baby walker
"Baby walker" adalah sejenis alat yang boleh digunakan oleh bayi yang tidak pandai berjalan sendiri untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. "Baby walker" yang moden mempunya asas yang diperbuat daripada plastik keras duduk di atas roda dan kerusi kain yang digantung dengan lubang kaki. "Baby walker" sering mempunyai mainan yang diletakkan di atas untuk melekakan bayi. Ia direka untuk kanak-kanak di antara 4 hingga 16bulan. "Baby Walker" telah dikenalkan seawal 1440-an di Eropah.
Ramai ibu bapa percaya bahawa "Baby walker" seperti mengajar kanak-kanak untuk berjalan lebih cepat, namun kajian menunjukkan bahawa ia tidak benar, dan mereka benar-benar boleh melambatkan berjalan kaki sebanyak 2 hingga 3 minggu. Alat ini juga lebih banyak membawa kepada kecederaan. Bahkan CPSC, Amerika Akademi Pediatrik dan lain-lain organisasi telah mengeluarkan amaran untuk tidak menggalakkan ibu bapa daripada menggunakan "Baby Walker". Di Kanada, penjualan "Baby walker" telah diharamkan pada 7 April 2004. Kanada adalah negara pertama di dunia yang mengharamkan penjualan, pengimportan dan iklan "Baby walker".
BABY WALKER ADALAH BAHAYA
Seperti yang kita ketahui, terlalu banyak kes yang terjadi di seluruh dunia, dimana bayi terjatuh ketika menggunakan baby walker. Ada yang terjatuh kerana roda melanggar mainan lalu terbalik, ada yang terjatuh meluncur ke tangga, ada yang masuk ke dalam kolam dan sebagainya. Kita sebagai ibu bapa juga perlu harus berwaspada kerana ketika bayi anda diletakkan ke dalam baby walker, dia boleh pergi ke merata tempat yang mungkin membahayakan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil mudah dengan penggunaan baby walker.
ADAKAH BABY WALKER EFEKTIF DALAM MEMBANTU BAYI BERJALAN LEBIH CEPAT?
Seperti yang anda tahu, apabila bayi diletakkan ke dalam baby walker, kebiasaanya kaki mereka akan tergantung dan hanya sedikit menyentuh lantai. Ini kerana si bayi lebih memilih untuk banyak duduk berbanding berdiri. Otot - otot yang digunakan oleh bayi ketika ia bergerak semasa menggunakan baby walker TIDAK SAMA dengan otot-otot yang digunakannya untuk berjalan secara normal. Dengan kata lain, berbagai kemampuan bergerak yang diperlukan ketika bayi berjalan menggunakan baby walker, sebenarnya tidak akan bermanfaat baginya untuk berjalan secara normal tanpa baby walker.. Bahkan, jika anda menggunakan baby walker untuk bayi anda, maka ia akan sukar untuk meningkatkan kemampuan menjaga keseimbangan tubuh. Ketika ia bergerak menggunakan baby walker, maka ia akan selalu mempunyai tumpuan sedangkan untuk boleh berjalan dengan normal, bayi anda harus belajar untuk melangkah tanpa bertumpu kepada benda apapun.
Sehingga kini, kajian menunjukkan bahawa penggunaan baby walker jesteru akan mengurangkan motivasi bayi untuk boleh berjalan sendiri. Ia akan menjadi malas untuk belajar berjalan, kerana sudah terbiasa menggunakan baby walker. Sebagai alternatif lain, baby walker boleh digantikan dengan exersaucer (baby walker yang tidak menggunakan roda) atau kerusi tinggi untukbayi. Bahkan cara yang paling mudah adalah dengan memberikan kerusi plastik yang boleh ditolak-tolak oleh bayi anda yang sedang belajar untuk berjalan dan lebih bermanfaat.
alat permainan yang boleh ditolak oleh bayi menggantikan baby walker
Kesimpulannya, buat apalah anda mengeluarkan wang untuk sesuatu yang tidak bermanfaat bagi perkembanagan bayi anda. Belilah sesuatu yang bermanfaat untuk bayi anda walaupun mungkin memakan belanja yang agak besar..Apalah sangat wang ringgit anda kalau nak dibandingkan dengan keselamatan anak anda. So, buatlah keputusan yang bijak sebelum menyesal di kemudian hari.
thank,s bhaya to the give info about walker
ReplyDeletehttps://findbestbabywalker.com/vtech-sit-to-stand-learning-walker-2/
Hi your baby walker product is very nice
ReplyDeletehttps://findbestbabywalker.com/vtech-sit-to-stand-learning-walker-2/