Friday 28 November 2014

Isteri Mithali cari tips menyusu ditempat awam supaya tidak mendedahkan aurat


9 Panduan Menyusu di Khalayak Ramai

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Pagi semua..

Berbalik pada tajuk, saya pasti tentu ramai ibu-ibu diluar sana yang mencari-cari tips menyusu ditempat awam lebih-lebih lagi kita sebagai wanita muslim. Menyusukan anak tu bukanlah satu perkara yang salah, tetapi apa yang menjadi dilema bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka ialah malu apabila aurat mereka mungkin terdedah apabila menyusukan anak. Manakala persepsi bahawa menyusukan anak ketika berada di khalayak ramai sebagai leceh dan rumit adalah salah sama sekali. Disini saya ada kongsikan tips bagaimana hendak menyusu dikhalayak ramai atau ditempat awam seperti shopping mall dan sebagainya.

Ketahui tips-tips untuk menyusu di tempat awam atau khalayak ramai


Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada ibu-ibu yang sampai tak nak keluar rumah semata-mata malu untuk menyusukan anak dikhalayak ramai. Perlu diingatkan disini bahawa anda mampu untuk menyusukan anak tidak kira dimana jua lokasinya. Apabila anda kerap melakukan perkara yang sama iaitu kerap menyusukan si manja ketika berada di kawasan yang dipenuhi khalayak ramai, sudah pasti anda akan mahir dan dapat menguasai keadaan dengan terkawal. Kerap menyusukan bayi adalah salah satu cara banyakkan susu ibu.

Tiada apa yang perlu ibu gusarkan sekiranya terpaksa menyusu dikhalayak ramai. Apa yang penting, anda telah melakukan persediaan awal dengan melengkapkan keperluan yang sepatutnya sebelum membawa anak keluar berjalan-jalan. Antara tips-tips yang akan saya kongsikan ialah:-

Tips Menyusu di tempat awam

  • Bawa Peneman
Buat ibu yang baru pertama kali mahu keluar bersiar-siar dengan anak yang masih menyusu badan, anda sangat digalakkan untuk keluar bersama-sama dengan sekurang-kuranya seorang peneman. Ia boleh jadi suami anda sendiri, ahli keluarga atau kawan rapat kerana sekiranya tidak ruang tertutup untuk bayi menyusu, minta bantuan peneman dengan menolong melindungi anda dan anak sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

  • Rancang Dari Awal
Lakukan beberapa persediaan sebelum keluar adalah sangat membantu sebelum keluar bersiar-siar. Sekiranya anda mahu ke pusat membeli-belah, dapatkan maklumat tentang kemudahan khas untuk ibu-ibu yang menyusukan seperti bilik penyusuan. Jadi, tidaklah anda kelam-kabut apabila perlu menyusukan bayi kelak. Ini kerana ada pusat membeli belah yang menetapkan peraturan tertentu seperti pelanggan tidak dibenarkan sembarangan menyusukan bayi dengan susu ibu dikawasan sekitar pusat membeli belah.
  • Susukan bayi anda sebelum keluar
Susukan bayi anda terlebih dahulu sebelum keluar kerana apabila bayi kenyang dan selesa, anda dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam keadaan huru-hara. Paling tidak pun, susukan bayi anda di dalam kereta yang sudah tentu lebih selesa berbanding perlu menyusukan bayi di hadapan orang ramai yang lalu lalang.

  • Sertai kumpulan khusus
Ibu-ibu digalakkan untuk turut serta dalam mana-mana kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Oleh yang demikian, anda dapat belajar dan berkongsi pengalaman dengan ramai ibu-ibu lain yang mempunyai pengalaman yang sama. Dari situ, lama-kelamaan anda pasti berasa yakin dengan diri sendiri.

  • Tahu Hak Anda
Ramai ibu yang ingin tahu tentang hak mereka untuk menyusukan anak ketika berada dikawasan yang dikelilingi oleh orang ramai. Sehingga ke hari ini, di Malaysia belum ada penguatkuasaan undang-undang yang menghalang anda sebagai seorang ibu untuk menyusukan anak ditempat awam. Jadi, jangan jadikan pandangan mata umum yang berkemungkinan tidak biasa melihat seorang ibu menyusukan anak dikawasan terbuka menganggu niat murni anda untuk memberi khasiat terbaik kepadanya.

  • Banyakkan latihan
Dirumah, anda berupaya untuk menyusukan bayi anda dengan lebih selesa kerana segala keperluan ada disisi anda. Namun, lain halnya pula apabila anda berada diluar rumah. Tiada lagi istilah kerusi empuk, bantal menyusu atau kelengkapan penyusuan yang lain. Oleh itu, biasakan diri untuk menyusukan anak dikhalayak ramai dengan lebih kerap agar sedikit demi sedikit dapat membantu anda berlatih menyusukan bayi dalam keadaan yang terhad.

  • Berpakaian selesa
Pakaian yang anda sarungkan memain peranan penting untuk dititikberatkan jika mahu selesa menyusukan bayi ketika berada diluar. Pastikan anda memakai bra menyusu dan baju menyusu yang selesa. Secara tidak langsung, pakaian ini memudahkan anda untuk menyusukan bayi.

  • Pilih kawasan terlindung
Selidik serba sedikit selok-belok kawasan yang ingin anda bawa anak bersiar-siar. Apabila tiba masa menyusu, mudah untuk anda terus menuju ke kawasan yang kurang dilalui orang ramai dan terlindung bagi membolehkan anda menyusukan bayi dengan aman.

  • Menyusu bersama teman
Kadang kala anda boleh keluar membawa anak bersiar-siar bersama dengan teman-teman yang turut sama-sama menyusukan bayi masing-masing. Oleh yang demikian, apabila perlu menyusukan bayi, teman-teman anda pun boleh berbuat sedemikian rupa. Jadi, anda tentu sahaja lebih yakin dan rasa seronok kerana ada orang lain yang turut menyusukan bayi sama seperti anda.

Dynaz n Sari Yanti pn menyusukan anak mereka siap pkai skirt lagi..huhu
Ha, cuba tengok gambar ni..Dynaz n Sari Yanti pun menyusukan anak mereka..Siap pakai skirt lagi..takkan nak selak dari bawak skirtnya untuk menyusukan anak mereka dikhalayak ramai kan??So, bermakna baju yang dorang pakai adalah nursing dress..Memang senang nak breastfeed.


Ha tak susah pun kan??Sekarang ni terlampau banyak keperluan menyusu yang diperlukan dijual di pasaran. Antaranya Nursing Cover untuk menutup badan ibu ketika aktiviti penyusuan dilakukan. Selain itu, baju untuk ibu-ibu yang menyusu juga ada dijual untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan si manja. Tak perlulah lagi nak selak baju dari bawah kan??So, tiada alasan untuk tidak menyusukan bayi anda di khalayak ramai dan di tempat awam ye.. Kemudahan bilik untuk menyusukan bayi pun dah ada sekarang dikebanyakan shopping mall. So, diharap entry saya kali ni dapat membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi anda di tempat awam terutama sekali ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama. Mesti takde pengalaman kan??Makanya, apply lah tips-tips yang saya kongsikan ni ye..Selamat mencuba!!

Nak tahu rahsia susu ibu melimpah ruah??Klik link ni Set Menyusu melimpah ruah

Dan Alhamdulillah ramai yang berjaya dengan set menyusu Melimpah Ruah

Berminat nak dapatkan Set Menyusu??Hubungi saya


Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Shaklee Id: 926826
Contact : 013-209044 (sms/whatsapp/telegram)
Email: nurhijratulhajar@yahoo.com


Baca Selanjutnya

Wednesday 26 November 2014

Ibu risau cari cara kurangkan bengkak tonsil supaya tekak anak 9tahun tidak dibedah


Risau anak kena bedah akibat tonsil


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni nak kongsi satu cerita tentang tonsil dan bagaimana cara untuk mengurangkan bengkak tonsil. Saya nak berkongsi cerita tentang anak makcik saya yang kena tonsil dalam tekak dan perlu dibedah pada bulan 3 tahun depan. Kalau ikutkan makcik saya, dia taknak anak dia operate. Ini akan melibatkan kos pembedahan, kesihatan anak dan sebagainya. Sapa tak sayang anak kan??

