Wednesday 21 October 2015

27 jenis makanan yang boleh elak sembelit ketika berpantang


Isteri serik nak bersalin lagi!!

Rata-rata ibu yang mengalami masalah sembelit ketika berpantang pasti akan rasa serik untuk mengandung dan bersalin lagi.  Ini adalah pengalaman seorang isteri yang ketika berpantang mengalami masalah sembelit yang teruk sehingga serik untuk bersalin lagi. Ikuti kisah beliau.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Punca sembelit


Untuk mencegah sembelit, fahami dulu apa yang menyebabkan sembelit berlaku.  Semua makanan yang melalui usus perut, badan kita akan menyerap air daripadanya dan selain dari air akan membentuk najis.  Otot akan bergerak melalui kolon dengan rektum untuk memudahkan membuang air. 

Apabila pergerakan ini melambatkan, kolon akan menarik air terlalu banyak.  Oleh sebab itu, najis akan menjadi kering dan sukar untuk dikeluarkan sekaligus menyebabkan sembelit.

Masalah ini akan berlaku oleh sebab diet yang serat rendah atau diet yang tinggi lemak, kurang bersenam, tidak minum air yang secukupnya, makan ubat-ubatan tertentu, penyalahgunaan julap dan hamil juga boleh menyebabkan sembelit.

Makanan yang boleh mengelakkan sembelit

Sekiranya mengalami sembelit, jalan tergesa-gesa untuk menggunakan julap.  Sebaliknya, lihat diet anda.  Adakah anda mendapat serat yang mencukupi?

Fiber adalah sebahagian makanan daripada tumbuhan yang badan tidak boleh hasilkan. Pengambilan fiber yang banyak dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pencernaan.

Semua tumbuhan termasuk buah-buahan, sayuran, bijirin, kekacang mengandungi fiber.  Persatuan Diet Amerika mengesyorkan sebanyak 25g sehari untuk wanita manakal 38g sehari untuk lelaki.


Selepas 50 tahun, kita hanya memerlukan lebih kurang 21g sehari untuk wanita manakala 30g sehari untuk lelaki.  Malangnya, kebanyakan dari kita hanya mendapat serat sebanyak 15g sehari yang menjurus kepada masalah sembelit.


Antara contoh makanan yang tinggi serat ialah:-

  • 1/2 cawan kacang laut : 9.5g
  • 1 biji buah pir yang kecil : 4.4g
  • 1/4 cawan kurma : 3.6g
  • 1 biji epal sederhana : 3.3g
  • I biji kentang sederhana : 4.8g

Makanan yang boleh menghalang sembelit ketika berpantang

Salah satu perkara yang menyakitkan dan paling mengerikan ialah selepas melahirkan anak dan ingin membuang air.  Buang air besar akan menyebabkan kesakitan kepada jahitan kerana ibu perlu meneran dan ia sedikit sebanyak meyakitkan episiotomy.  Walaubagaimanapun, adalah amat penting untuk ibu elakkan sembelit.

Ibu lebih mudah mengalami masalah sembelit disebabkan oleh makanan yang dimakan dan kurang minum air atau cecair.  Sebab lain ialah, ibu tidak banyak bergerak. Oleh itu, apa yang penting ialah:-

  1. Minum banyak air atau cecair.
  2. Banyakkan bergerak, berjalan keliling wad hospital dan dirumah.
  3. Lebihkan makan makanan yang tinggi serat.
Berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan sembelit:-
  1. Jus prun.  Sediakan sebotol jus prun dan bawa bersama ketika ke hospital.  Campurkan dengan air suam dan minum setiap pagi bersama sarapan.
  2. Prun.  Boleh dijadikan snek untuk mendapatkan lebih fibre.
  3. Oat.  Baik untuk menghasilkan susu badan, sihat dan paling penting membantu melembutkan najis.
  4. Sayuran dan buah-buahan
  5. Ibu tidak digalakkan mengambil pisang kerana pengambilan pisang bersama nasi akan menyebabkan sembelit yang teruk.  Pisang boleh menyebabkan sembelit bukannya membantu jika ia diambil bersama makanan yang salah.
  6. Lebihkan pengambilan bijirin.  Gantikan roti putih, beras putih dan pasta dengan roti bijirin penuh, pasta gandum, dan beras perang.  Makan lebih banyak oat gandum, bijirin gandum penuh dan biskut gandum.  Tetapi pastikan memilih rendah lemak dan rendah gula.
  7. Lebihkan kekacang.  Cuba gantikan daging dengan atau kekancang sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.  Tambahkan kacang putih kedalam salad dan cuba sup kacang dan kukus sebagai hidangan utama.
  8. Tambahkan serat secara beransur-ansur.  Cuba buat perubahan secara perlahan-lahan dalam masa seminggu atau lebih.  Jika ibu mengambil serat dengan tergesa-gesa, ibu mungkin mengalami kembung.  Beri masa kepada badan untuk menyesuaikan diri.
  9. Pertimbangkan tambahan serat.  Jika anda mengalami masalah untuk mendapatkan serat yang secukupnya dalam diet, supplement dapat membantu. 
  10. Elakkan dehidrasi.  Jika ibu menambahkan lebih banyak serat didalam diet sama ada melalui makanan atau supplement, pastikan minum lebih banyak air atau cecair.  Pilih air yang kurang atau tiada kalori, soda bergula dan minuman buah-buahan boleh menambahkan kalori tambahan yang tidak diperlukan.

Pilih makanan yang tinggi fiber

Cuba ubah diet harian anda untuk mengelakkan sembelit.  Makan makanan yang banyak serat adalah cara yang paling mudah dan paling boleh dipercayai.  Ia bertujuan untuk mendapatkan 15 hingga 20 gram serat sehari dengan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang seperti kacang hitam, kacang merah, bijirin, gandum dan roti.

Mulakan dengan secawan bijirin bran dan sebiji buah-buahan (atau secawan beri) pada waktu pagi. Pada waktu petang, ambil semangkuk kismis atau cranberry kering, atau epal atau tamabahkan satu sudu minyak flaxseed kedalam buah-buahan dan yogurt smoothie.


Kebanyakan makanan tenusu mengandungi sedikit atau tidak mempunyai serat.  Oleh itu, ia mungkin bijak untuk mengurangkan makanan ini daripada diet anda jika anda menghadapi masalah sembelit.



Jenis makanan yang mempunyai banyak serat

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang mengandungi tinggi serat berdasarkan USDA National Nutrisi:-

  • Kacang putih (dimasak) 1 cawan = 19.1g serat
  • Bijirin Kellog semua jenama 1 cawan = 17.6g serat
  • Kacang hitam (dimasak) 1 cawan = 15g serat
  • Kacang Dal (dimasak) 1 cawan = 16.3g serat
  • Kacang merah (dimasak) 1 cawan = 15.6g serat
  • Kacang pinto (dimasak) 1 cawan = 15.4g serat
  • Kacang kuda (dimasak) 1 cawan = 12.5g serat
  • Rapsberry beku 1 cawan = 11g serat
  • Sayur campur beku (dimasak) 1 cawan = 8g serat
  • Prun rebus = 7.7g serat
  • Beri hitam (segar)  = 7.6g serat
  • Kismis 1 cawan = 7.3g serat
  • Bayam beku (dimasak)  = 7g serat
  • Bran oat (dimasak) 1cawan = 5, 7 g serat
  • Pir sederhana 1 biji = 5.1g serat
  • Brokoli (dimasak) 1 cawan = 5.1g serat
  • Strawberi (beku) 1 cawan = 4.8g serat
  • Lobak merah (dimasak) 1 cawan 4.7g serat
  • Kentang bakar (dengan kulit) 1 biji = 4.4g serat
  • Oatmeal (dimasak) 1 cawan = 4g serat
  • Epal sederhana 1 biji = 3.3g serat
  • Pisang 1 biji = 3.3g serat
  • Prun kering (5 keping prun) = 3g serat
  • Epal kering (5 keping) = 2.8g serat
  • Aprikot kering (10 bahagian) = 2.6g serat
  • Roti gandum (1 keping) = 1.7g serat
Cuba ubah diet ibu perlahan-lahan.  Sekiranya agak sukar untuk mendapatkan diet yang sihat, ibu mungkin boleh mencuba Set Berpantang kerana kandungan magnesium didalam Ostematrix dapat membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis selain membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang.  Selain itu, ibu juga boleh mencuba 
8 cara mudah atasi sembelit yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Sekiranya berminat untuk mencuba set berpantang Shaklee, boleh menghubungi saya melalui whatsapp 013-2109044.

** These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**






      Baca Selanjutnya