Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, 4 February 2018

5 tips melegakan kejang kaki ketika hamil



Osteoporosis sebelum usia

Ramai di kalangan kita yang sering mengalami sakit-sakit urat dan sakit tulang, walaupun diri masih lagi muda. Dulu kak H selalu fikir orang tua-tua je yang selalu sakit macam nie, rupanya sakit tulang dan sakit sendi ini tidak mengira usia. Kalaulah kita tahu macam mana keadaan tulang kita ni, mesti kita takut dan ngeri bila fikir yang tulang kita nie sebenarnya ibarat batang paip, luar je nampak tegap, tapi dalamnya lompong dan kosong.


Urat dan otot saling berkait rapat dengan tulang bagi menyokong pergerakan kita seharian. Namun, apabila tulang kita tidak sihat, urat dan otot kita juga akan sakit kerana kedua-duanya terpaksa menampung organ tubuh badan kita. Urat-urat dan otot-otot kita terpaksa bekerja lebih untuk membantu menstabilkan badan untuk memudahkan kita bergerak ke sana ke mari. Urat dan otot mudah menjadi tegang disebabkan ini.

Jadi, kita kena pastikan tulang kita sentiasa kuat supaya urat dan otot kita tidak sakit sekali. Penyelesaiannya mudah sahaja. Ambillah makanan dan minuman yang mempuyai sumber kalsium yang tinggi dan tambahkan dengan suplement kesihatan (suplement bukan ubat ye. Jangan salah faham pula!) untuk mencukupkan kalsium yang diperlukan badan kita. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita makan tu dah cukup bekalkan kalsium pada tubuh kita tapi sebenarnya tkerap bagi mengelakkan dehidrasi. 


Masalah kejang kaki ini sering berlaku dikalangan wanita apabila disahkan hamil. Kekurangan kalsium juga adalah punca kekejangan kaki ini berlaku. Jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan masalah kekejangan kaki ini berlaku? Kak H akan kongsikan beberapa tips. 

5 tips elak kejang kaki berlaku

  1. Jangan berdiri atau duduk dengan silang kaki dalam jangka masa yang lama.
  2. Cuba berjalan setiap hari
  3. Baring secara mengiring ke kiri bagi meningkatkan tekanan pada 
  4. Regangkan urat saraf setiap hari dan beberapa kali sebelum tidur 
  5. Minum air dengan kerap untuk sentiasa kekal hidrat pada hari tersebut.
  6. Cuba rendamkan kaki dengan air panas sebelum tidur untuk melegakan otot
  7. Putarkan pergelangan kaki dan gerakkan jari kaki setiap kali duduk, makan ataupun menonton tv.

Bagaimana ostematrix dapat membantu masalah kekejangan kaki?



Kak H  sentiasa suka dengan Ostematrix kerana Ostematrix telah membantu selesaikan banyak masalah kesihatan kak H dan keluarga. Antaranya ialah:

  • Masalah Sembelit

Didalam Ostematrix, mengandungi Magnesium yang membantu melembutkan otot-otot usus untuk memudahkan proses pembuangan najis. Secara tidak langsung, ia dapat membantu melembutkan najis kita supaya mudah keluar tanpa perlu meneran dengan kuat.

  • Menguatkan Tulang
Badan kita memerlukan kalsium manakal kalsium memerlukan vitamin D untuk mengoptimumkan proses penyerapan. Berbanding pil Kalsium lain, Ostematrix mempunyai Vitamin D untuk proses penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Bila tulang kita kuat, tiada lagi istilah Osteoporosis, kuku rapuh, mahupun gigi atau gusi berdarah

  • Masalah kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 4 biji Ostematrix sebelum tidur dapat mengurangkan kekejangan kaki dan kebas-kebas. Bagi ibu hamil pula, ia boleh membantu dalam mengurangkan simpul biawak juga. Ingat lagi kenangan kak H semasa dalam pantang anak pertama. Masalah kekejangan kaki ni biasa sangat berlaku dan boleh dikatakan setiap hari ketika tengah tidur ataupun waktu subuh. 

Masa tu kak H dah jadi biasa dan lali. Bila kejang je kaki, suamilah jadi pembantu untuk betulkan semula kejang kaki tu. Alhamdulillah, selepas melahirkan anak kedua dan mengenali Ostematrix masalah kejang kaki tu beransur hilang sehingga sekarang kak H sudahpun melahirkan anak yang keempat dan berusia 1tahun 9bulan.

  • Memperbaiki masalah haid

Ketika datang haid, sesetengah wanita akan mengalami masalah senggugut yang teruk. Pengambilan ostematrix dapat mengurangkan kesakitan dari senggugut tersebut kerana Ostematrix membantu dalam melembutkan otot otot yang tegang, sekaligus mengurangkan sakit senggugut tersebut. 

  • Mengurangkan Stress

Setiap orang di kalangan kita wajib ambil pil kalsium terutamanya wanita kerana wanita adalah orang yang paling banyak kehilangan kalsiu. Ostematrix adalah untuk mengekalkan kesihatan tulang dan juga kesihatan badan secara menyeluruh. 

Namun pilihlah pil kalsium yang mempunyai Magnesium dan juga Vitamin D untuk memaksimakan peenyerapan tersebut. Kak H sangat sarankan Ostematrix kepada semua yang mencari pil kalsium. Hanya RM 61.00 (tidak termasuk pos) untuk dapatkan tulang yang kuat dan badan yang sihat 🙂

Kalau tak percaya, jom baca testimoni orang yang berjaya sihat dengan Ostematrix nie!

Testimoni 1:
Ibu yang cramp kaki masa mengandung 7 bulan. 3 hari makan ostematrix sebelum tidur, alhamdulillah cramp kaki dah tak datang. Selain tu, bangun pagi, senang je membuang. tak yah risau lagi!


Testimoni 2:
Akak Rashidah jatuh dan kakinya terseliuh. Rupanya tulang kaki retak. Beliau makan ostematrix untuk hilangkan kejang kaki dan alhamdulillah, denyut2 kaki berkurang dan beliau boleh tidur lena.


Apa tunggu lagi, cegah dulu sebelum parah. Janganlah fikir yang kita tidak sakit jadi tak perlulah untuk mengambilnya. Masa tak sakitlah kita perlu ambil supaya kita boleh elakkan badan kita dari sakit. Kalau dah sakit, tulang dan sendi kita akan memakan masa untuk pulih. Kan ke susah masa tu?
Jom kak H (0149791277) bantu untuk anda dapatkan tulang yang sihat dan badan yang cergas secara menyeluruh luar dan dalam

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Saturday, 3 December 2016

AKIBAT TAK MINUM SUSU : MERANA KAKI KEJANG SETIAP HARI

KAKI KERAP KEJANG SEJAK BERSALIN ANAK PERTAMA..

Susu merupakan sumber kalsium yang utama pada tubuh badan manusia. Tapi sebenarnya ramai dikalangan kita yang tak minum susu. Termasuklah diri saya sendiri. Kalau untuk kegunaan diri sendiri, dah ok tapi kalau mengandung macam mana nak salurkan pada baby dalam kandungan kan? 

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang dan gigi mudah rapuh. Ini kerana bayi didalam kandungan mahupun bayi yang menyusu memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Oleh sebab itu, jika ibu tidak membekalkan kalsium yang secukupnya kepada bayi, bayi akan mengambil kalsium tersebut pada tulang ibu. Bermulalah episod kekejangan kaki dan sebagainya. 




Wanita yang hamil dan menyusukan anak pasti akan mengalami benda ni.. Kaki tiba-tiba kejang. Jika perkara ini terjadi, itu tanda ibu kekurangan kalsium dan perlu ambil tindakan segera. Jangan jadi macam saya ye. 

Nak share pengalaman sendiri.. masa kecik dulu saya memang tak nak minum susu.. tak tahulah kenapa bila bau susu je mesti nak muntah.. tapi soya saya minum..
Hiduplah saya tanpa minum susu sampai ke hari ini.. Memang tak pernah kisah pun kalsium cukup ke tak. 

Tapi kesannya terasa bila saya lahirkan anak pertama.. Dalam masa berpantang tu, kaki saya selalu kejang. Ya Allah sakitnya!! Pada mulanya ingatkan perkara biasa sebab masa berpantang kalau tak jaga kaki betul-betul memang boleh kejang sebab masuk angin dan sejuk kan? 