Sakit tekak yang berpanjangan boleh menyebabkan tonsil


Dalam pada cerita tu, makcik saya ada bertanya kepada saya. Ada tak supplement Shaklee yang boleh kurangkan bengkak tu supaya anak dia tak perlu operat. ok, sebelum saya cerita lebih lanjut, jom ketahui apa itu tonsil??mungkin ramai yang tidak tahu tentang tonsil ni kan?bila doktor beritahu baru kita tercari-cari rawatan atau cara untuk kurangkan bengkak tonsil tu. 

APA ITU TONSIL??

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut iaitu:-
  1. Adenoids - tonsil yang terletak dibelakang hidung
  2. Lingual tonsils - tonsil dibelakang lidah
  3. Palatine tonsils- tonsil di tekak

Radang Tonsil atau Tonsilitis

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan didalam tekak sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil

ketahui apa itu tonsil dan radang tonsil


Radang tonsil kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 3tahun keatas namun tidak terkecuali kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah juga tetapi jarang berlaku.

Punca Radang Tonsil

Punca radang tonsil ini berlaku berkemungkinan adalah disebabkan jangkitan kuman. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya ia kerap berlaku kepada kanak-kanak kerana mereka mungkin tidak membasuh tangan dengan bersih sebelum makan. Oleh demikian, untuk memastikan radang tonsil ini tidak berlaku kepada anak-anak kita, pastikan anak-anak anda membasuh tangan dengan bersih sebelum makan.

Bolehkan jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan??

Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong boleh dielakkan dengan pengambilan imunisasi. Kalau tidak dibuang, pencegahan tidak dapat dilakukan. Pemberian imunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphteria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak-kanak yang ada selsema dan batuk. 

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

ADAKAH PRODUK SHAKLEE DAPAT MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN BENGKAK TONSIL??

Ya adalah jawapan yang saya berikan kepada makcik saya. InshaAllah ianya berkesan dengan izin Allah. Oleh sebab dia tidak mahu anaknya dibedah, saya mencadangkan set tonsil kepada makcik saya.




Fungsi Nutriferon Shaklee
  • Meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi dalam badan
  • Meningkatkan imuniti untuk menghalang virus
Fungsi Vitamin C Chewable
  • Amat sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas kerana ianya boleh dikunyah
  • Meningkatkan sistem imuniti tubuh
  • Menguatkan tulang, gigi, dan gusi yang sihat.
  • Memelihara antioksidan semulajadi dalam tubuh
Selain itu, anda juga boleh tambah Mealshake untuk:-
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak.
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Untuk perkembangan minda
  • Meningkatkan selera makan anak
membantu mengurangkan bengkak tonsilis

Jom tengok testimoni set tonsil ni




Berminat untuk mendapatkan Set Tonsil ini??Boleh hubungi saya 

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee : 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Tuesday 25 November 2014

Ibu pening fikirkan cara simpan susu badan kerana stok susu melimpah ruah

9 cara simpan susu ibu paling bagus supaya nutrisi kekal didalamnya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila bercerita tentang penyusuan susu ibu, mesti ramai ibu-ibu diluar sana yang kurang berpengalaman dan ilmu tentang penyusuan susu ibu lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan anak pertama. Untuk menyusukan anak secara ekslusif ini memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi supaya proses penyusuan itu berjalan lancar.

Mungkin persiapan sebelum bayi lahir sudah cukup seperti pam susu dan sebagainya namun cara menyimpan susu badan itu perlu betul. Susu ibu tidak boleh disimpan begitu sahaja bagi mengekalkan zat nutrisi yang terdapat didalam susu ibu kekal didalamnya. Susu ibu juga perlu disimpan didalam bekas yang telah dikhaskan seperti "Milkstorage bottle" atau "Breastmilk storage bag". Terdapat pelbagai jenama dan juga pattern yang terdapat dipasaran dan hanya perlu memilih mengikut kemampuan.


Milkstorage Bottle adalah bekas menyimpan susu yang dibenarkan
Milkstorage bottle

Bekas menyimpan susu yang dibenarkan
Breastmilk storage bag



Berdasarkan pengalaman saya, niat untuk menyusukan anak pertama itu ada tetapi oleh sebab ilmu penyusuan tidak cukup so terpaksa bagi anak susu formula selepas pantang apabila mula bekerja. Bermula anak kedua dan sampai anak ketiga sekarang baru saya dapat menyusukan anak sepenuhnya inshaAllah sehingga 2tahun. Ada saya kongsikan bagaimana pengalaman menyusukan anak saya di My Breasfeeding Journey

Ketahui ilmu dan cara pnyimpanan susu ibu yang betul agar zatnya terpelihara


Berikut adalah 9 cara menyimpan susu badan yang betul:-


  • Mulakan dengan teknik memerah yang betul. Salurkan kedalam bekas yang bersih dan steril. 
  • Masukkan kedalam bekas penyimpanan. Simpan kuantiti yang cukup didalam sebuah bekas untuk sekali penyusuan. Tinggalkan sedikit ruang udara untuk membenarkan proses pengembangan apabila susu dibekukan
  • Labelkan tarikh dan biarkan pada suhu bilik seketika sebelum dialihkan ke bahagian sejuk beku jika anda berada dirumah. 
Labelkan tarikh setiap kali menyimpannya untuk memastikan susu yang terlebih awal dapat digunakan dahulu

  • Jika anda di pejabat atau diluar rumah, simpan di dalam beg chiller yang dilengkapi pek ais kering.
               digunakan untuk menyejukkan susu ibu yang telah diperahDigunakan untuk menyimpan susu ibu sekiranya peti ais tiada

  • Pndahkan kedalam peti sejuk chiller sebelum kebahagian sejuk beku.
  • Periksa tarikh yang paling lama untuk dikeluarkan terlebih dahulu.
  • Untuk bekalkan ke taska, anda boleh mengalihkan daripada ruang sejuk beku ke ruang penyimpanan biasa (chiller) dalam peti sejuk untuk dibekalkan kepada bayi keesokannya.
  • Penjaga boleh mencairkan susu dengan merendam susu tersebut bercampur air suam sehingga cair, kocak dengan lembut, rasa dengan bahagian belakang tangan suhunya sebelum diberikan kepada bayi.
  • Susu ibu yang telah dicairkan/dipanaskan hanya bertahan selama 3-4jam pada suhu bilik sebelum dianggap tidak selamat kerana dikhuatiri dicemari bakteria.

Sekiranya susu tersebut tidak habis dalam masa 3-4jam tersebut, janganlah berasa sayang untuk membuangkan kerana susu tersebut mungkin tidak selamat untuk bayi anda!!

Ilmu penyusuan ini perlu dikaji semenjak hamil lagi bagi ibu-ibu yang bakal ingin menyusukan anak anda secara ekslusif sehingga 2 tahun tanpa susu formula. Antaranya, ketahui tips asas banyakkan susuTeknik perahan susu ibuCara tambah susu badan.

NAK TAHU RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH??

Set 3M Shaklee membantu menghasilkan susu ibu dengan banyak disamping ibu kekal bertenaga dan sihat
Set 3M(Making More Milk) dapat membantu menghasilkan susu ibu dengan meriah

Antara kebaikan set 3M adalah:-

  1. Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari
  2. Membekalkan keperluan vitamin harian kepada tubuh.
  3. Dapat meningkatkan imuniti tubuh, kesegaran sel, mencantikkan kulit dan sebagai antioksidan
  4. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  5. Alfalfa merupakan milkbooster yang terbaik
  6. Mengekalkan tekanan darah normal dan membekalkan kalsium kepada ibu.
Anda boleh membaca selanjutnya tentang KEBAIKAN SET 3M<<disini.

Susu Melimpah ruah dengan set 3m

Alhamdulillah ini adalah testimoni diri sendiri ketika berpantang anak ketiga. Memang tak pernah terfikir dapat hasilkan susu sebanyak ni. Sampai penuh satu peti ais sejuk beku and husband pun tanya, "susu banyak-banyak ni tak boleh jual ke?"hahah..Yang bekas dadih dalam gambar tu boleh pakai tapi sekali penggunaan sahaja ye sebab saya guna coz masa tu breast milk storage bags tu dah abis n tunggu poslaju pulak lambat..so terpaksa r guna sementara sampai barang saya.,huhu

Nak tengok testimoni gempak Set 3M??Jom klik sini <<TESTIMONI SET 3M

Berminat untuk mendapatkan Set 3M boleh hubungi saya di

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee: 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com


**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**












Baca Selanjutnya

Saturday 22 November 2014

Isteri tertekan susu badan makin kurang sehingga suami sendiri terabai



Stress punca susu sedikit??

Tertekan? Jangan bimbang kerana ia tidak menyebabkan kuantiti susu ibu berkurang. Memang tidak dinafikan terlalu ramai ibu beranggapan bahan stress adalah punca susu ibu berkurangan. Pada hakikatnya tidak!!Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan jika difahami dan dipelajari betul-betul ilmu tentang penyusuan. Namun, jika anda berasa tertekan dan letih serta pada masa yang sama memikirkan susu anda berkurang akibat tekanan, ia akan menjadi benar!! Ini kerana, apa yang anda fikirkan akan mempengaruhi produksi susu anda. 

Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila anda juga semakin kurang menyusukan bayi atau menyusukan bayi dalam tempoh yang singkat. Kadang-kadang bila dah terlampau tumpukan pada cara untuk meningkatkan susu badan, suami kita pulak yang terabai. Jangan begitu ya!!


Adakah stress punca susu ibu sedikit??




Memang tidak dinafikan bahawa ada sesetengah golongan ibu yang awal-awal lagi sudah berputus asa dan mengatakan bahawa mereka tidak ada susu dan mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada anak mereka tanpa mendalami dan memahami ilmu penyusuan yang sebenarnya. Wahai ibu sekalian, jangan mudah berputus asa.Tahukah anda bahawa kira-kira 2% golongan ibu sahaja diatas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Payudara ibu menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi, jika penyusuan terganggu dan bayi tidak menyusu dengan cukup, penghasilan susu ibu akan berkurang


Apakah punca susu ibu berkurangan??

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Antaranya ialah:-

  • Tidak mengepam secara konsisten atau tidak kerap menyusukan bayi
  • Tidak mengambil pemakanan yang seimbang
  • Ibu tidak sihat/sakit
  • Kurang pengambilan air kosong(perlu diingat bahawa susu ibu dihasilkan melalui air, maka ibu perlu minum banyak air)
  • Pengambilan ubat atau jamu yang boleh menjejaskan penghasilan susu
  • Haid
  • Anak sudah mula makan.
  • Minum kafein
  • Menghisap rokok
  • Alkohol
  • Ibu hamil lagi <<Anda mungkin berminat untuk mengetahui Risiko Hamil Dan Menyusu>>

6 Tips tambah/banyakkan susu ibu

Bagi ibu-ibu yang rasa sedih kerana kekurangan susu, cuba semak balik apa rutin harian anda dan boleh amalkan tips-tips ini untuk memperbanyakkan susu anda.
  1. Kerapkan mengepam ketika bekerja. <<Klik disini untuk mengetahui TEKNIK PERAHAN SUSU KETIKA BEKERJA>>
  2. Lakukan Power Pumping. Teknik POWER PUMPING terbukti dapat membantu penghasilan susu yang banyak bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan.
  3. Kerapkan mengepam pada waktu malam - Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu malam secara semulajadi. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam bagi menghasilkan susu yang banyak.
  4. Pam dengan lebih lama- Sekiranya anda kebiasaannya mengepam selama 10minit, bolehlah tambah sesi mengepam selama 10minit lagi untuk merangsang penghasilan susu yang lebih banyak.
  5. Susukan bayi dengan kerap - Cuba susukan bayi anda dengan kerap dan selama yang mungkin bagi meningkatkan bekalan susu.
  6. Makan makanan yang berkhasiat- Sumber utama susu ibu ialah protein. Oleh itu, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil protein yang secukupnya untuk menghasilkan susu yang banyak. Sekiranya anda ingin mendapatkan protein yang terbaik, bolehlah mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN untuk mendapatkan protein tambahan.

Melahirkan anak buat kali pertama boleh jadi sesuatu yang memenatkan dan tertekan memandangkan anda juga baru belajar lebih-lebih lagi sekiranya anak pertama. Apapun, susukan bayi anda dengan gembira, anda akan berasa lebih tenang dan penyusuan dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, anda boleh mencuba Set 3M(Making More Milk) Shaklee. Set ini dapat membantu ibu untuk kekal cergas dan bertenaga serta dapat membantu menghasilkan susu lebih banyak dengan syarat ibu-ibu tidak meninggalkan prinsip asas penyusuan.

Tambah susu ibu dengan set penyusuan 3M





Untuk mendapatkan Set Making More Milk (3M) Shaklee, bolehlah menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Your Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee :926826
Contact : 013-209044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**





Baca Selanjutnya

Tuesday 18 November 2014

9 cara paling mudah ubati puting luka ketika menyusukan anak.


Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu!!

Assalammualaikum..Salam Sejahtera

Rata-rata ibu yang menyusukan anak pasti akan mengalami perkara yang sama iaitu puting luka dan pedih. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda mula untuk tumbuh gigi. Ya Allah, sakitnya tak terperi kalau sampai berdarah. Pengalaman sendiri, saya sampai terpaksa stop bf anak sementara kerana puting saya luka sampai tahap berdarah. Ingatkan bila tak bagi direct feed bolehlah pam tapi bila dipam lagi berdarah jadinya. Takkan nak campur darah dengan susu pulak kan??so saya terpaksa amik option perah secara marmet..dan dalam masa yang sama saya masih mencari cara untuk ubatkan puting saya yang luka dan pedih ni.


Kedudukan bayi menyusu dengan betul untuk mengelakkan puting luka


Namun, para ibu perlu tahu bahawa walaupun puting anda luka dan pedih, ia langsung tidak akan memberi kesan kepada bayi anda. Walaupun begitu, ibu perlu sedar apabila puting anda luka, ia bermakna bahawa cara penyusuan anda adalah salah dan mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Pastikan juga kedudukan bayi ketika menyusu adalah betul agar puting tidak melecet atau luka. Paling penting untuk sentiasa mengubah kedudukan bayi ketika menyusu dan membersihkan puting setiap kali selesai penyusuan. Dapatkan rehat yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang betul.


Antara Punca-Punca Puting Luka Ketika Menyusukan :-

  1. Kedudukan penyusuan bayi - Ini adalah punca utama dimana bayi menghisap puting pada bahagian aerola dengan betul.
  2. Terdedah kepada lembapan terlalu lama - Sesetengah ibu mungkin terlupa untuk mengeringkan puting selepas penyusuan, memakai breast pad terlalu lama atau memakai lapisan breast pad yang plastik adalah punca dimana puting senang merekah. Oleh itu, sentiasalah mengeringkan puting selepas penyusuan.
  3. Dermatitis, eczema atau psoriasis - Jika anda pernah mengalami situasi seperti berikut mungkin adalah penyebab puting luka.

Untuk mengelakkan puting luka ketika menyusu


Cara-cara merawat Puting Luka??

  • Sebelum penyusuan
Jika breast pad melekat pada puting anda, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk menanggalkannya. Gosok puting anda dengan ais sebelum penyusuan untuk memberikan rasa kebas kepada puting anda. Akhir sekali cuba pam/perah susu anda terlebih dahulu untuk mengelakkan anak anda menyusu terlalu agresif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan "nipple shield" untuk mengelakkan puting anda berasa terlalu sakit ketika aktiviti penyusuan dilakukan.

alat perlindungan untuk mengelakkan puting luka ketika menyusu


  • Ketika penyusuan
  1. Pastikan kedudukan bayi ketika menyusu adalah betul. Ini adalah penting untuk mengelakkan luka pada puting bertambah teruk.
  2. Cuba berikan dahulu bayi menyusu pada puting yang tidak luka.
  3. Ubah kedudukan penyusuan sekiranya terasa sakit. Ini sedikit sebanyak akan memberi tumpuan tekanan ke kawasan puting anda yang kurang sakit.
  4. Kerapkan penyusuan setiap 2jam untuk mengelakkan bayi anda rasa terlalu lapar dan menghisap puting terlalu kuat.
  5. Jangan tarik puting anda dari dalam mulut bayi sekiranya bayi tidak melepaskan sendiri puting tersebut. Untuk memberhentikan sedutan, letakkan jari anda ke dalam mulut bayi antara gusinya.
Letakkan jari anda kedalam mulut bayi diantara gusinya

Sekiranya penyusuan terasa terlalu sakit, anda disarankan untuk memberhentikan penyusuan dan menggunakan alternatif lain untuk menyusukan bayi seperti menggunakan syringe atau cup. Untuk mengelakkan masalah kekeliruan puting sekiranya anak anda belum lagi menyusu dengan cara yang betul dan berusian dibawah 4minggu.

  • Selepas penyusuan
  1. Lap puting anda selepas penyusuan dan biarkan sehingga kering. Jika anda dirumah, dedahkan puting anda kepada udara sekerap yang boleh.
  2. Untuk puting yang merekah tetapi tidak berdarah, anda bolehlah mencuba untuk menyapu sedikit susu tersebut pada puting secara berselang (air susu sebelah kiri disapu pada puting sebelah kanan dan sebaliknya) dan biarkan sehingga kering.
  3. Jika anda menggunakan breast pad, tukar breast pad tersebut sekiranya sudah terlalu lembap/basah. Elakkan menggunakan breast pad yang berlapik plastik.
  4. Jangan gunakan sabun, alkohol, krim atau losyen pada puting anda. Basahkan puting anda dengan air yang bersih ketika mandi sudah memadai. 


Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah produk Shaklee boleh membantu dalam masalah puting luka??Jawapannya ya.. Pengalaman saya sendiri, saya menggunakan Vitamin E untuk menyembuhkan puting saya yang luka tahap berdarah ok!! Ini adalah cara saya dan saya sudah mendapat hasilnya. Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak.




Masalah puting luka selesai dengan Vitamin E Shaklee




Akhir sekali, ibu-ibu yang mengalami situasi ini jangan cepat putus asa!!Memang tidak dinafikan mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang akan berputus asa. Sama seperti saya suatu ketika dahulu tetapi perlu diingat setiap pengorbanan itu pasti akan dibalas dengan kemanisan. Mungkin ini adalah satu dugaan buat ibu-ibu yang menyusukan anak seperti kita. Sebagai orang Islam, setiap titisan susu itu pasti akan dibayar dengan pahala.

Anda juga boleh merujuk entri saya yang sebelum ini mengenai 




Berminat dengan Vitamin E??Boleh hubungi saya di

Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**















Baca Selanjutnya

Sunday 16 November 2014

Konvokesyen Pra Sekolah S.K.Tasik Puteri 2



Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah baru je selesai hari konvokesyen anak saya yang pertama pada hari ini..Bukan main semangat lagi Damia hari ni..pukul 7pagi lagi dah bangun sebab nak amik scroll dan menari..
Entry kali ni tak banyak sangat yang saya nak ceritakan just simple je..ni adalah gambar anak saya yang pertama Damia Nur Safra.
Sekejap je Damia dah 6tahun..tahun depan dah darjah 1..semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..

Tapi apa yang menarik lagi anak saya ni terlibat dalam persembahan tarian..memang tak sangka bakat tu turun kepada anak saya..huhu maklumlah ibu die dulu penari professional..jangan marah ye..bak kata pepatah "mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.." kan??

Sesi bergambar di dalam kelas

semasa penyampaian sijil

sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan tarian

beratur untuk penyampaian sijil

adik kesayangan damia yang sibuk pelik tengok kakak die make up..

Damia dan guru kelas Pra Universiti

Di Sekolah Bandar Tasik Puteri 2 cuma ada dua kelas sahaja untuk Pra Sekolah. Nak tahu sejarah sekolah ni??Dulu masa saya baru-baru pindah dekat Bandar Tasik Puteri ni, sekolah menengah dan sekolah rendah cuma ada satu sahaja. Saya ingat lagi masa tu tahun 2005 saya baru tingkatan empat. Sekolah menengah Bandar Tasik Puteri cuma ada 1 sesi sahaja iaitu sesi pagi bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Dari situ boleh nampak betapa sikitnya penduduk tasik puteri ni kan??huhu

Tapi, selang beberapa tahun populasi penduduk bandar tasik puteri semakin bertambah sampai sekolah rendah terpaksa menumpang sekolah menengah untuk sesi peatang..Memang sangat-sangat kritikal pada ketika itu dan terbinalah Sek Tasik Puteri 2 dalam masa setahun..huhu lama gak kan??so, dalam masa setahun lah sekolah rendah menumpang sekolah menengah. Pada tahun 2009 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 telah pun mengambil pelajar seramai 573 orang dan guru seramai 40 orang..ha, sikit kan??tapi sekarang dah banyaklah..Sekolah Menengah sekarang pun dah ada 2 sesi iaitu pagi dan petang..Kadang-kadang ada yang kena daftar Sekolah Menengah di Sekolah Batu Arang. Dulu nampak je bandar tasik puteri ni hulu tapi sekarang penduduk dia bukan main ramai..sangat terkejut!!

