Madu lebah adalah penawar yang sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Apabila manusia beralih ke rawatan moden, kehebatan madu ini mula dilupakan sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, zaman kegemilangannya kembali semula lantaran tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat mengenainya. Bukan setakat kesihatan malah ia cukup berguna dalam bidang kecantikan. Namun begitu ada lagi khasiat madu yang mungkin kurang disedari. Antaranya ialah :-
MERAWAT DAN MENGUBAT LUKA
- Berabad tahun lamanya, madu telah digunakan untuk merawat luka. Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya telah menghasilkan oksidase glukosa. Dalam keadaan yang tepat, oksidase glukosa mampu memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida iaitu zat yang bersifat seperti antiseptik kuat. Perlu diingat bahawa tindak balas seperti ini tidak boleh terjadi ke atas madu yang diletakkan dalam bungkusan
MENGHILANGKAN PARUT
- Kandungan enzim, serbuk sari, vitamin serta mineral yang terdapat dalam propolis berupaya merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ini bermakna apabila diaplikasikan pada luka terbakar, madu akan mempercepatkan proses penyembuhan sekaligus mengurangkan masalah parut.
AWET MUDA
- Asid glukonat dan beberapa jenis asid organik ringan yang terdapat dalam madu membantu melonggarkan ikatan sel-sel kulit mati hingga mampu mengurangkan masalah kulit kendur, garis penuaan, menyeimbangakan minyak seterusnya meningkatkan keanjalan kulit. Kandungan gula dan asid amino yang seimbang membantu mempertahankan kelembapan kulit.
KANDUNGAN ANTI OKSIDAN YANG TINGGI
- Bahan antioksidan yang tinggi dalam madu secara tidak lansung mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Antioksidan yang dikenali sebagai 'pinocembarin' menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit.
KURANGKAN KOLESTEROL DAN GLUKOSA
- Faktor utama yang membuatkan madu kurang digemari adalah kerana rasanya yang terlalu manis. Meski pun lebih manis daripada gula tetapi indeks glikeminya rendah kerana diserap ke dalam aliran darah secara berperingkat. Pada masa sama, madu juga boleh dijadikan alternatif sebagai pemanis yang selamat bagi menggantikan gula atau gula tiruan.
CARA MENGETAHUI KEASLIAN MADU LEBAH
Seperti yang dapat kita lihat, terlalu banyak jenis atau jenama madu lebah yang dijual dipasaran namun kadang-kadang pengguna sering tertipu dengan keaslian madu lebah tersebut. Ini adalah salah satu tipu muslihat peniaga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan mencampurkan gula didalam madu lebah yang asli bagi. Disini saya kongsikan sedikit cara bagaimana untuk mengetahui madu lebah yang asli.
- Madu lebah asli tidak akan dikerumuni semut sekiranya dibiarkan namun sebaliknya akan terjadi sekiranya madu lebah tersebut tidak asli.
- Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan kedalam bekas.
- Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan sedikit air kedalam bekas tersebut dan goyangkan bekas perlahan-lahan. Madu yang asli akan membentuk seperti sarang lebah dan tidakm mempunyai rekahan.
- Tuangkan madu ke dalam bekas atau tapak tangan kemudian lihat perubahannya. Madu asli akan membentuk bulatan.
- Ambil sebiji telur ayam, pecah dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
- Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Selesai menjalankan eksperimen diatas, selepas itu baru anda tahu sama ada Madu yang dibeli tersebut adalah asli atau tidak Jangan terpedaya ye sahabat-sahabat semua. Selamat mencuba...
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan mengatakan bahawa madu berupaya menurunkan glukosa darah. Kandungan mineral dan vitamin semulajadi didalamnya juga membantu mengurangkan kolesterol buruk di dalam tubuh. Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi manfaat kepada pembaca blog semua..
0 comments:
Post a Comment