Monday 7 July 2014

FLAWLESS AND GOJES DI HARI RAYA DGN VIVIX


Entry hari ni nak cerita pasal Vivix Shaklee..Memang sesuai sangat kpd sesiapa sje yg rasa nak flawless and gojes pada raya pertama nanti..Sebab promo bulan ni yg Shaklee tawarkan ialah Vivix..



Bila bercerita tentang Vivix mesti ramai yang kagum dgn hasil kepada penggunaan Vivix ni, tapi bila bercakap tentang harga pulak mesti ramai yang terdiam...huhu..Memang tak dinafikan harga Vivix ni amat mahal, tapi kalau nak dibandingkan dengan keberkesanannya memang amat berbaloi..Bak kata pepatah, "Alah membeli, menang memakai". Bagi yang tak pernah membeli Vivix dan meminumnya mesti akan berfikir 1000kali untuk membelinya..(amboi, sampai 1000x banyak sangat tu..) tapi bagi yg telah merasai kelebihan Vivix ni, tak dinafikan yg Vivix akan jadi salah satu barang keperluan tiap2 bulan.. Ia bukan sahaja untuk anti penuaan malah sesuai untuk warga2 emas yg mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, diabetis dan sebagainya..So, rasanya tak salah kalau kita berbelanja lebih sikit untuk ibubapa kita..Daripada terpaksa keluarkan duit beribu2 untuk sesuatu pembedahan atau sebaliknya..

Nak tahu, bagaimana Vivix ni bertindak?? Meh baca info ni..

Apa yg menarik tentang Vivix ni ialah kandungan Polifenolnya. Polifenol ialah khasiat semulajadi untuk anti oksidan dan awet muda serta anti penuaan.. Satu lagi bahan ajaib yg ada di dalam Vivix ialah  Resveratol. Pada zaman dahulu, Resveratol hanya dijumpai dalam minuman wain dan Alhamdulillah penemuan terbaru telah menjumpai Resveratol ini di dalam buah Elder Berry. Resviratol ini mampu mengekalkan awet muda.. Kita tidak mungkin boleh mengelak dari proses penuaan, tetapi kita boleh melambatkan proses penuaan tersebut..


Nak tahu, bagaimana Vivix bertindak??

Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu melalui DEFENSE ENERGY REPAIR PERFORMANCE

  • Mempertahankan DNA (defense)
  • Memberikan tenaga (energy)
  • Memulihkan DNA (repair)
  • Meningkatkan DNA (performance)
Jom ketahui lebih lanjut tentang VIVIX dan testimoni hebat PENGGUNA VIVIX. Dapatkan Vivix anda sekarang!!! Nak harga lebih murah?? Boleh je, beli 2 botol Vivix anda akan dapat free membership dan saya akan daftarkan terus menjadi ahli manakala bulan berikutnya, anda akan dapat cashback reward. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui sms/whatsapp 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These producrs are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


Baca Selanjutnya

Sunday 6 July 2014

Misi mencari udang galah



Aslmkm semua..arini dh puasa yg ke8..cpt je masa berlalu..sementara tgu bakar kuih ni,sy update r blog sambil2 tu..huhu..ble tgk tajuk mcm kelakar je kan?hehe...misi mencari udang galah plak..

Alkisahnya,semalam hari sabtu sebenarnya xplan pun nk g cri udang galah..mula2 pg tu cuma plan nk g umah mertua dkt meru sbb suami nak amik surat kat sana..sekejap je pn..pastu pikir dh alang2 ke meru,apa kata sje je jalan ke kuala selangor cari udang galah..ni gara2 teringin nk makan punya pasal r..huhu..tp sbln tu ada gak tanya makcik yg duk sekinchan mana ada jual udang galah sebab pakcik tu rajin ke laut kdg2 n ramai kawan..maklumlah org kampung kan..mulanya makcik ckp kt sekinchan dulu ada kolam pancing udang galah tp skrg dh xde..klu kt kuala selangor xpasti ada ke tak..
Pengembaraan bermula (wah ayat xleh blah)..bila lepas suami repair kete, kami terus ke pantai remis..sje survey mana tau ada..sampai je pantai remis, pergilah tny dkt satu gerai..ternyata xde rezeki sbb mmg xde jual..tapi akak tu ada ckp klu teringin nk mkn, kt k.sngor, nme tmpt tu kelip2 kg kuantan ada jual..

Ni adalah gambar udang galah yg saya amik dlm web..


Selepas itu, misi pn brsambung ke kuala selangor..sampai di kuala selangor selepas bukit melawati, kami nampak jeti sungai selangor tapi xtau mana jalan nak ke sana...so, kami terus je untuk cari kg.kuantan..jalan punya jalan rupanya kami dh terlepas kg.kuantan dan dh nak ke tanjung karang..tapi dalam perjalanan kami sempat singgah di pasar basah pasir penambang..Macam biasa r tujuan asal nk cari udang galah tp xde..so,saya beli udang ni...alang2 dh jauh2 dtg kan??haha, dh lari dari misi..


Udang ni penjual tu kata udang kertas,tp agak besar..so, dari balik tgn kosong saya pn belilah stgah kilo..sekilo rm38..nak tahu saya wat masak ape dgn udang ni?tunggu entry akan datang ye..

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kelip2 kg kuantan tapi masih xjmp udang galah.. Ramai yg ckp, sekarang ni bkn musim so mmg susah nk dpt..maka baliklah saya dengan perasaan hampa..tapi alhamdulillah dapat berita baik dari makcik yg ada kwn suami dia akan tolong carikan..so, insyaallah kalau saya dah dapat udang galah tu, saya update ye..huhu tunggu..


Baca Selanjutnya

Friday 4 July 2014

Udang Goreng Berkrim


Alhmdulillah arini dh ari ke6 puasa..esok cukup smnggu kte puasa..Menu berbuka harini tersangatlah istimewa iaitu udang goreng berkrim dan rasanya sangat lazat..huhu msuk bakul angkat sendiri..So, saya nak kongsikan resepi kat sini..


Tada..siap dah..nampak macam sedap kan?? Sorilah perhiasan tak berapa menarik..coz i ni tak pandai kulinari..hehe


Bahan-bahannya..
1kg udang
2 tin susu cair
Sedikit gula
Cili padi ikut suka
1 sudu mentega
100g tepung jagung
10 tangkai daun kari 
2biji telur
50g bijirin jagung

Cara-caranya
1. Panaskan kuali dgn mentega. Gaul udang bersama tepung jagung kemudian goreng udang sehingga garing.Ketepikan
2. Tuangkan 1 tin susu cair kedalam mangkuk dan 2biji telur. Pukul sehingga sebati.
3. Panaskan 1 sudu mentega kemudian masukkan susu tadi perlahan2..Kacau sehingga garing..
4. Setelah garing,masukkan daun kari,cili padi, gula, bijirin jagung daun gaul sebati..Setelah siap,toskan bahan2 yg telah digoreng tadi..Ketepikan
5. Dalam kuali yg lain,panaskan 1 tin susu cair lagi.. Biarkan sehingga ia ingin mendidih.. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan susu tersebut..Setelah pekat, campur kesemua bahan yg telah disediakan tadi. Gaul sehingga rata dan sedia untuk dihidang..


Ni step no 3 biar sehingga susu dan telur tersebut garing..


Setelah telur garing,masukkan daun kari,gula,cili padi,bijirin jagung..

Tapis semua bahan2 yg digoreng td dgn penapis..


Selamat mencuba semua dan selamat berbuka puasa..sebarang komen,dialu2kan disini..
Baca Selanjutnya

Cara Pengiraan Air Ketuban (AFI)



Wah, bila tengok tajuk je macam saintifik sangat kan??huhu..Actually, entry ni adalah sambungan dari entry saya yg sebelum ni tentang punca air ketuban berkurangan. Seperti biasa, 2 minggu skali saya akan ke klinik untuk wat check up..So, hjung bln lepas (28.6.14) adalah tarikh check up saya..Sekali lagi, doc akan scan untuk cek air ketuban saya..Memang dalam masa 2minggu sebelum tu saya berdoa banyak2 supaya air ketuban ni boleh banyak semula..Hari2 saya makan tembikai untuk tambahkan air ketuban..mana tau menjadi kan???Tapi dalam masa yang sama, Allah saja yg tahu macam mana risaunya saya kalau saya terpaksa ditahan wad...Mana taknya, dengan anak yg sekolah lgi n yg no 2 tu baru nak masuk 2tahun..tido pn nak kena peluk dgn saya lg..kalau yg no 1 tu xkisah sgt sbb die blh tinggal rumah nenek dia..Tapi, alhamdulillah, lepas doc scan n doc cakap air ketuban masih lagi dalam tahap yg ok..but kena berjaga2..

Macam mana cara doc tu kira air ketuban??Jom tengok ni..

Tahap air ketuban boleh diketahui melalui ultrasound scan. terdapat 2 cara untuk mengukur air ketuban iaitu Amniotic Fluid Index (AFI) atau Single Deepest Pool (SDP)

Tapi ni bukan gambar scan baby saya ye..ni amik dalam web..

Masa mula2 scan dulu, doc cek AFI macam ni, tapi untuk yg seterusnya, doc cek macam ni...

Perut ibu tersebut akan dibahagi kepada 4 bahagian untuk mengira air ketuban tersebut.

Result yg saya dapat dari keempat2 kuadrant ini ialah 8.9..Doc ckp air ketuban setakat ni ok lg, tp klu dh smpai cecah 7 so dh tahap bahaya..Minggu dpn saya ada check up lg..Doa2kan supaya semuanya ok ye...Mmang lah teramat risau..Setakat ni je yg dpt sy kongsikan..Jumpa lg di entry akan datang..











 

 

 


Baca Selanjutnya

Wednesday 2 July 2014

Puasa Lebih Bertenaga dengan 3 Gems


Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 4 kita berpuasa di bulan Ramadhan. 2 tahun yang lepas, saya tak dapat nak berpuasa di bulan ramadhan kerana melahirkan anak ke-2 pada 3 Ramadhan dan diikuti berpantang di bulan Ramadhan...Alahai dugaannya bila berpantang bulan puasa kan? Macam2 makanan ada untuk orang berbuka..Kita yg berpantang ni cuma boleh tgk jelah...(tapi kadang2 saya bedal gak..hahaha)..raya pun masih lgi dalam pantang tp berjalan je...huhu ada aku kisah??

Kali ni sekali lagi saya berbadan dua di bulan Ramadhan tapi nasib baik due lepas raya..So, dapatlah merasa berpuasa dengan baby di dalam perut..(huhu tak tahulah boleh tahan ke x) tapi alhamdulillah, dah 4 ari berpuasa, saya masih lagi bertahan dan tak rasa lapar..Nak tahu ape saya amalkan???

Set Berpuasa yang terdiri daripada ESP, PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKE

Set ni boleh juga dikenali dgn Set 3 Mighty Gems dan amat sesuai untuk seisi keluarga..Nak tahu bagaimana ia berfungsi pada tubuh badan kita??Jom semak...

Energizing Soy Protein (ESP)

Protein adalah bahan utama dlm pembentukan pelbagai organ dan tisu dlm badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dlm sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yg tinggi dlm badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yg akhirnya boleh membawa kepada kematian. Fungsi ESP adalah :-

  • Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dgn segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Baik untuk Prostat - Genistein yang terkandung dlm kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dlm pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dgn hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
Mealshakes

Mealshake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi spt buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yg terbaik dan mengandungi organisma protin yg sangat berkualiti dan mudah diserap ke dlm sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Mealshakes merupakan pilihan bijak. Manfaat Utamanya ialah :-

  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. Selain itu, ia juga kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain2
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yg diprlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Rasanya yang lazat untuk dinikmati oleh semua golongan dan boleh diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,  mineral dan juga tenaga.

Performance Drink

Performance Drink dicipta untuk meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Ia juga dapat membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan disamping mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot). Manfaatnya ialah :-

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Mencegah Penyahidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan mata.
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yg penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecedaraan otot.
  • Sesuai untuk mereka yg berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, kepeningan dan sebagainya.

Jom lihat testimoni set 3 Mighty Gems ni..





**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease**
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui sms/whatsapp di talian 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Tuesday 1 July 2014

Sotong goreng butter cheese


Entry ni dah tertunda bape hari..huhu..resepi dibuat pada hari khamis 19.6.14..atas permintaan suami so try r buat..tapi hubby ckp xjadi..huhu sbb kte xpnh rasa so,xtau r cmner rasanya..(jgn marah)

Resepi sotong goreng butter cheese

(Buat sarang telur dulu)
2 biji kuning telur
1 senduk butter/marjerin
1 cawan minyak masak

Cara-cara membuatnya:-

  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusingkan dengan senduk tu laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa henti. 
  3. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sedikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus je. Terus pusingkan minyak tu laju2 dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.






Setelah masak, tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyak. Langkah seterusnya, kita siapkan pula sotong.

Bahan2
  1. 3 ekor sotong besar (ikut suka nak berapa banyak)
  2. Sedikit garam
  3. Sedikit lada sulah
  4. Minyak untuk menggoreng
  5. 3 ulas bawang putih-dicincang
  6. 6-8 tangkai cili padi- dihiris
  7. 1 tangkai daun kari (kalau nak guna banyak pun boleh)
  8. 1/4 susu cair/susu segar
  9. sedikit butter/margerin untuk menumis
  10. sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
  11. Garam secukup rasa
  12. Sedikit chesee..(saya guna chese yang dh siap racik2 cuma tabur atas pizza tu..huhu)

Cara2 untuk memasak:-

  1. Mula2 goreng dulu sotong yang digaul dengan sdikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti sotong akan mengecut dan tak sdap bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak dari kuali, tak nak guna lagi.
  2. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  3. Kemudian, masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan cheese mengikut kesukaan kemudian masukkan sotong yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. jangan letak terlalu banyak garam sebab butter atau margerin dah ada garam...Tapi sya tak ltak pun..huhu
  4. Akhir sekali, siap untuk dihidang...tadaa...Gambar mungkin tak cantik tapi rasanya sangat sedap..Selamat mencuba!!!





Thank tu kak azie kerana berkongsi resepi.
Baca Selanjutnya