Monday, 9 December 2013

Cantik dalam Masa 10 Minit



Assalammualaikum dan Salam Ceria kepada semua pembaca blog permatahatibidadariku. Macam biasalah, setiap kali nak tulis entry mesti waktu malam sebab anak dah tido..So, malam ni nak cerita pulak tentang cantik dalam masa 10 minit..Wah, bila baca tajuk je macam best je kan??huhu..Bila kita bercerita tentang cantik, mesti ramai yang mengaitkan dengan wanita..Cantik ini biasanya sinonim dengan wanita..Kenapa ye??Sebab semua wanita dalam dunia ni nak cantik.. tak kisahlah cantik dari segi luaran ataupun dalaman.

Ada sesetengah wanita yang sanggup berhabis duit untuk sentiasa kelihatan cantik. Ada yang sanggup cucuk sana, cucuk sini, ada yang pakai botox, ada yang pakai susuk (huh!nauzubillah..mintak dijauhkan dari kita semua kerana ia merupakan perkara khurafat) dan bermacam2 kaedah lagi yang sanggup dilakukan semata-mata untuk kelihatan cantik. Dan yang paling best lagi adalah sanggup menghabiskan duit!!!!Kalau cantik dan tidak memudaratkan diri sendiri takpe, tapi kalau cantik serta memudaratkan diri sendiri tak ke kita yang rugi!!!abis duit dan abis nyawa...huh seram bunyinya..

Ok, berbalik pulak pada entry saya malam ni "Cantik dalam masa 10minit". Zaman sekarang ni, ramai wanita yang bekerjaya kan??Oleh kerana terlalu sibuk, sampai tak sempat nak berdandan..lebih-lebih lagi bila tiba2 kita menerima undangan ke majlis makan malam (date) pada hari bekerja. Ia membuatkann kita berasa buntu kerana masa yang singkat untuk kita membuat persediaan diri. Jangan risau kerana anda hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk tampil anggun..Menarik kan??Jom tengok apa yang perlu dilakukan..


  1. BERSIHKAN WAJAH (1 MINIT) - Cuci wajah dengan pembersih. Gunakan produk yang sesuai dengan keadaan kulit anda.
  2. BB CREAM (1 MINIT) - Gunakan BB Cream yang mengandungi pelembap. Saat mengaplikasikannya, pastikan anda bersih agar terhindar dari bakteria yang menyebabkan kemunculan jerawat. Oles hanya pada bahagian wajah yang diperlukan seperti dahi, tulang hidung, bawah mata, puncak pipi dan dagu
  3. PEMBAYANG MATA (2 MINIT) - Bagi acara formal, pilih warna tanah atau metalik yang lembut dna memikat. Gunakan pembayang mata jenis tabur atau padat dan sapukan pada kelopak mata dengan jari anda. Biarkan bahagian bawah alis bersih tanpa sebarang warna.
  4. WARNAI PIPI (30 SAAT) - Gunakan pemerah pipi jenis padat yang sesuai dengan semua jenis kulit. Pilih warna merah jambu untuk kelihatan lebih segar
  5. BEDAK (30 SAAT) - Sapukan bedak secara tipis menggunakan span khusus dengan cara menekap. Pilih warna kekuningan atau sesuai dengan warna kulit untuk tampak semulajadi.
  6. LENTIKKAN BULU MATA ANDA (30 SAAT)- Sebelum menggunakan maskara, lentikkan bulu mata dengan penyepit. Ingin bulu mata lebih cepat lentik? Panaskan seketika penyebit bulu mata dengan pengering rambut selama lima saat. Tidak mempunyai pengering rambut di pejabat? Panaskan dengan suhu tubuh. Caranya dengan menggesek bahagian penyepit menggunakan jari hingga terasa hangat.
  7. RONA BIBIR (1 MINIT) - Bingkal bibir dengan pensel bibir terlebih dahulu agar mendapat bentuk bibir yang ideal. Sempurnakannya dengan mengaplikasikan gincu dua dalam satu yang mengandungi pengilat bibir warna merah jambu. Jika ingin tampil lebih glamor, percayalah pada warna merah atau fushia. Pasti sempurna.
  8. BENTUK ALIS (1 MINIT) - Melukis alis lazimnya menghabiskan banyak waktu. Agar lebih praktikal, sikat alis dengan sikat khas yang telah disemburkan penyembur rambut agar lebih rapi. Dengan pensel alis, lukis alis anda
  9. MASKARA (30 SAAT) - Pilih maskara 3 dalam 1 yang mampu membantu menebalkan, memanjangkan dan melentikkan bulu mata
  10. GULUNG RAMBUT (2 MINIT) - French Twist membuat and tampil memikat. Anda boleh menyematkan aksesori seperti sepit atau cekak jika ingin memberi kesan lebih moden. Akhiri dengan menyembur semburan rambut agar ia bertahan lama.

Siap!!!Senang kan???Selamat mencuba semua..Semoga temujanji anda merupakan temujanji yang paling bermakna buat anda semua..





Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment