Monday 9 March 2020

Ketahui cara bagaimana Sel Kanser boleh terbentuk?


KENALI APA ITU NEKROSIS SEL

Sebelum tido jom hadam kejap tentang nekrosis sel.. Terasa macam belajar biologi pulak. Dulu masa sekolah, kelas biologi lah susah sikit nak faham.. Tapi bila dah masuk bidang kesihatan ni sikit sebanyak mesti kena tahu juga.



Dalam berjuta-juta sel yang ada dalam badan kita ni, korang tau tak sebenarnya sel kita ni ada yang mati sendiri dan ada yang mati dibunuh.. 

Apa benda pulak tu? Ok, ni kak H nak terangkan. Dua benda yang menyebabkan sel itu mati ialah:-


  • APTOSIS = Sel yang ada dalam badan kita ni akan mati dengan sendiri apabila ianya tidak diperlukan lagi.. 

Antara contohnya ialah, pembelahan jari pada janin didalam kandungan. Oleh sebab proses Aptosis sel inilah yang membolehkan jari kita terbahagi. Tapi kalau sel tersebut sukar untuk melakukan proses APTOSIS, maka ia akan membentuk menjadi Sel Kanser.



  • NECROSIS = sel tu mati sebab dibunuh bukan bunuh diri. Dibunuh oleh perkara-perkara macam toksik, bahan kimia, radikal bebas, radiasi, trauma, kecederaan. Kiranya depe ni meninggal dalam secara abnormal dan tak sihat. 

Necrosis menyebabkan ada inflamasi di kawasan tisu sel yang mati tu. Paling mudah nk tengok, kulit yang hitam pada kaki pesakit diabetes. Sel-sel kulit hitam tu sudah mengalami proses necrosis. 

Contoh lain lagi, sekiranya seseorang itu menghidap sakit jantung Sel-sel di jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi (FYI sel perlukan oksigen, glucose untuk hidup) oleh kerana ada blockage di saluran darah ke jantung. Setelah melalui beberapa proses akhirnya sel di jantung tersebut akan alami necrosis.

Jadi macam mana kita nak pastikan supaya badan kita ni jalani proses Apoptosis yang sihat? bukannya mati secara tak sihat. Dan macam mana kita nak pulihkan sel-sel hasil dari proses necrosis ni? 

Apabila DNA sel yang rosak, ia biasanya akan mengesan kerosakan dan cuba untuk memperbaikinya. Jika kerosakan tidak boleh diperbaiki, sel biasanya akan menghantar diri sendiri ke dalam apoptosis. 

Bila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk menjalani apoptosis, sel inilah yang akan membiak menjadi sel kanser. 

Jadi kenapa penting sangat kak H nak ingatkan yang kita ni perlukan Vivix setiap hari?? 

Vivix mempunyai 4 mekanisme utama pembaikan sel. perlindungan sel, tenaga sel dan prestasi sel. Kesemua yang memang kita perlu untuk pastikan sel-sel kita hidup dan boleh menjadikan segala organ dalam badan kita berfungsi dengan baik bukannya berpenyakit sana sini sinun. 

Sel hidup, mesti ada oksigen dan tenaga, Tapi kalau takde tenaga? takde oksigen, sel akan mati. Sebagai contoh,apabila kita kekurangan oksigen kita akan mengalami semput, kalau sel kurang oksigen boleh jadi sel berasid dan enzim tertentu akan dilepaskan. Sudahnya DNA yang rosak. 

Sel mesti mampu untuk repair kerosakan DNA sel supaya sel yang rosak tu sepatutnya boleh mati bukan meniru untuk jadi sel rosak yang lain. 

Mekanisme ni dibuat melalui hasil dari ribuan kajian terhadap resveratrol dan polyphenol yang ada dalam VIvix . Sebab tu Vivix terhasil dari ribuan kajian klinikal. Bukan dah siap-siap bancuh kemudian tepek kebaikan. Big nooo. Sekarang baru tahu, kenapa VIVIX sangat la exclusive kan?? Kandungannya lain dari mana-mana product berbentuk tonik yang ada di pasaran. 

Baca Selanjutnya

Tuesday 3 March 2020

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

BUAT KERJA KITA JANGAN BUAT KERJA TUHAN
================================

Kak H sering dengar perkataan ni saban hari, bulan dan waktu. Yelah, kita ni cuma hamba je.. Mampu merancang tapi DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Kita boleh berdoa mintak macam macam tapi selebihnya Allah yang tentukan sama ada nak bagi pada kita atau tak. Kita sebagai hamba cuma perlu berusaha sehabis baik dan tawakal. 

Allah nak bagi kita pun bergantung pada usaha masing masing. Allah berfirman "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." (Thaha 20: 132)

Didalam buku "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" karya Fathuri Sallehuddin ada mengatakan bahawa sesungguhnya menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari rezeki. Dan rezeki itu sangat kuat dengan Allah kalau kita jaga dan tunaikan hak-haknya. Macam mana caranya? 

Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang mudah adalah dengan Solat Dhuha dan bersedekah. Dalam kita mencari rezeki untuk menunaikan tanggungjawab seharian, dalam usaha kita memberikan sesuatu yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga, hadis ada mengatakan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha Allah akan mencukupkan segala keperluannya pada hari itu.

Jadi selepas lakukan apa yang patut kita buat, laksanakan sepenuh hati, tambah dengan amalan sunat yang menunjukkan pergantungan kita pada Allah, maka tidak perlu lagi ada rasa bimbang di hati. Sebab kita dah yakin. Dalam setiap rezeki kita harini ada hak orang lain, maka jangan pernah takut jatuh miskin apabila bersedekah. Jadi tiada lagi istilah "TAK CUKUP ATAU TAK PERNAH CUKUP" dalam kamus hidup kita. 

Baca Selanjutnya

Saturday 8 February 2020

DAH MAKAN MACAM MACAM TAPI MASIH TAK KURUS


Kenapa masih tak kurus??

Pernah tak rasa dah makan supplement macam macam tapi takde tindakbalas pun. Kadang-kadang dah ambil B Complex tetapi masih penat. Kadang-kadang dah ambil Vitamin C tapi masih kerap sakit. Salah satu puncanya adalah kerana badan banyak toksin. 

Toksin adalah bahan beracun yang ada dalam badan sendiri atau faktor luaran yang tak perlu ada pun dalam badan kita. Ianya hanya menunggu masa untuk merosakkan badan dan malah boleh menjadi punca pada penyakit serius seperti kanser, gout, masalah penghadaman, hati dan juga masalah kesuburan. Banyak lagi sebenarnya.

Antara tanda tanda banyak banyak toksin:-


  1. Sering rasa letih
  2. Berat badan susah nak turun
  3. Mulut berbau
  4. Sembelit
  5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  6. Alahan dan masalah sinus
  7. Masalah kulit

Kalau korang ada masalah masalah seperti diatas wajiblah buat detox. Cara caranya ialah:-


  • Detox dengan jus buah atau sayuran
  • Detox Air
  • Puasa
  • Bekam
  • Ambil set detox Shaklee

Set Detox Shaklee berfungsi untuk membuang toksin berlebihan yang gagal disingkirkan oleh organ yang sudah overwork dan penat.

Apa yang ada dalam SET DETOX SHAKLEE?


Set Detox Shaklee mengandungi Alfalfa, Herb Lax, DTX, Vivix dan Peppermint Ginger Plus. Kebaikan Set Detox Shaklee yang tidak ada pada diet dan program kurus lain :


  1. Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
  2. Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
  3. Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
  4. Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai Detox 7 hari.
  5. Sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
  6. Sistem penghadaman yang lebih baik.
  7. Nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
  8. Kulit lebih segar dan tidak lesu serta banyakkk lagi.
  9. Bonus : BERAT pasti TURUN !

Antara fungsi Set Detox Shaklee

1. Vivix

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yg sangat hebat. Anggur muscadine juga ialah sumber diet terbaik untuk serat. 35biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7g serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haermohoids dan diverticulitist. 

2. DTX

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.

3. Herb Lax

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit dan sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

4. Alfalfa

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.

5. Peppermint Ginger Plus

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut. Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Ia dapat mengurangkan angin di usus dan perut serta melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil Peppermint Ginger Plus ni.

Ha, nampak kan peranan Set detox ni? Kalau rasa macam badan terlalu berat, korang wajiblah buat detox ni dulu sebelum nak ambil apa2 supplemen. Takut nanti tak berkesan pulak. Nak dapatkan Set Detox yang super ohsem ni boleh hubungi kak H pada link yg diberi ((NAK ORDER
Kak H akan bagi konsultasi special punya.. Siap dengan MEALPLAN dan guide sampai korang dapat berat idaman.. Cepat tau.. Projek kurus sebelum raya ni.. 😉😉

Notakaki: Hakak hakak ni turun 2kg dalam masa 7hari je tau.. Siapa nak bagi?? ☺☺

Baca Selanjutnya

Thursday 6 February 2020

PERLU KE AMBIL SUPPLEMENT WALAUPUN DAH MAKAN SEIMBANG?


"Makanlah Sementara Masih Sihat"

Pernah tak dengar ungkapan macam kat 👆👆ni? Mesti pernah dengar kan? Ada betulnya, sementara masih sihat ni lah nak makan apa yang kita suka nanti dah sakit semua apa yang kita nak dah tak dapat nak rasa.. TAPI TAPI TAPI....



Masa kita tengah sihat ni lah nak kena jaga makan. Boleh je nak makan apa yang kita nak, tapi jaga kuantiti dan amalkan bersenam dan sebagainya. Barulah nanti bila dah tua kita masih lagi boleh menikmati makanan yang kita suka.

Dulu kak H pun macam tu, makan je selagi boleh. Selagi kak H tak naik berat badan or masih nampak kurus is ok. Tapi korang tau tak, sebenarnya orang yang kita sangka kurus dan sihat ni cuba cek balik tahap viseral fat dan macam macam lagi. Kadang semua dah over. Seram kan? Nampak je macam sihat tapi sebenarnya tak.

Alhamdulillah selepas kenal Shaklee, gaya hidup kak H dan family totally change. Lebih lebih lagi bila Shaklee memperkenalkan SET DETOX beserta meal plan. Memang awesome sangat. DETOX ni pun sebenarnya ada banyak peringkat tau. Detox parasit, Detox Hati, Detox Usus, Detox Darah. Semua ada fungsi masing masing. Sebelum ni kak H sendiri pun tak ambil berat tentang detox ni. Mau tak selama berpuluh puluh tahun hidup dah macam macam benda masuk dalam badan.



KENAPA PERLU TOPUP DENGAN SUPPLEMENT??

Bila bercerita bab makan, tak semua nutrisi yang kita nak daripada makanan kita boleh dapat. Kenapa jadi macam tu?sebab cara tanam, cara masak tu pun kadang kadang dah separuh nutrisi hilang. Sebab tu kita kena topup dengan supplement untuk pastikan badan kita dapat nutrisi yang secukupnya. Ambil contoh, sepatutnya kita kena makan 6 hidangan sayur sehari. Tapi kita? 

Kiralah sendiri ye. Kalau makan je jaga tapi tak bersenam tak guna jugak ye sebab dengan bersenam tu membantu kita untuk membakar lemak dan menyingkirkan segala toksin dalam badan. Panjang sangat dah kak H bebel ni. Harap harap korang ambil sebagai peringatan ye. Cuba ubah gaya hidup kepada lebih sihat untuk masa depan.

Jom tengok FEEDBACK yang join PROGRAM DETOX

Nak tahu fungsi SET DETOX ni?? Kak H share dalam next entry k. Stay tuned..

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed,treat,cure or prevent any disease**




Baca Selanjutnya

Wednesday 5 February 2020

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya


Ujian itu Satu Pengalaman

Kita sebagai manusia didalam dunia ni memang takkan terlepas dari ujian. Setiap orang pasti akan alami ujian ataupun dugaan tersendiri. Ujian tersebut mengajar kita untuk belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan dan berubah kepada yang lebih baik. Begitu juga didalam dunia bisness ni, terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi. 



Beruntung sangat kalau korang buat bisness, semua berjalan lancar je. Sangat bernasib baik. Secara jujurnya kak H juga tidak terlepas daripada pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi. Diperli, ditipu, ditolak, gagal dan sebagainya. Itu adalah lumrah tapi cara kita menangani masalah tersebut yang membuat kita berada ditahap mana sekarang.

Kerenah customer ni bermacam-macam. Ada yang cancel order last minit walaupun kita dah sampai depan rumah. Belum lagi kalau yang jenis tak kuat semangat, prospek reject je terus down "alah, kenapa susah sangat nak dapat customer ni?" tapi bagi kak H kalau fikir dari sudut positif, ada sebab kenapa Allah tak bagi customer tu untuk kita.

Mungkin Allah nak tengok berapa banyak usaha kita dan mungkin yang selepas itu adalah lebih baik. So, jangan layan sangat perasaan down tu ye. Takmau lemau2 dah.
Nak berjaya kena buat apa yang orang lain tak pernah buat. Yakin diri, kreatif, berani untuk mencuba benda baru, cari cara untuk memajukan diri dan bisness dan selebihnya tawakal. In shaa Allah kejayaan milik kita semua.

Baca Selanjutnya

Tuesday 4 February 2020

PERLU KE MERANCANG MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK?


Apa yang kita nak jadi 10tahun akan datang?

Dalam hidup ni pasti ada sesuatu yang menakutkan kita. Ada orang takut haiwan, ada orang takut tempat tinggi, ada orang takut tempat gelap tapi bagaimana kita cuba keluar dari situasi ketakutan tu yang membuatkan kita lebih matang.

Ada orang takut nak berimpian besar sebab takut tak mampu nak capai. Tapi bukan ke Allah berfirman “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Kalau kita sendiri tak ubah nasib kita, siapa lagi yang akan ubah kan?



Sebab tu bagi kak H, apa yang kak H paling takut ialah apabila memikirkan masa depan anak anak kak H bila kak H dah takde nanti dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat, risau bila anak anak kak H tak dapat nak survive. Seboleh bolehnya biarlah ketiadaan kak H nanti dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita sebenarnya boleh merancang masa depan yang macam mana kita nak untuk 10tahun 20tahun ataupun berapa puluh tahun akan datang. 

Berimpian tu tak salah pun tapi disebabkan mentaliti mahupun didikan dari orang sekeliling yang membuatkan impian tersebut terkubur macam tu sahaja. Mana taknya, bila kita ada angan-angan (IMPIAN) mesti orang akan bercakap, "Hentikanlah angan angan tu. Takkan kemana". Kita yang dah pasang impin ni sedikit sebanyak mesti rasa DOWN kan? Sebab orang kata tu angan-angan tahi ayam je. 

Ya, benda tu akan jadi kenyataan bila kita tak buat apa apa tindakan. Bukan nak tunjuk hebat seolah olah kita macam Tuhan tapi kita ada pilihan. Masa depan yang macam mana kita inginkan? Cuba letakkan kita sebagai bayi yang baru lahir.  

Bayi yang baru dilahirkan diibaratkan kain putih dan kita sebagai ibu bapa yang mencorakkanya. Pasti kita inginkan yang terbaik untuk anak. Begitu juga tuhan kita. Anak anak belajar berjalan kita yang bagi galakkan dan sebagainya sehingga berjaya tapi terpulang pada anak nak usaha sebanyak mana sehingga berjaya. Allah dah bagi jalan tinggal pulak kita yang mencorakkannya.

In shaa Allah kak H akan cuba sedaya upaya untuk ubah masa depan kak H dan anak anak dan berdoa semoga Allah memberi kesempatan pada kak H untuk berbakti pada orang tua, masyarakat dan negara. Kak H taknak bila kak H takde nanti takde apa yang kak H tinggalkan untuk agama kak H dan dijadikan segala pahala untuk kak H disana nanti.. Amiin.. Korang tolong sama sama doakan kak H ye..

Baca Selanjutnya

Sunday 26 January 2020

Soya Penyebab Kanser

SOYA TIDAK BAIK UNTUK WANITA!! SOYA BOLEH MENYEBABKAN KANSER


Pernah tak dengar statement kak 👆👆👆ni? Mesti ada yang pernah dengar kan? Sebenarnya banyak pendapat dan perbahasan mengenai isu soya ni. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Namun, kak H cuba berkongsi beberapa isu dan kajian yg telah dijalankan ke atas soya dan isoflavone.



Apa itu soya dan Isoflavone? 

Soya adalah sejenis Phytoestrogen. Apa benda Phytoestrogen ni? Phytoestrogen ialah sejenis kompaun dari tumbuhan yang berupaya menghasilkan aktiviti yg sama seperti estrogen (estrogenic activity).

Isoflavone pula diklasifikasikan sebagai sejenis phytoestrogen. Tumbuhan yg mengandungi isoflavone ini termasuklah soya.

Fungsi Estrogenic dan Anti-Estrogenic

Isoflavone soya telah diketahui memiliki estrogenic aktiviti yg lemah. Estrogen reseptor bukan sahaja terdapat pada tisu sistem peranakan tetapi juga pada tisu pada bahagian badan yg lain. Pada sesetengah tisu badan, isoflavone mampu merangsang kesan estrogen (estrogenic effect). Dan pada sesetengah tisu badan yg lain, isoflavone mampu menghalang kesan estrogen (anti-estrogenic effect).

Antara faedah estrogenic terhadap tisu badan seperti meningkatkan kepadatan tulang dan merendahkan kadar kolesterol. Manakala, faedah anti-estrogenic terhadap tisu badan seperti payudara, prostate dan rahim, pula dapat merendahkan risiko penyakit kanser.

Kebolehan isoflavone dalam merangsang dan menghalang aktiviti estrogen menjadi topik fokus kepada para saintis untuk mengkaji dengan lebih lanjut.

Soya dan kanser payudara

Dianggarkan wanita Asia mengambil isoflavone dari soya antara 25-50mg sehari dan wanita bukan Asia mengambil isoflavone dari soya kurang dari 2mg sehari. Tetapi, kadar kanser payudara di negara Asia adalah jauh lebih RENDAH dari negara barat.

Walaubagaimanapun, buat masa ini bukti yg menunjukkan soya dapat merendahkan risiko kanser payudara adalah tidak mencukupi.

Soya dan kanser endometrial

Punca utama pertumbuhan kanser endometrial adalah berpunca dari kesan pendedahan terlalu lama kepada estrogen dominan, bermakna kehadiran estrogen tidak diseimbangkan dengan progestron. Jadi, kesan anti-estrogenic dalam isoflavone dikatakan mampu mencegah kanser endometrial. Pernyataan ini disokong melalui hasil kajian ke atas sekumpulan wanita, di mana pengambilan isoflavon soya oleh wanita yg menghidap kanser endometrial dikatakan lebih rendah berbanding wanita yg tidak menghidap kanser. Walaubagaimanapun, bukti menunjukkan isoflavone soya mampu merendahkan risiko kanser endometrial adalah terhad.

Gangguan terhadap paras hormon dan kitaran ovulasi

Meskipun ada kajian menunjukkan isoflavone mampu mengganggu hormon akibat dari estrogenic activity, tetapi banyak kajian menunjukkan isoflavone soya tidak memberikan impak ke atas paras hormon wanita. Salah satu dari kajian terkini ke atas 34 wanita yg mengambil 100mg sehari selama setahun, dan tiada sebarang perubahan ditemui pada paras hormon ketika fasa luteal.

Tetapi yg menariknya, dalam banyak-banyak kajian ada satu kajian yg menunjukkan pengambilan isoflavone soya menyekat penghasilan estradiol ketika fasa luteal yg berlaku pada seorang wanita Asia.

Kesimpulan

Soya isoflavone memiliki sifat estrogenic dan anti-estrogenic pada masa yg sama. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian membuktikan bahawa bukti yang masih ada tidak cukup untuk mengatakan soya adalah MERBAHAYA untuk kesihatan mahupun mampu menjadi punca kepada sebarang penyakit.

Ini kerana, metabolisme adalah pengaruh yang kuat terhadap kesan biologikal soya isoflavone dan bergantung kepada aktiviti bakteria dalam usus besar yg berbeza bagi setiap orang.

Berdasarkan saranan Dr Malinda di dalam blog beliau - "Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soya sehari" .Dan pastikan soya yg digunakan adalah non-GMO.

Mana nak dapatkan Soya Non Gmo ni?

Kriteria soya NON GMO


  1. Kacang soya tersebut mesti tumbuh dan membesar secara organik
  2. Kacang soya tersebut tidak dihasilkan secara genetic
  3. Pastikan Soya tersebut mengandungi 9 asid amino perlu
  4. Pembersihan soya tersebut mestilah menggunakan air dan bukannya Alkohol
  5. Bahan bahan seperti anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
  6. Proses pembuatan Soya tersebut sebaiknya tanpa pemanasan
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium untuk meneutralkan asid di dalamnya



Jika inginkan yang terbaik, semestinya ESP. Motto Shaklee sendiri, Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi. Kenapa Esp berbeza dari yang lain?

Perbezaan ESP dan Soya lain? 


  • ESP dibuat daripada kacang soya yang benar-benar semulajadi, iaitu kacang soya yang tidak diubahsuai genetiknya (non-GMO) sejak dari penghasilan biji benih sehinggalah dituai dan diproses menjadi ESP. Berbanding produk soya yang lain, ianya adalah kacang soya yang telah diubahsuai genetiknya supaya cepat membesar termasuklah air soya yang dibeli dipasar. (sama seperti penghasilan ayam daging).
  • Kacang soya non-GMO adalah rendah lemak dan bebas kolesterol. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga yang berpanjangan untuk kehidupan yang aktif. Kacang soya biasa yang diubahsuai genetiknya pula mengandungi bahan-bahan aktif yang tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh badan manusia malah membahayakan.
  • ESP membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Soya biasa tidak membantu kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon, walaupun diminum dalam kuantiti yang banyak kerana perubahan pada genetik soya itu sendiri. Apatah lagi mengekalkan paras gula dalam darah apabila kandungan gula dalam soya tersebut sendiri pun sudah berlebihan daripada apa yang diperlukan oleh tubuh badan. 
  • Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gram dan tidak mempunyai laktosa bagi memastikan kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Berbanding soya biasa, ia mengandungi paras laktosa yang tinggi dengan gula berlebihan yang terkandung dalam setiap pek soya tersebut.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, selain mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga manakala soya biasa mengandungi pelbagai perasa tiruan, pemanis berlebihan, pewarna dan pengawet yang hanya menampakkan kecantikan susu soya tersebut namun tiada khasiat. 

Nak tahu lagi tentang kebaikan soya? Siapa yang perlu ambil Esp ni? Selain itu, ESP juga sesuai dijadikan sebagai Milkbooster  bagi ibu yang menyusukan anak dan yang paling Best Esp boleh bantu turunkan berat badan dengan mudah kerana dengan hanya pengambilan Esp boleh mengenyangkan tanpa perlu makan dengan banyak.

Suka tak? Suka kan? Kalau teruja nak dapatkan Esp ni korang boleh hubungi kak H sendiri melalui wasap 0132109044 atau COD dikawasan berdekatan. Tapi kalau korang nak order sendiri di website Shaklee pun boleh, cuma klik pada gambar dibawah sahaja.


Rujukan
http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/phytochemicals/soyiso/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3074428/
Baca Selanjutnya

Monday 20 January 2020

ME TIME BERSAMA ANAK ANAK

Kadang kadang bila dah penat uruskan hal bisness, anak anak, suami dan rumahtangga. Ada masa nak kena hilangkan penat stress tu supaya tak terbawa pada anak anak dan sebagainya. Sama jugak macam menghabiskan masa yang terluang tu dengan hobi yang tersendiri.

.

Hobi ni boleh jadi macam macam perkara. Dulu masa sekolah ada yang minat membaca, mengumpul setem dan banyak lagi. Macam kak H, memang dari dulu pun tak pernah ada hobi yang luarbiasa. Hobi kak H biasa je suka membaca tak kisahlah buku motivasi ke, novel ke majalah ke ataupun buku kesihatan. Yelah SURIRUMAH macam kak H ni hobi apa jelah yang paling dekat boleh buat.  😅😅

.

Tapi baru baru ni kak H ada hobi baru tau.. Bila weekend je kak H satu family akan pergi main bowling. Seronok bila tengok semua pin tu jatuh. Bola bowling tu ibarat usaha kita dan pin tu pulak ibarat matlamat kita. Bila kita usaha bersungguh sungguh untuk jatuhkan pintu. In shaa Allah kita akan capai apa yang kita nak.. Ha, Best tak perumpamaan kak H. 😉😉

Baca Selanjutnya

Sunday 19 January 2020

Cari mentor yang betul untuk memulakan bisness


Belajar biarlah dengan guru

Alhamdulillah harini diam tak diam dah 19hari kita berada di tahun baru. Macam mana dengan azam korang? Ada yang dah tercapai? Kalau ada yang berazam untuk cari pendapatan sampingan, korang dah mula ke belum? Ataupun masih tercari cari bisness yang sesuai?

Ha, alang alang korang yang masih mencari tu apa kata join bisness dengan kak H. Ni kak H nak promote sikit kenapa Best sangat kalau join ahli dengan kak H. Apa lebihnya kak H ni??


  1. Kak H akan ajar teknik marketing yang berkesan melalui blog, ig, fb dan sebagainya.
  2. Kak H adalah penulis blogger sejak tahun 2013
  3. Kak H akan ajar cara untuk kurus, sihat dan cantik dengan berkesan
  4. Kak H akan kongsikan semua informasi tentang kesihatan
  5. Kak H akan kongsi tips untuk membahagikan masa antara keluarga dan bisness baik yang bekerjaya mahupun surirumah. (Pengalaman sendiri)


Apa lagi korang nak tahu?? In shaa Allah kak H akan kongsikan sebaik mungkin sehingga korang capai impian yang korang nak.
Baca Selanjutnya

Sunday 12 January 2020

Tips muda 10tahun dari usia



Muda 10tahun dari usia


Assalammualaikum dan hai semua. Kalini kak H nak kongsi tentang 1 produk yang baru sangat dalam Shaklee. Baru tak baru jugaklah. Dah beberapa tahun juga ye.




Satu produk yang diberi nama YOUTH SKINCARE. Nak tahu apa kelebihan YOUTH SKINCARE ni? Mesti ada yang ingat Shaklee ni sekadar vitamin kan? Sebenarnya lebih dari tu tau untuk kegunaan baby pun ada. SHAKLEE BABY

Apa lah yang Best sangat tentang YOUTH SKINCARE ni sampai nak kena beli?? Salah satu fungsi YOUTH ni adalah meremajakan kulit lebih muda 10 tahun dari usia kita. Baru nampak macam umur 19tahun giteww.

Penjagaan kulit muka ni adalah satu perkara penting yang perlu dilakukan SETIAP HARI demi kulit yang sihat, segar dan sentiasa muda. Tapi, tak semua orang melakukan rejim penjagaan yang betul dan ada jugak yang langsung tak memberi penekanan ke atas kesihatan kulit muka

Atas inisiatif ni la Shaklee membuat keputusan untuk menghasilkan Youth Skincare. Pertama kali cuba Youth, terus jatuh cinta sebab tersangatlah best.. Sangat moist, mudah serap dan paling penting hasil dia terbukti secara klinikal. Bukan self claim semata mata. Memang ada bukti..


Apa yang membezakan Youth dengan skincare lain?


Ok, kita tgk apa bezanya...

  • Keberkesanan youth dibuktikan melalui kajian klinikal. Ujian ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index. Benda ni kaji kehadiran tanda² penuaan melalui data klinikal.
  • Hasil daripada kajian yang dijalankan 100% wanita yang diuji terbukti kulitnya lebih muda berbanding sebelumnya. 100% tau. Maksudnya semua dapat.


Apa yang bestnya Youth ni?


  • 100% vegan. Ada juga skincare lain yg vegan tapi boleh dikira dgan jari. Yang lain, mengaku ja semulajadi, tapi buktinya kita tak tahu.
  • Cruelty free. Maksudnya tidak diuji ke atas haiwan. Semua kajian ke atas manusia.
  • Bebas daripada 1500 bahan kimia merbahayae
  • Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10 kali ganda lebih cepat berbanding biasa..


Tau tak, kalau skincare yang banyak buih tu, tak bagus tau. Kena check, kebarangkalian produk yang banyak buih tu sebab SLS. SLS tu salah satu bahan kimia merbahaya jugak..

Skincare yang ada biji² (microbeads) pn tak bagus. Kita ingat benda tu bagus untuk 'cuci' kotoran kat muka.. Padahal benda tu pn salah satu bahan yang bahaya...

Dan of kos, Youth bebas dari semua tu.. Bebas dari SLS, paraben, pewangi tiruan, hydroquinon, bahan² dr haiwan dan banyak lagi..

Kita tengok bahan utama dalam Youth..


  •  Apple Stem Cell


Dalam kulit kita ada stem cell. Bagi yang muda, kulit kita akan renew setiap 28 hari. Tapi makin berusia, makin lambat kulit tu di renew. Jadi,apabila dalam skincare kita ada stem cell, dia akan membantu mempercepatkan proses renew kulit..

Kenapa shaklee pilih apple stem cell?

Sebab apple ni dari Switzerland. Tahan lasak. Kalau 4-6 bulan tanpa penjagaan pun, dia masih boleh hidup. Dan apple ni ada special stem cell. So sangat tepat dengan keperluan kulit kita. Apple stem.cell ni ada dalam serum YOUTH



  • Sichandra Chinensis Fruit extract.

Kulit kita terdiri daripada dermis dan epidermis. Dermis yang bahagian dalam, manakala epidermis pula yang di bahagian luar. Extract schisandra ni membantu memberikan nutrien yang secukupnya dari dermis ke epidermis. Ia berfungsi untuk menyokong kulit muda dan memberikan hasiat kepada kulit. Schisandra chinensis fruit Extract ni terdapat dalam krim malam



  • Lotus Japonicus Extract


Punca kedutan dimuka berlaku apabila dermis kurang elastin atau dah kurang kolagen. Oleh sebab itu Lotus Extract ni akan membantu menghasilkan kolagen dan memberikan elastin kepada kulit. Ini dinamakan Youth Protein. Ia juga dapat membantu menguurangkan eye bag di kawasan mata, smile line, kedutan tepi mata dan kulit semakin tegang. Bahan ni terdapat di dalam night cream dan serum


  • Muscadine Grape

Jika diamati, Muscadine Grape ini merupakan bahan utama di dalam Vivix. Vivix merupakan salah saru produk premium yang sangat bagus. Oleh kerana bahannya yang sangat bagus maka shaklee menggunakannya didalam YOUTH. Muscadine Grape ni fungsi dia untuk menghalang kerosakan DNA.

Bagi kulit yang sihat. Maknanya dia bagi perlindungan untuk kulit kita. Muscadine Grape ada dalam cleanser, toner dan moisturizer



  • Vital Repair + (vitamins dan botanicals)

Fungsinya untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit. Vital repair+ terdapat di dalam cleanser, toner, moisturizer, dan night cream

Dan yang paling bestnya Youth ni, moisturizer dia ada SPF50. Walaupun tinggi kandungan SPF, tapi Youth ni non-comedogenic. Maksud non-comedogenic tu ialah ia tak menyumbatkan liang pori. Disebabkan itu, liang² pori kita bebas bernafas walaupun seharian kita pakai moisturizer.

Lama kelamaan, pori pun akan mengecil jugak lepas konsisten pakai. Youth ni dijual dalam bentuk set untuk mendapatkan hasil yang luarbiasa. Ini kerana, setiap satu item itu ada fungsi masing masing. Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur dan untuk semua jenis kulit kerana kajian telah dibuat ke atas org yang berumur dari 20 - 60 tahun.

Youth SKINCARE telah dikaji selama 8tahun tau. Bukan senang senang je nak buat produk SKINCARE. Shaklee dah kaji supaya ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Bukan produk yang bancuh bancuh timbang kilo terus boleh jadi krim. Youth Skincare ni ada yang boleh nampak kesan seawal 7hari.


Jenis jenis Set YOUTH


Starter set ada Cleanser, Toner, Moisturizer dan Night Cream. Yang ni sesuai untuk umur 20an sampai 30an yang tak ada masalah kulit sangat




Kalau full set, sama macam starter set tapi ada tambahan Serum dan Radiance C+E




Bagaimana perubahan pengguna YOUTH





Macam mana?? Rasa teruja tak nak dapatkan skincare YOUTH ni? Set ni sangat berbaloi kerana ianya mampu bertahan sehingga 4bulan ++ penggunaan. Tak rugi beli tau. Nak dapatkan YOUTH ni boleh je contact kak H di (0132109044) melalui wasap/telegram. 

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed,treat,cure or prevent any disease**
Baca Selanjutnya

Saturday 11 January 2020

Apa target kita 5tahun akan datang?

Ada orang cukuplah sekadar cukup cukup makan. Cukup tempat tinggal, cukup untuk makan 1 family, Cukup tempat tidur dan Cukup pakaian. Sebab Risau jika terlebih akan menjadi riak dan bongkak.

Tapi ada orang kena lebih dari cukup sebab apa? Sebab Bila kita lebih dari cukup, kita mampu untuk bantu orang yang yang tak cukup. Tidak ada salah dan tidak ada betulnya. Terpulang pada diri masing masing. Tapi kak H, kalau boleh kak H nak lebih dari cukup sebab kak H nak bantu golongan yang sangat memerlukan bukan dari dalam negara bahkan dari luar negara juga.



Itu bercakap tentang pendapatan, kalau dari segi kehidupan idaman kak H sudah tentu kak H ingin kehidupan yang selesa untuk keluarga kak H. Nak ada rumah sendiri, kereta idaman sendiri, dan bebas untuk kemana mana sahaja melihat keindahan alam. Subhanallah. Dah berpeluang jejakkan kaki ke Makkah bersama mama dan ayah dalam masa 5 tahun akan datang.


Dari segi kesihatan, kak H sedang cub9a untuk amalkan gaya hidup sihat dan bebas dari sebarang makanan yang tinggi segala serba serbi. Jika diizinkan Allah, kak H nak lihat anak anak kak H membesar dengan cemerlang 20 tahun akan datang. Taknaklah terlantar sakit je atas katil. Paling penting kak H nak 1 dunia pun amalkan gaya hidup sihat bersama sama kak H

Alhamdulillah, kak H dah cuba untuk ubah gaya hidup kak H kepada yang lebih baik. In shaa Allah semoga Allah permudahkan jalan untuk kak H dan keluarga.. Aamiinn..

Korang macam mana? Apa impian korang 5,10 atau 20tahun akan datang? Cuba share nak tengok.. Mana tau boleh jadi inspirasi untuk kak H

LETS YOUR DREAM COME TRUE


Baca Selanjutnya

Sunday 5 January 2020

PERLU KE ADA VISION BOARD UNTUK AZAM SETIAP TAHUN



AZAM 2020 VS VISION BOARD

Rata2 tahun baru ni semua mesti pasang azam baru kan? Nak buat itu nak capai ini.. Azam tahun 2019 yang belum tercapai pun akan dibawa pada tahun ni..

Biasanya kan, korang buat azam ni semua simpan kat mana? Tulis atas kertas besar besar pastu tampal kat tempat yang kita boleh nampak hari hari ataupun simpan target tu dalam otak je?

Agak2 korang azam yang macam mana yang lebih mengujakan? Azam yang hanya yang disimpan didalam otak ataupun yang jenis VISUALIZE. korang boleh tengok gambar yag kak H letak kat bawah ye. 👇👇👇

Bagi Kak H, Vision Board ataupun azam setiap tahun akan lebih menjadi jika ianya diVISUALIZEkan. Dengan adanya visual ni sedikit sebanyak membuat kita lebih teruja. Kita sendiri boleh bayangkan... bestnya kat situ... bayangkan kita ada kat situ dan semangat membara untuk kita bekerja keras merancang dan menabung untuk sampai ke sana.

Vision Board adalah perkara yg sgt penting dalam mencapai target. Apa sebenarnya VISION BOARD NI?

🌅 Ia adalah koleksi gambar yg ditampal dan dilihat selalu  yg MENGUJAKAN & berperanan sebagai INSPIRASI untuk mencapainya.

🌅 VB umpama shopping list. Apa yg kita buat dgn shopping list? Kita tak tunggu ia datang kan... tp kita yg ke supermarket utk membelinya.. atau klik2 di online.

🌅 VB juga umpama ‘setting’ DESTINASTION dalam GPS. Bila set destination, adakah tujuan tu yg akan datang kepada kita? Dah tentu tak, kan. Tp kita yg kena memandu ke sana.

VB lebih kurang sama macam azam. Kalau kita azam tahun ni nak dapat anak, mesti kita akan berusaha bersungguh- sungguh untuk dapatkan. Betul tak? Sama jugak macam VB. VB adalah sesuatu sebagai pembakar semangat untuk kita BUAT SAMPAI DAPAT.

BETUL KE VB NI POWER? BETUL KE BOLEH JADI?

Kalau kita percaya kita akan dapat dan kita akan berusaha untuk dapatkannya, kita akan dapat. ANDA PERCAYA ANDA BERJAYA!!

Alhamdulillah VB kak H tahun lepas dah ada yang menjadi kenyataan. Korang yang dah ada azam tahun ni cepat2 buat VB besar besar dan tampal dalam bilik. Tak rugi pun.. Selamat mencuba.. 😉😉


Baca Selanjutnya