Oklah, setakat ni je cerita saya pada hari ini..Semoga Damia menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.. Ibu sentiasa mendoakan Damia.






Baca Selanjutnya

Saturday 15 November 2014

Ibu risau menahan kesakitan bengkak susu..Ketahui cara atasi bengkak payudara



Sakitnya bila payudara bengkak!!Kadang-kadang boleh menyebabkan demam..Dapatkan tips atasi bengkak susu!

Rata-rata ibu yang menyusukan anak mereka pasti pernah mengalami bengkak susu. Sudah tentu ianya amat menyakitkan. Saya sendiri kerap kali pernah mengalaminya ketika saya menyusukan anak saya yang kedua..Sampai satu tahap, nipple saya menanah kerana susu tidak dikeluarkan. Puncanya apabila anak kedua saya sudah tumbuh gigi dan dia mula menggigit ketika dia menyusu. Apabila ditempat keje, saya tidak dapat mengepam payudara kerana nipple saya akan berdarah apabila dipam..Nak tahu apa yang saya buat??(berdasarkan pengalaman sendiri). Saya akan ceritakan kemudian..Sebelum tu, jom baca macam mana bengkak susu terjadi..

Payudara bengkak bukan disebabkan dipenuhi susu ibu tetapi ia disebabkan payudara tersumbat. Bengkak susu terjadi apabila duktus susu pada payudara ibu tersumbat yang menyebabkan susu ibu tidak dapat keluar. Kebiasaanya bengkak susu terjadi sekitar tiga hingga empat hari pada awal kelahiran. Pada waktu itu, payudara ibu akan terasa penuh, tegang serta sakit. Kesannya payudara akan berasa sakit. Boleh rujuk gambar dibawah.

Ketahui tips atasi bengkak susu

Namun sesetengah kes, bengkak susu terjadi pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:-

  • Salur susu terhimpit dengan tangan ibu ketika tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra.
  • Tidak pam setiap 2 atau 3 jam dan hanya pam apabila penuh.
  • Jangkitan yis
  • Cara lekapan bayi ketika menghisap susu adalah salah.
Bengkak susu adalah normal dan masih boleh diatasi dengan mudah. Namun jika dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan si ibu demam dan kadangkala boleh mengundang jangkitan kuman dan mastitis.


Bagaimana cara untuk mengurangkan bengkak payudara??


Untuk mengatasi masalah bengkak susu, anda boleh mencuba petua ini.


  1. Kompres payudara dengan air hangat sebelum menyusukan bayi. Ambil sehelai kain kemudian rendam dengan air suam dan tuamkan pada payudara.
  2. Kompres payudara dengan air dingin selepas menyusukan bayi. Kebiasannya saya akan menggunakan ais untuk dituam pada payudara. 
  3. Keluarkan sedikit susu sebelum mula menyusu agar payudara lebih lembut dan puting mudah dihisap oleh bayi.
  4. Kerapkan menyusu bayi setiap dua jam. Usahakan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara. Jika tidak, lakukan teknik tandem ketika menyusu kerana susu akan dihasilkan oleh payudara walaupun hanya menyusukan sebelah payudara sahaja. Nak tahu bagaimana teknik tandem??Anda boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Tips asa banyakkan susu ibu.
  5. Ketika bayi menyusu, urut lembut payudara untuk merangsang susu mengalir.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan lecithin dalam diet harian untuk mengatasi masalah bengkak payudara selain dapat mengurangkan berat badan.

Lecithin dapat mengatasi masalah bengkak susu dikalangan ibu menyusu

Pakar penyusuan menyarankan agar mengambil lecithin dalam diet seharian sebanyak 3,600-4,800mg untuk melegakan masalah susu tersumbat atau bengkak susu.


Berminat untuk dapatkan lecitihin supaya masalah bengkak susu anda selesai??Hubungi saya di 

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya