pasangan yang inginkan anak pun boleh cuba vitamin suami isteri dan tips-tips cepat hamil yang pernah saya kongsikan.


      Penting ke vitamin prenatal ni?

      Jawapannya ya.  Ianya memang agak sukar untuk kedua-duanya mendapatkan nutrient yang diperlukan, walaupun diet ibu hampir sempurna dan ibu makan pelbagai jenis makanan termasuk daging, susu, buah-buahan dan sayuran.

      Kebanyakan wanita boleh mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin dan mineral dari supplement prenatal, sebaik-baiknya sebelum ibu mula cuba untuk hamil.  Anggaplah ia seperti polisi insurans bagi memastikan ibu mendapatkan jumlah nutrien penting yang betul ketika hamil.

      Pengambilan vitamin prenatal adalah lebih penting bagi wanita yang mempunyai diet tertentu, diet sekatan makanan, masalah kesihatan, ataupun komplikasi ketika hamil.  Ini termasuklah wanita yang:-


      1. Vegetarian atau vegans
      2. Tidak toleransi dengan laktos atau makanan lain
      3. Merokok atau mengambil bahan-bahan lain
      4. Gangguan darah tertentu
      5. Mempunyai penyakit kronik
      6. Pernah menjalani pembedahan gastrik
      7. Sejarah mempunyai anak kembar dan lebih

      Apa yang ada dalam supplement prenatal yang saya tidak dapat dari makanan?


      Sekiranya ibu seorang yang benar-benar menjaga pemakanan, ibu mungkin sudah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang sepatutnya.  Tetapi 2 nutrien penting seperti asid folik dan zat besi selalu tergolong dalam vitamin prenatal kerana kebanyakan wanita hamil tidak dapat kuantiti yang secukupnya daripada makanan.

      • Folic acid.  Mendapatkan vitamin B yang secukupnya boleh mengurangkan risiko masalah nueral tube kepada bayi anda seperti spina bifida dan anencephaly sebanyak 50% ke 70%.  Asid folik juga boleh mengurangkan kecacatan lain seperti bibir sumbing, lelangit rekah dan kecacatan jantung tertentu.  Pengambilan asid folik juga boleh mengurangkan risiko preeclampsia.  Badan kita menyerap asid folik jenis sintetik lebih baik berbanding secara semulajadi dari makanan.  Jadi walaupun anda makan makanan yang seimbang, makanan tambahan adalah sangat disyorkan.
      • Zat besi.  Kebanyakan wanita hamil tidak dapat mineral ini didalam diet mereka untuk memenuhi permintaan badan ketika hamil, yang mana boleh membawa kepada anemia.  Mengelakkan pembawakan anemia boleh mengurangkan risiko kepada kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan kematian bayi.

      Disini saya kongsikan satu video dimana seorang ibu yang pernah disahkan anemia ketika hamil dan ditahan ward dapat menyelesaikan masalah anemia beliau.

      Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

      Perlukah saya mengambil vitamin lain??


      Bukan semua vitamin prenatal mengandungi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA dimana ianya sangat penting dalam membantu perkembangan otak, saraf dan tisu mata bayi.  

      Sekiranya ibu tidak makan ikan atau sebarang makanan yang tinggi asid lemak Omega 3, doktor akan menyarankan ibu untuk mengambil supplement asid lemak Omega 3 tambahan didalam vitamin prenatal.

      Kalsium dan Vitamin D juga penting terutama apabila trimester 3 dimana tulang bayi sudah mula membesar dan kuat.

      Bagaimana ingin memilih vitamin yang terbaik?

      Cuba cari vitamin yang mengandungi:-
      • Asid folik
      • Kalsium
      • Iron
      Ia juga boleh memberi manfaat sekiranya vitamin prenatal tersebut mengandungi Vitamin D, Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E dan zinc.

      Vitamin D amat penting kerana badan memerlukan vitamin larut lemak ini untuk membantu membina tulang dan gigi bayi.  Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus.

      Sekiranya ibu kekurangan Vitamin D ketika hamil, bayi mungkin akan kekurangan vitamin ketika dilahirkan.  Ini boleh meletakkan bayi berisiko kepada penyakit riket (yang boleh membawa kepada kecacatan dan keretakan), pertumbuhan tulang tidak normal, dan melambatkan pembentukan fizikal.

      Kekurangan Vitamin D juga boleh membawa kepada risiko yang tinggi pembentukan preeclampsia dan memerlukan pembedahan.

      Namun, harus diingat bahawa vitamin adalah pelengkap kepada diet yang sihat dan bukannya pengganti kepada makanan yang baik.

      Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ketiga saya mengamalkan Vitamin Prental shaklee selain dapat mengurangkan loya dan muntah ketika hamil, ia juga mengandungi ciri-ciri utama vitamin yang saya cari seperti asid folik, kalsium, zat besi, Vitamin ADEK dan zinc.

      Oleh sebab saya kurang makan ikan, saya hanya mengamalkan Omega Guard kerana ia pengganti kepada ikan salmon dan minyak ikan terbaik didunia.

      Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp) atau ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit ataupun debit, boleh 



      **These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


      Baca Selanjutnya

      Tuesday 29 September 2015

      9 tips cepat bersalin dan mengurangkan kontraksi ketika bukaan rahim yang suami perlu ambil tahu!!


      Risaunya ibu due date bersalin dah lepas

      Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua..

      Bila bercerita pasal bersalin mesti ramai yang nak cepat bersalin kan? Maklumlah dah tak sabar nak tengok bayi yang bakal dilahirkan tu.  Namun semua wanita mempunyai pengalaman yang berbeza setiap anak.

      Saya sendiri berpengalaman melahirkan 3 orang anak saya dengan 3 pengalaman.  Anak yang pertama dilahirkan pada hari jangkaan bersalin iaitu 13.06.08 (memang due date).  Anak kedua awal 10hari dari due date iaitu 23.07.12 (due date sebenar 02.08.12) manakala anak ketiga saya terlebih due date pada 10.09.14 (due date sebenar 11.09.14).

      Rata-rata ibu yang terlebih due date mesti risau kena induce.  Saya sendiri tidak terkecuali.  Rasa takut akan induce tu memang terbayang-bayang dalam fikiran kerana berdasarkan pengalaman orang sekeliling dan rakan-rakan, induce tu lebih sakit dari sakit bersalin sendiri.




      Persediaan untuk melahirkan bukan bermakna menyiapkan barang-barang yang hendak dibawa ke hospital sahaja namun persediaan tentang cabaran fizikal yang bakal dihadapi.  

      Oleh sebab itu, saya akan kongsikan beberapa tips untuk membantu mempercepatkan proses bersalin dan mengurangkan kontraksi.


      1. Makan kurma. Amalan memakan kurma setiap hari bermula dari sembilan bulan sehingga tarikh melahirkan dapat memberikan ibu tenaga sepanjang proses kelahiran tersebut.
      2. Lebihkan tidur. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang tidur daripada enam jam pada bulan terakhir berusaha lebih lama untuk proses kelahiran berbanding wanita yang tidur 7jam atau lebih.  Oleh itu, wahai para suami tolonglah beri isteri peluang untuk tidur yang cukup pada akhir-akhir kehamilan mereka.
      3. Ketuk ketampi dan basuh baju mencangkung.  Ini adalah petua yang mama saya ajarkan masa saya terlebih due date anak ketiga haritu.  Pesan mama saya, masa mandi bawah shower tu, cuba buat ketuk ketampi sebanyak 10 kali dan cuba tingkatkan kiraan setiap kali mandi.  Selain tu, boleh juga basuh baju mencangkung tapi jangan selalu ye.
      4. Kerapkan bersama suami.  Suami jangan terkejut pula ye kalau isteri asyik nak bersama je.  Jangan cakap isteri buang tabiat pulak. (tak baik tau!).  Kajian menunjukkan bahawa sperma suami dapat merangsang bukaan rahim untuk bersalin.
      5. Minum air milo campur marjerin.  Kalau dah rasa sakit hendak bersalin, boleh cuba minum air milo campur dengan marjerin bagi memudahkan proses kelahiran.  InshaAllah dengan izin Allah.
      6. Banyakkan bergerak.  Jika sakit kontraksi semasa berada dihospital, jangan duduk atau baring sahaja.  Cuba untuk berjalan sepanjang berada di hospital bagi mengurangkan sakit kontraksi. Suami juga boleh bantu pimpin isteri berjalan perlahan-lahan disekeliling hospital.  Peranan suami disaat ini, amat penting bagi mengurangkan sakit isteri.
      7. Cuba teknik pernafasan atau relaks.  Sekiranya isteri berasa cemas, cuba tenangkan dan minta isteri cuba teknik pernafasan bagi memudahkan proses bersalin tersebut.
      8. Hayunkan punggung dan bongkok kehadapan.  Teknik ini dapat membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks anda.
      9. Berzikir.  Ingatkan isteri untuk sentiasa berzikir "Laila ha illa anta subha naka inni kuntu minazzalimin"


      Sebelum disahkan hamil, saya dan suami mengamalkan supplement kesuburan dan bagi wanita yang mempunyai masalah ketidakstabilan hormon, boleh cuba tips merawat kestabilan hormon seperti yang saya pernah kongsikan.

      Zinc amat penting dalam menghasilkan sperma yang baik dan berkualiti.  Selain itu, pasangan suami isteri yang inginkan zuriat, boleh cuba tips cepat hamil ni untuk zuriat yang akan datang.

      Itulah sahaja 9 petua yang dapat saya kongsikan pada semua berdasarkan pengalaman saya. Alhamdulillah, proses bersalin anak kedua dan ketiga tidak mengalami sakit yang lama cuma terkilan sebab sewaktu melahirkan anak kedua saya, suami tak dapat masuk dan ada jururawat lelaki yang masukkan ubat pada rahim saya untuk pecahkan air ketuban.

      Namun, perlu diingat bahawa aurat ketika bersalin juga perlu dijaga.

      Akhir sekali, selepas bersalin peranan suami juga penting dalam memastikan kesihatan isteri terjaga.  Pastikan isteri mengambil set berpantang yang dapat mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka selain dapat mengurangkan sembelit ketika berpantang dan memulihkan luka jahitan dengan cepat.

      Sekiranya anda prihatin terhadap isteri anda, boleh hubungi saya untuk mendapatkan set berpantang di talian 013-2109044 (whatsapp).  Jangan biarkan mimpi ngeri semasa berpantang berulang lagi.

      **These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**











      
      

      Baca Selanjutnya

      Sunday 27 September 2015

      Plasenta Previa boleh menyebabkan tumpah darah yang teruk ketika bersalin.


      Dilema seorang ibu yang berkemungkinan disahkan Plasenta Previa

      Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

      Selamat bercuti kepada semua yang masih berada dikampung dan masih meraikan Hari Raya Aidil Adha..kalau di belah-belah pantai timur mesti sangat meriah pada Hari Raya Aidil Adha ni.

      Baru-baru ni saya baru sahaja mendapat email dari seorang rakan yang mengadu kepada saya tentang kerisauan beliau mengenai kandungan beliau yang mungkin disahkan Plasenta Previa.

      Mungkin ramai yang tidak tahu tentang Plasenta preiva.  Oleh sebab itu, pada kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai apa itu Plasenta Previa dan siapa yang berisiko untuk mengalami masalah Plasenta Previa ini.

      Fahami apa itu Plasenta Previa

      Plasenta merupakan organ yang terbentuk semasa mengandung untuk menyuburkan janin, menyingkirkan bahan buangan dan menghasilkan hormon bagi mengekalkan kehamilan.  Plasenta melekat pada dinding rahim oleh saluran darah yang membekalkan oksigen dan makanan kepada janin serta menyingkirkan bahan buangan dan memindahkannya kepada ibu.



      Janin berhubung dengan plasenta oleh tali pusat.  Melalui tali pusat, janin menerima khasiat dan oksigen serta mengeluarkan bahan buangan. Plasenta ini berfungsi untuk mengasingkan darah ibu dan darah janin.

      Plasenta yang normal akan melekat pada bahagian atas rahim, jauh dari pangkal rahim (pembukaan yang bayi akan dilahirkan).  Sesetengah kes, plasenta terletak rendah dalam rahim, sebahagiannya atau sepenuhnya menyekat pada serviks (keadaan yang dipanggil plasenta previa).


      Plasenta previa dapat dikesan ketika minggu ke-20 kehamilan tetapi akhirnya normal kembali namun dalam kebanyakan kes, hanya 10% sahaja yang akan berterusan sehingga akhir kehamilan.  Seiring dengan rahim yang semakin membesar, plasenta kebiasaanya akan bergerak lebih tinggi dalam rahim (jauh dari pangkal rahim).

      Tetapi jika ia kekal berhampiran serviks dan tarikh bersalin terlalu hampir, ibu berisiko untuk mengalami pendarahan yang teruk.  Oleh sebab keselamatan, doktor akan menyarankan kepada ibu untuk melahirkan bayi secara pembedahan sebelum tarik jangka kelahiran.

      Terdapat beberapa jenis plasenta previa iaitu:-
      • Plasenta rendah di dekat bukaan serviks tetapi tidak menutupinya.  Ia selalunya akan bergerak ke atas di dalam rahim apabila dekat tarikh bersalin.
      • Plasenta previa separa meliputi sebahagian pembukaan serviks.  Keseluruhan plasenta previa merangkumi dan menutup pembukaan serviks.

      Siapa yang berisiko mengalami Plasenta Previa

      Kebanyakan wanita yang mengalami plasenta previa tidak mempunyai faktor-faktor risiko yang jelas. Tetapi, anda masih berisiko untuk mengalami plasenta previa jika:-
      • Pernah mengalami plasenta previa pada kehamilan sebelumnya.
      • Pernah melakukan pembedahan
      • Mempunyai beberapa pembedahan rahim lain ataupun pembuangan fibroid.
      • Hamil kembar atau lebih.
      • Perokok.
      • Kokain.

      Komplikasi disebabkan oleh plasenta previa


      Jika disahkan mengalami masalah plasenta previa, berkemungkinan ibu akan mengalami pendarahan yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.  Kes ini bukan sahaja semasa kehamilan, namun berlanjutan kepada semasa dan selepas bersalin.

      Ini kerana bagi plasenta yang normal, doktor akan memberikan pitocin untuk mengecutkan rahim serta membantu memberhentikan pendarahan dimana plasenta diimplan.  Tetapi bagi kes plasenta previa, plasenta ditanam dibawah uterus yang tidak menguncup serta bahagian atas maka kontraksi tersebut tidak berkesan untuk memberhentikan pendarahan.

      Wanita yang mengalami plasenta previa lebih cenderung untuk mempunyai plasenta yang terlalu dalam dan tidak dapat dipisahkan dengan mudah ketika bersalin.  Ini dipanggil accreta plasenta.

      Plasenta accreta boleh menyebabkan pendarahan yang lebih teruk dan keperluan untuk pemindahan darah adalah berganda ketika bersalin.  Ia boleh mengancam nyawa dan mungkin memerlukan histerektomi untuk mengawal pendarahan.

      Namun, jika ibu perlu melahirkan bayi sebelum tempohnya bayi ibu akan menghadapi risiko untuk komplikasi kelahiran pramatang seperti masalah pernafasan dan berat lahir yang rendah.

      Apa-apapun semoga ibu yang mengalami masalah plasenta previa ini tabah dalam menghadapi dugaan.  Banyakkan berdoa semoga masalah ini dapat berakhir sebelum bayi dilahirkan.

      Namun, sekiranya ia masih berlaku ikutlah sahaja nasihat doktor.

      Mungkin apa-apa supplement tidak dapat membantu dalam mengembalikan plasenta previa kepada plasenta yang normal, namun untuk memastikan kesihatan rakan saya kembali bertenaga selepas kehilangan darah yang banyak, saya mencadangkan Set Berpantang kepada rakan saya kerana set ini merangkumi fungsi penyembuhan, pembentukan semula sel darah merah, pemulihan luka sama ada secara normal atau pembedahan, mengelakkan stress dan pemberi tenaga.

      Vitalea yang terdapat didalam set berpantang ini dapat membantu ibu yang mempunyai masalah plasenta previa kerana ia membekalkan keperluan utama vitamin terutama zat besi bagi membantu ibu yang telah kehilangan darah terlalu banyak..

      Selain itu, set berpantang ini dapat membantu sekiranya ibu mengalami masalah sembelit semasa berpantang.

      Jika ibu mementingkan kesihatan ibu, bolehlah mencuba set berpantang ini.  Sila hubungi saya di 013209044 (whatsapp).

      **These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
      Baca Selanjutnya

      Saturday 26 September 2015

      Diabetes punca bayi meninggal didalam kandungan!! 6 tips elak diabetes ketika hamil yang ibu tak boleh ambil mudah.


      Gestational Diabetes ketika hamil

      Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

      Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam diseluruh dunia.  Semoga hari raya korban pada tahun ini memberi 1001 makna kepada kita semua. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini diredhai oleh Allah s.w.t.

      Hari raya macam ni mesti banyak makanan yang dijamu kan? Tapi ingat ye bagi ibu yang hamil seperti saya jaga pemakanan anda.  Jangan makan macam-macam ye takut-takut nanti kena diabetes pula.

      Alhamdulillah sepanjang kehamilan saya dari anak pertama hingga ketiga, saya tidak disahkan diabetes tetapi pernah sekali terpaksa minum air gula sebab berat badan yang meningkat terlalu mendadak ketika hamil.  Memang serik sangat sebab terpaksa minum air gula tu.

      Tapi kali ni saya nak kongsikan sedikit apa itu diabetes ketika hamil.


      Apa itu Gestational diabetes?


      Gestational diabetes berlaku semasa hamil.  Seperti lain-lain diabetes, kencing manis semasa hamil mempengaruhi bagaimana sel-sel anda menggunakan gula (glukosa).  Gestational diabetes menyebabkan darah tinggi yang boleh menjejaskan kehamilan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

      Sebarang komplikasi ketika hamil adalah sangat membimbangkan namun ibu masih boleh membantu mengawal penyakit kencing manis semasa hamil seperti makan makanan yang sihat, bersenam dan jika perlu mengambil ubat.

      Mengawal gula dalam darah boleh mencegah kelahiran yang sukar serta memastikan anda dan bayi anda dalam keadaaan sihat.

      Kebiasaanya, diabetes ketika hamil , gula dalam darah selalunya akan kembali seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika ibu mempunyai gestational diabetes, ibu berisiko untuk menghidapi diabetes jenis 2.  Ibu perlu mendapatkan rawatan sepatutnya bagi memantau dan menguruskan gula dalam darah.


      Tanda-tanda atau gejala


      Bagi kebanyakan wanita, diabetes ketika hamil tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang ketara.  Namun, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan awal apabila anda mula bercadang untuk hamil dan doktor boleh menilai risiko penyakit diabetes sekiranya anda hamil.

      Jika anda disahkan menghidap diabetes ketika hamil, anda mungkin akan melakukan pemeriksaan lebih kerap terutama 3 bulan sebelum tempoh kelahiran.  Doktor akan menilai tahap gula dalam darah anda dan tahap kesihatan bayi anda.





      Risiko ketika hamil

      Mana-mana wanita boleh mengalami penyakit kencing manis ketika hamil tetapi sesetengah wanita mempunyai risiko yang lebih besar.  Antara faktor-faktornya ialah:-
      • Hamil pada usia 25 tahun lebih cenderung untuk mengalami diabetes ketika hamil
      • Sejarah keluarga atau kesihatan peribadi yang menghidap penyakit diabetes.
      • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg keatas atau meninggal ketika dilahirkan.
      • Berat badan yang berlebihan

      Komplikasi pada bayi dalam kandungan dan ibu

      Kebanyakan wanita yang menghidapi gestational diabetes dapat melahirkan anak yang sihat, namun diabetes yang tidak dikawal dengan betul boleh membawa kepada paras gula dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan masalah kepada ibu dan bayi termasuk memerlukan pembedahan semasa proses kelahiran.  Antara komplikasi yang boleh memberi kesan kepada bayi anda ialah:-
      1. Berat badan yang berlebihan - bayi dalam kandungan boleh mencecah berat sehingga 4kg dan boleh menyebabkan kecederaan ketika proses kelahiran yang memerlukan pembedahan.
      2. Kelahiran pramatang atau sindrom masalah pernafasan - Ibu yang tinggi kandungan gula dalam darah mungkin berisiko untuk melahirkan bayi lebih awal kerana saiz bayi, namun bayi yang dilahirkan pramatang akan mengalami masalah sindrom pernafasan keadaan dimana bayi sukar untuk bernafas.  Bayi yang mengalami sindrom ini memerlukan rawatan sehingga paru-paru bayi sudah cukup matang dan lebih kuat.  Ada juga sesetengah kes dimana bayi masih boleh mempunyai masalah sindrom pernafasan walaupun tidak lahir awal.
      3. Gula dalam darah yang rendah (Hypoglycemia) - Ibu yang menghidapi diabetes ketika hamil akan membentuk gula dalam darah yang rendah kepada bayi kerana pengeluaran insulin mereka adalah tinggi. Namun, hypoglycemia yang panjang boleh menyebabkan sawan kepada bayi.
      4. Diabetes tahap 2 pada masa akan datang - ibu yang menghidapi gestational diabetes berisiko untuk obesiti dan diabetes tahap 2 pada masa akan datang.
      5. Diabetes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian dalam kandungan ataupun selepas kelahiran.
      Gestational diabetes juga boleh menyebabkan risiko kepada ibu:-
      1. Tekanan darah tinggi dan preeclampsia
      2. Diabetes pada kehamilan akan datang

      Rawatan yang diperlukan

      Ia adalah penting untuk memantau dan mengawal gula dalam darah anda supaya bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat serta mengelakkan komplikasi ketika hamil dan bersalin.  Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:-

      • Memantau gula dalam darah 4 atau 5 kali sehari
      • Diet yang sihat (makanan yang sihat)
      • Bersenam
      • Mengambil ubat yang disarankan oleh doktor
      • Memantau perkembangan bayi

      Diet yang saya amalkan ketika hamil bagi mengelakkan diabetes


      Bagi mendapatkan diet yang sihat, saya
      • Bersarapan dengan makanan yang rendah Glisemik Index seperti Esp.
      • Makan pelbagai jenis makanan berkhasiat pada waktu siang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan sebagainya.
      • 5 hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari.
      • Kurangkan lemak terutama lemak tepu.
      • Jangan tinggal waktu makan.
      • Kurangkan makan atau minum minuman manis


      Untuk kekal bertenaga ketika hamil, saya mengamalkan Set kehamilan kerana Esp mengandungi indeks glisemik yang rendah membuatkan rasa kenyang yang lama.  B complex yang terdapat didalam set kehamilan membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga manakala Vitalea pula membantu dalam penghasilan insulin.  Diabetes ni sangat berkait rapat dengan gula dalam darah dan insulin.  

      Kekurangan magnesium juga adalah salah satu punca diabetes, oleh itu Ostematrix sangat membantu untuk membekalkan magnesium kepada ibu, membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis serta membekalkan kalsium sepenuhnya untuk tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.

      Selain itu, Ostematrix juga dapat membantu dalam masalah kekejangan kaki ketika hamil dan sembelit ketika berpantang.

      Sekiranya anda mempunyai masalah diabetes ketika hamil dan mahu mengatasinya, hubungi saya di 0132109044 (whatsapp)

      **These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
      
      
      Baca Selanjutnya