Aslmkm sumer pembaca blogger..Agak lama jugak saya tak bersiaran dalam blog ni..Almaklumlah bermula dari mengandung mengalami alahan yg teruk tetapi Alhamdulillah pada 10.9.14 saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan proses melahirkannya dpermudahkan oleh Allah s.w.t..
Pada hari ni, saya terpanggil untuk menceritakan tentang 1 tajuk yg mgkin agak kelakar ataupun tidak pernah didengar oleh kita semua..Pada mulanya sy sendiri tidak pernah tau apa itu kentut vagina sedangkan saya sndiri mengalaminya..Hasil perkongsian dr seorang rakan fb barulah saya tahu apa itu kentut vagina..
Apa itu Kentut Vagina??
Angin didalam faraj atau dikenali 'kentut vagina' adalah angin disekeliling yg masuk ke dalam faraj..Kebiasaannya hal ini terjadi sejurus semasa atau selepas melakukan hubungan kelamin atau seks bagi wanita yg sudah monopos.. Tetapi kebanyakan wanita hari ini mengalami kentut vagina tidak kira tempat dan waktu tetapi untungnya kentut vagina ini tidak mengeluarkan bunyi dan bau..
Hal ini berlaku apabila kedua dua dinding faraj bertemu rapat antara satu sama lain dan menyebabkan permukaan faraj tertutup dan menghalang udara masuk kedalamnya..Bagi wanita yg sudah melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan ianya akan jadi lebih teruk apabila sudah menopos..
Kekenduran tisu dan bibir pada permukaan faraj terjadi apabila hormon estrogen dan progesteron tidak lagi dikeluarkan oleh kedua dua kilang ovari.
Angin yang keluar dari dalam faraj adalah udara di sekeliling masuk ke dalam faraj, maka ianya tidak berbau walaupun ianya berbunyi seakan "kentut". Manakala berbeza dengan "kentut" pula ia adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulfur. Untuk mengurangkan masalah kentut yg terlalu kerap, elakkan makanan yg tinggi dlm protein seperti kekacang, makanan hasil tenusu dan daging serta minuman bergas.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah kentut vagina ini ialah :-
- Senaman kegels
- Rawatan antibiotik (jangkitan kuman pada faraj)
- Pembedahan (pelvic floor repair)
- Penggunaan Hormon Gentian (HRT)
**These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease** Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di 0132109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment