Tuesday 28 February 2017

Pengedar Sah Shaklee Meru, Puncak Alam dan Saujana Utama


Cod Vitamin Shaklee

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua peminat setia vitamin Shaklee.. Sedang mencari pengedar Sah Shaklee yang berdekatan dengan anda, sayalah orangnya. Saya ada Pn. Hajar Pengedar Sah Shaklee di kawasan Meru, Puncak Alam dan Saujana Utama. 

Apa yang bestnya beli dengan saya ni? Kalau rasa nak vitamin cepat sangat aka URGENT!!  In shaa Allah saya boleh hantar hingga ke depan pintu rumah anda. Tapi maaf waktu penghantaran adalah pada waktu siang sahaja dan tiada penghantaran pada waktu malam. Tetapi, masa penghantaran adalah mengikut kesesuaian masa saya oleh saya perlu menguruskan anak-anak yang bersekolah. 

Tetapi jika anda ingin menjimatkan kos penghantaran, saya juga ada membuat penghantaran ke seluruh malaysia, Sabah Sarawak mahupun luar negara. Kadar pos adalah Rm8 dan keatas mengikut saiz dan berat serta syarikat penghantaran. Ok, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee bolehlah menghubungi saya melalui wasap 013-2109044 (Pn. Hajar) 



**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease. **




Baca Selanjutnya

Wednesday 22 February 2017

Siapa suka makan anggur? Anggur pun ada banyak jenis kan? Ada anggur hijau n macam macam lagi.. Tapi ada satu anggur yang sangat istimewa iaitu anngur muscadine..
.
.
.
.
.
Anggur apa pulak ni?? Nama pun macam pelik je.. 😅😅😅
.
.
.
Apa yang istimewa sangat anggur ni? Kalau dari segi rupa bentuk mmg besar dr biasa. lebih kurang sebesar bola golf. Isi dia juga lebih tebal. Anggur ni tahan lasak, dlm cuaca yg teruk pun boleh hidup. anggur lain boleh mati kalau cuaca tak elok.
.
.
.
Itu baru dari segi rupa bentuk.. Kalau dari segi kromosom, dia ada 20 pasang berbanding anggur biasa 19 pasang je. Alah, ntah apa lah pasal kromosom ni.. Lebih 1 je pun, apa yang hebat sangat??
.
.
Bila dah lebih maknanya segala keistimewaan dia pun lebih lah jugak. Nutrien lebih, semua kebaikan pun lebih. Anggur muscadine je yang ada asid alegik. Anggur lain takde. Hebat tak?
.
.
Kenapa pulak dengan asid alegik ni? Asid alegik ni adalah bahan antikanser. Fungsi dia lbh kurang mcm ni, dia halang sel kanser tu dari merebak dan akan buat kan sel kanser tu bunuh diri sendiri☺️. Secara Analoginya lebih kurang begitu ye, kitaran sel kanser tu tak jadi nk habiskan kitaran dia, bunuh diri sendiri. Dia takleh nk teruskan cycle dia dan mati sendiri. Power kan kandungan asid alegik ni
.
.

Selain tu,anggur muscadine ni 5x lebih fiber dr anggur biasa. Yang mana ada masalah penghadaman, sembelit, boleh amalkan anngur muscadine ni.. Yang nak cepat kurus pun boleh.
.
.
Kandungan vitamin c dia juga lebih. Anggur muscadine ada extra antioksidan, ada 88 jenis. Kalau anggur biasa dlm 40+ mcm tu je. Bila lebih antioksidan maka daya tahan pada radikal bebas lbh tinggi. Radikal bebas ni yg boleh bg macam2 sakit kat kita. Lindungi badan dgn antioksidan tinggi dpt bantu kita dr sakit2 kronik.
.
.
Terutama bg yg ada sejarah keluarga ada sakit kronik, walau skng tak kena pun sakit tu tapi berjaga2, Bila dh sakit tak guna gak kan, atau nk rawat jd lbh payah.
.
.
Tapi mana pulak nak dapat anggur ni? Kalau rajin nak cari, pi lah cari tapi nak senang, dalam #Vivix dah ada.. Tak payah susah susah.. Memandangkan korang dah tau apa fungsi anggur muscadine dalam Vivix ni, apa salah dgn vivix la kita melabur utk kesihatan keluarga. Sesuai lah dgn harga, nutrien sgt banyak.
.
.
.
Ada berita baik, kalau nak harga murah, ni lah masanya tengah promosi buy 6 free 1 n twinpack get 5% diskaun.. Ha, apa tunggu lagi?? Nak ke idok??

S A Y A.   J U A L.  S H A K L E E
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

SID PRO HAJAR (0132109044)

#tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #landmarkstudy #greateleven #Shakleesungaibuloh #shakleemalaysia #shakleebandartasikputeri #shakleekuang #shakleebrunei
Baca Selanjutnya

Friday 17 February 2017

Wana amik sebab nak hilangkan sakit pinggang lepas epidural.. 3 hari lepas ambil, sakit tu beransur hilang..


Nikmat rasa bila sakit belakang tu hilang..

Biasa orang kata kesan epidural ni lama. Memang takkan hilang sampailah tua lebih-lebih lagi bila angkat barang-barang yang berat. Kak H sebenarnya tak tahu sebab memang tak pernah ambil.. Epidural ni kebiasaanya diambil oleh ibu yang ingin melahirkan secara pembedahan. Ia bertujuan untuk memberikan rasa kebas ketika pembedahan dilakukan dan ia dibius di tulang belakang.



Rata-rata pengalaman yang kak H dengar tentang epidural ini sangat menyedihkan kerana kesannya yang sangat dahsyat. Tapi demi untuk melahirkan zuriat yang selamat dan sihat, ibu sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menanggung akibat. Nampak tak betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tidak hairanlah jika Allah s.w.t itu meletakkan darjat ibu itu setinggi-tinnginya.

Kalau sebelum ini kak H ada kongsikan sedikit sebanyak informasi tentang epidural, tapi kali ni kak H akan kongsikan macam mana cara nak hilangkan sakit epidural ni. Alhamdulillah ikhtiar seorang sahabat kak H, dengan mengamalkan Vivix untuk sakit pinggang lepas epidural memang berkesan..

Bukan tu je, sakit sendi dan gastrik pun hilang.. Apa apa pun semua dengan izin Allah.. Kalau tak percaya boleh tengok testimoni dibawah ni. Korang yang ada ambil epidural tu wajib cuba Vivix sebagai ikhtiar untuk hilangkan rasa sakit pinggang tu..



**This statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Thursday 16 February 2017

Kenapa agama menuntut supaya berjaya dalam hidup. Kenapa pula perlu berjaya dalam Shaklee??


Penting ke Progresif dan Proaktif

Progresif dan Proaktif adalah 2 perkara yang penting untuk berjaya. Semua agama menuntut supaya setiap umatnya perlu berjaya dalam hidup.. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Tapi apa benda Progresif dan Proaktif tu?

Progresif adalah sikap seseorang dimana sentiasa memperbaiki kesilapan yang lalu untuk mencapai kemajuan ataupun ingin maju kehadapan. Sebagai manusia, kita tidak akan pernah lari daripada melakukan sebarang kesalahan. Namun, kesilapan yang dilakukan itu perlu dijadikan pengajaran dan muhasabah diri untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Jika ingin berjaya, sikap progresif amat penting kerana jika kita gagal jadikan kegagalan itu sebagai pemangkin kepada kejayaan yang seterusnya.

Proaktif pula adalah sikap seseorang yang mampu membuat pilihan apabila sesuatu masalah datang. Seseorang yang proaktif mampu untuk memberi respon yang terbaik bagi dirinya. Sikap proaktif sangat berguna pada manusia kerana apabila menghadapi rintangan mahupun dalam berinteraksi dengan orang lain. Proaktif menunjukkan tahap kecerdasan emosi dan IQ yang tinggi. Ini kerana, orang yang bersikap proaktif mampu menghadapi dugaan dan rintangan. Mereka sentiasa bermotivasi diri, berfikiran positif, dan bersesuaian dengan situasi. Sikap proaktif ini menunjukkan pengendalian emosi secara baik.

Ha, nampak tak? Bermakna sikap proaktif dan progresif memang sangat penting dalam mendidik seseorang itu berjaya dalam hidup. Seseorang yang berjaya sentiasa berfikiran positif.

Kenapa perlu berjaya dalam hidup?

Terdapat banyak sebab kenapa kita perlu berjaya dalam hidup. Antaranya ialah:-
  • BEBAS MEMILIH
Orang yang berjaya, bebas untuk memilih dan bukannya TERPAKSA memilih. Sebagai contoh, jika kita berjaya kita bebas untuk memilih untuk masuk ke universiti mana yang kita suka, bebas memilih penaja biasiswa dan bebas memilih kursus yang diminati.

Tepuk dada tanya hati, kita sekarang ni di peringkat mana?
  1. Dipilih atau bebas memilih?
  2. Terpaksa memilih?
Itu adalah contoh pada seorang pelajar lepasan SPM yang baru sahaja memiliki keputusan SPM tetapi bagaimana pula pada aspek kehidupan? Bebas memilih juga membawa makna yang cukup besar. Orang berjaya bebas memilih status hidup, kedudukan kewangan diri dan pelbagai lagi. Orang berjaya bebas untuk memilih yang terbaik dalam semua perkara.

Baik dari segi pakaian, kenderaan, rumah, makanan, dan perubatan yang terbaik manakala orang yang tidak berjaya TERPAKSA menerima dan redha sahaja. Bukankah itu sesuatu yang sangat mengujakan? Selama hari ini kita hanya mampu melihat kejayaan orang lain. Apa kata kita ubah kehidupan kita supaya lebih berjaya.

Kenapa pula perlu berjaya dalam Shaklee?

Keadaan ekonomi sekarang yang merudum sedikit sebanyak menjerut leher setiap pasangan lebih lebih lagi yang mempunyai ramai anak. Apatah lagi apabila si suami seorang sahaja yang keluar mencari nafkah. Pernah tak terfikir, macam manalah nak hidup? Seiring dengan seruan PM yang menuntut setiap rakyat supaya menjana pendapatan sampingan, kali ni kak H akan share sedikit info tentang bisness Shaklee.

Bagi yang tidak pernah dengar atau tahu tentang Shaklee, Shaklee adalah sebuah syarikat yang menghasilkan supplemen semulajadi untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dunia. Shaklee adalah berkonsep MLM tetapi bukanlah seperti MLM lain yang perlu mengeluarkan modal berpuluh-puluh ribu untuk menjual barang kepada pelanggan. Hanya berbekalkan RM80 sahaja, anda sudah layak untuk menjadi ahli Shaklee.

Kenapa perlu pilih Shaklee untuk berbisness? Kerana Shaklee bukanlah produk bermusim. Saya percaya, masyarakat hari ini sudah mula beralih kepada pengambilan supplemen untuk menaiktaraf kesihatan mereka bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya namun pemilihan brand supplemen juga sangat penting. Nak pilih supplemen biarlah yang ada LANDMARK STUDY. Dan yang paling penting, kenapa kak H memilih Shaklee untuk berjaya kerana Shaklee menawarkan kehidupan yang sangat luarbiasa setimpal dengan usaha kita.

Jadi, dimana kedudukan kita sekarang? Bebas memilih atau tiada pilihan? Mahu atau tidak, kita perlu berjaya kerana dunia semakin pesat dan zaman makin mencabar. Kalau korang rasa "Eleh, family aku dah kaya sekarang ni.. Nak buat apa lagi? Makan jelah hasil dorang." Tapi jangan lupa, ibu bapa kita juga akan tua, dan pergi selamanya. Mampukah kita menempuh dunia masa depan dengan sendiri? Jika kita tiada pilihan, bagaimana dengan nasib anak-anak nanti?

Oleh sebab itu, kak H nak ajak sangat korang join Shaklee ni. Terlalu banyak sangat benefit yang kak H nak korang pun rasa macam yang kak H rasa. Jangan pernah takut untuk mencuba sebab Shaklee bukan bisness calang-calang ye.. Boleh hubungi kak H untuk tahu lebih lanjut tentang bisness Shaklee (013-2109044) Pn. Hajar.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Wednesday 15 February 2017

Turun 2kg dalam masa 4 Hari buat Detoks!! Biar betul.. Ini 6 cara detoks yang betul


Kalau tahu, dah lama buat detoks!!

Detoks ni apa sebenarnya? Apa bendalah pulak detoks ni. Detoks boleh turunkan berat badan ke? Banyak sangat soalan kan? Ok, kali ni kak H nak kongsi pulak tentang detoks. Kalau tahu detoks ni boleh turunkan berat badan, menyesal tak buat detoks dari awal kan? Sebelum ni memang tahu tentang detoks tapi tak pernah ambil kesah pun kalau ye pun buat, buat tanpa ilmu. Last-last buat tak jadi apa pun. Penat je dapat.



10 sebab kenapa perlu detoks?

  1. Menghalau toksin dari dalam badan
  2. Dapat mengelakkan penyakit serius
  3. Meningkatkan Sistem Imun badan
  4. Menurunkan berat badan
  5. Awet muda
  6. Dapat menjalani kehidupan lebih indah
  7. Meningkatkan tenaga
  8. Kulit lebih cantik dan berseri
  9. Dapat mengawal mental dan emosi
  10. Mengembalikan kestabilan sistem badan

Kenapa perlu detoks dengan cara yang betul?

Detox adalah satu proses dimana kita mengubah gaya hidup serta pemakanan untuk membersihkan badan daripada segala toksin. Perubahan gaya hidup biasanya melibatkan dengan menahan diri daripada perkara-perkara tertentu yang berbahaya kepada tubuh badan. 

Toksin pula adalah apa-apa bahan didalam makanan yang boleh menjadi racun atau menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan. Ia biasanya merujuk kepada logam, bahan kimia, bahan pencemaran, makanan tiruan, racun perosak, dan racun yang membahayakan tubuh badan. Kita tidak boleh lari dari bahan-bahan toksik ini kerana ianya berada disekeliling kita seperti air, makanan mahupun udara yang kita sedut.

Tidak ada cara yang praktikal untuk melindungi diri kita daripada semua toksin yang terdapat dalam alam sekitar. Kita terpaksa hidup sepanjang hayat disekelilingnya. Namun, ada cara untuk mengatasi masalah toksin dan bahan-bahan tercemar ini melalui proses detoks semulajadi badan. Proses detoks ini selain dapat membersihkan usus kita, ia juga dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan untuk melakukan sebarang aktiviti.

Sistem perkumuhan memainkan peranan terbesar dalam proses detoks. Tugas utama sistem perkumuhan ialah membuang air besar dan air kecil. Organ utama yang membentuk sistem perkumuhan ialah kulit, hati, paru-paru, usus besar dan buah pinggang. Namun, peranan organ-organ lain adalah sama penting. Hati berfungsi untuk menapis dan mengeluarkan bahan buangan, hormon, ubat-ubatan dan bahan-bahan asing yang lain.

Paru-paru membantu mengeluarkan karbon dioksida (gas sisa yang terhasil daripada pernafasan). Usus besar pula menyerap air dan baki nutrien daripada makanan dan ia juga menukarkan sisa kepada najis yang akan dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan. Manakala buah pinggang menapis darah dan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan melalui pembuangan air kecil.

Seluruh badan kita bergantung pada sistem ini untuk menjalani kehidupan yang sihat. Badan kita akan melalui proses detoks dengan sendiri sepanjang masa. Walaupun otak kita menyingkirkan toksin semasa tidur, namun amatlah penting untuk menjaga organ-organ ini untuk membolehkan mereka melakukan kerja mereka.

6 Cara detox yang betul

  • Pilih makanan yang betul
Salah satu cara untuk menyokong proses detoksifikasi ini berlaku adalah dengan mengurangkan bahan-bahan toksin yang masuk kedalam tubuh badan kita. Cuba pilih sayur-sayuran organik dan buah-buahan lebih daripada makanan segera ataupun makanan yang diproses. Produk GMO dan makanan yang mengandungi racun perosak membahayakan diet kita. 

  • Latihan dan Meditasi

Senaman dan meditasi membantu badan untuk kekal sihat. Bersenam membantu badan berpeluh, manakala peluh membantu toksin dibebaskan melalui kulit. Kajian mendapati jumlah kesan arsenik, kadmium, plumbum, dan merkuri ada didalam peluh. Meditasi membantu kita mengosongkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Tekanan boleh menjadi toksik kepada kesihatan kerana bahan kimia. Minda yang bermasalah boleh menyebabkan fizikal badan tidak berfungsi dengan baik.

  • Diet
Proses detoks bukan sahaja mengira apa yang kita elakkan supaya tidak makan namun ada sesetengah makanan juga boleh membantu detoks seperti bawang putih, lemon, brokoli, kacang hijau, dan sayuran mentah. Terdapat banyak jenis diet yang boleh membantu membersihkan dan menyahtoksik badan. 

  • Menghirup udara yang segar
Bernafas dengan udara yang bersih adalah salah satu cara untuk mengurangkan pendedahan kepada toksin namun bukanlah dalam keupayaan kita untuk mengawal seluruh alam namun beberapa kawalan keatas rumah dan tempat kerja sangat membantu. Antaranya, elakkan asap, wasap, bulu haiwan peliharaan, kulapuk dan mikroorganisma boleh menyebabkan toksik lebih daripada udara luar. Peranti pembersihan udara yang berkualiti tinggi adalah cara terbaik untuk menjaga udara segar dan bebas toksin.

  • Banyakkan minum air ketika proses detoks
Air adalah alat yang paling berharga dalam proses detoksifikasi badan. Ini kerana fungsi yang paling asas pada badan ialah memerlukan air. Badan memerlukan air untuk menghasilkan air liur, peluh dan menyingkirkan bahan buangan. Apabila menyebut tentang air, bukanlah bermakna air kopi, minuman bergas mahupun minuman ringan. Sekiranya anda bukanlah seorang yang suka minum air kosong, boleh tambahkan lemon atau timun sebagai perisa.

  • Detox Lengkap
Proses detox yang lengkap adalah satu proses langkah demi langkah yang memberi tumpuan kepada setiap organ yang terlibat dalam memerangkap toksin. Program ini perlu memberi tumpuan kepada menghapuskan organisma berbahaya, bahan kimia dan logam toksik manakala pembersihan kolon, hati, dan buah pinggang. Langkah pertama dalam proses detoks yang lengkap ialah pembersihan kolon secara menyeluruh. 

Bagaimana Set Detoks dapat membantu?

Vivix - Anggur muscadine didalam Vivix adalah salah satu bahan yang membantu menurunkan berat badan. Sama macam makanan rendah kalori yang lain, anggur muscadine boleh membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan serat dan air dimana ianya membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori. 

Dtx Shaklee - mengandungi milk thistle. Milk thistle memang digunakan secara semulajadi sejak turun temurun untuk detoks hati dan terkenal sebagai tonik hati. Hati adalah organ utama untuk proses detoks.

Herblax - mengandungi daun senna yang berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana ianya sangat bagus untuk kesihatan usus dan melancarkan sistem pencernaan.

Alfalfa - Daun Alfalfa mempunyai nutrien yang tinggi kerana akarnya yang panjang dan dalam serta dapat menyerap pelbagai jenis mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan (asid) yang terjadi akibat toksin berlebihan dalam badan serta membantu menurunkan berat badan.

Peppermint Ginger Plus - Kandungan pudina dan halia didalam peppermint ginger plus membantu menghilangkan angin dan kembung perut. Ia dapat mengurangkan angin di dalam usus dan perut bagi melancarkan proses penghadaman.

Rugi sangat pada yang mempunyai tanda-tanda dan risiko toksin berlebihan tapi masih tak mahu detoks. Detoks tak sama macam diet nak kurus badan kerana kita tak perlu berlapar ! Ada meal plan khusus serta cadangan vitamin detoks yang akan membuatkan detoks berjaya dan tidak sia-sia. Akhirnya, berat yang susah nak turun berjaya diturunkan, wajah yang kusam berjaya dipulihkan serta penyakit yang tak tahu nak repair di mana, bertemu jalan penyelesaian.

Meh hadam gambar kat bawah ni kalau tak percaya..


Turun 1.6kg dalam masa 5 hari

Turun 2 kg selepas 4 hari detoks

Kurang nak makan benda manis

Detoks bantu inch loss dalam masa 5 hari. 





Baca Selanjutnya

Thursday 9 February 2017

"Disebabkan bacaan gula terlalu tinggi hingga tiada bacaan, Ayah dah tak boleh berjalan.. "

Ayah kini tidak mampu untuk berjalan.. 

Insulin adalah sejenis hormon yang diperlukan oleh tubuh badan manusia kerana ia berfungsi untuk mengatur gula dalam darah. Namun, jika penghasilan insulin tidak mencukupi atau ianya tidak berfungsi dengan baik, itu akan menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak sekaligus menyebabkan penyakit diabetes. 

Penyakit diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh diambil untuk mengawal paras gula dalam darah seperti:-
  • Menjaga pemakanan
  • Mengawal berat badan
  • Mengambil ubat yang sepatutnya
  • Senaman
Namun, jika ianya tidak dikawal penyakit diabetes ini boleh menganggu kesihatan dan kehidupan seharian. Kesan daripada penyakit diabetes ini boleh menyebabkan pesakit mengalami strok sama ada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) Pesakit juga boleh mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan jika kedua dua buah pinggang tidak berfungsi, pesakit perlu melakukan rawatan dialisis.

Diabetes juga boleh menyebabkan mata kabur serta buta tetap tiada jalan jika pesakit buta disebabkan penyakit diabetes. Kurangnya rangsangan pada saraf serta kerap merasa kebas pada hujung tangan dan kaki juga adalah disebabkan diabetes. Oleh sebab itu, mereka tidak akan sedar jika terpijak benda tajam sekaligus menyebabkan luka.

Luka yang lambat sembuh dan dijangkiti kuman sukar untuk sembuh akibat gula didalam darah yang terlalu tinggi. Bagi mengelakkan jangkitan tersebut merebak ke anggota badan yang lain, doktor perlu memotong anggota badan yang luka tersebut.

Jika dilihat pada kesan-kesan ini, akibat daripada penyakit diabetes ini adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong, buah pinggang gagal berfungsi sehingga terpaksa menjalani rawatan dialisis adalah satu perkara yang kita tidak inginkan baik diri sendiri mahupun ahli keluarga.

Oleh sebab itu, kepentingan untuk memilih dan menyediakan diri kita daripada diserang penyakit diabetes perlu bermula dari sekarang. Pilihlah untuk mencegah diabetes.

Ini adalah pengalaman seorang anak yang menceritakan bagaimana keadaan ayah beliau yang tinggi bacaan gula dalam darahnya hingga tiada bacaan dan akhirnya tidak boleh berjalan akibat strok.. Beliau hanya memberikan Vivix kepada ayah dan sekarang Alhamdulillah beransur pulih.


Bagaimana Vivix dapat membantu mengawal gula dalam darah kerana Vivix mengandungi Resveratrol dimana

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease. **

Baca Selanjutnya