Tapi rupanya bukan berakhir di situ sahaja. Lepas pantang pun sama boleh dikatakan setiap hari tak kira pagi atau malam kaki saya akan kejang dan berterusan sampailah saya bersalin anak kedua. Bayangkan bertahun saya menahan sakit.. Kadang-kadang sampai dah lali.. Nak tak nak kena hadap benda ni sebab sendiri cari nahas kan? Siapa suruh tak minum susu? 😂😂😂

Tapi nak jadi cerita.. masa anak kedua tu, saya sibuk cari milkbooster untuk susukan baby..  Alhamdulillah saya jumpa set menyusu Shaklee. Dalam tu ada ostematrix iaitu sejenis pil kalsium..

Lepas saya amalkan dalam sebulan, terkejut saya kaki kejang tu hilang serta merta.. Ya Allah lega sangat sebab dah tak perlu tahan sakit lagi.. Memang bersyukur sangat!! Dan sampai sekarang, anak saya dah 4 orang saya amalkan ostematrix ni je.. Kaki dah tak kejang..

Kalau ibu-ibu yang ada masalah macam saya ni boleh lah cuba ostematrix.. Lagi-kalau yang tak boleh nak telan susu ni.. Meh pm/wasap saya 0132109044 kita sembang-sembang ye.. 

Saya share sikit kebaikan Ostematrix ni




  1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  2.  Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
  3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease. **
Baca Selanjutnya

Monday, 30 May 2016

Peranan suami ketika isteri berpantang yang perlu ambil tahu


Tips berpantang sendiri

Saat melahirkan zuriat itu adalah momen yang paling indah bagi seorang ibu. Segala perasaan yang datang ketika ingin melahirkan hilang dalam sekelip mata. Walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak yang dikandung. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu tersebut.

Tetapi pengorbanan seorang itu tersebut tidak hanya berhenti disitu. Beliau perlu melalui fasa ke3 iaitu fasa berpantang. Bila berkongsi cerita bab berpantang ni, memang terlalu banyak pengalaman yang berbeza bagi ibu-ibu semua. Bagi yang bernasib baik, ibu kandung atau mertua akan menjaga si ibu ketika berpantang. 

Tetapi bagaimana pula bagi ibu yang sudah kematian ibu atau ayah. Bagaimana mereka ingin berpantang tanpa pengawasan orang tua? Takkan tak payah berpantang. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan anak pertama. Jangan dibuat main ye soal berpantang. Tersalah langkah, si ibu boleh bentan ataupun tumpah darah.



Boleh ke ibu berpantang sendiri? In shaa Allah boleh, tapi dengan bantuan suami ye. Selepas melahirkan bayi, suami sekurang-kurangnya ambillah cuti seminggu untuk membantu isteri. Kalau lebih pun apa salahnya kan? Kalau tidak dapat ambil cuti yang lama pun tidak mengapa, tapi ada beberapa cara supaya suami dapat membantu isteri.

Bagi minggu yang pertama, isteri mungkin tidak dapat bergerak dengan banyak kerana rahim isteri masih belum mengecut dan isteri perlu menjaga jahitan supaya tidak terbuka. Bantu isteri dengan menyediakan hidangan berpantang serta membantu isteri dalam menjaga bayi yang baru lahir.

Berikut adalah beberapa tips yang saya kongsikan untuk rujukan para suami.

  • Kuatkan Mental - Bagi anak pertama, mungkin ada kerenah bayi yang ibu dan ayah tidak tahu. Tetapi suami perlu lebih banyak memberi dorongan kepada isteri. Jangan buatkan isteri berasa tertekan kerana ia boleh menjurus kepada penyakit meroyan. Sebaiknya cuba bantu isteri dalam menjaga anak dan tenangkan isteri.
  • Bangun Awal - Kalau sebelum ini asyik isteri je yang bangun awal, apa kata kali ini suami pula yang bangun awal untuk sediakan air mandi isteri dan sarapan. Kemudian belajar cara untuk memandikan bayi kerana isteri mungkin belum boleh untuk memandikan bayi anda.
  • Belajar memakai bengkung - Memakai bengkung amat penting ketika berpantang untuk mengelakkan dari peranakan jatuh dan mengelakkan perut buncit. Apa salahnya suami pun belajar cara untuk memakai bengkung dan bantu isteri untuk memakainya. Tak salah pun kan?
  • Masak sarapan ringkas - Sekiranya suami dah mula bekerja, sebelum pergi ke kerja siapkan sarapan ringkas untuk isteri. Sediakan roti dan air milo sahaja pun sudah memadai. 
  • Sediakan baju anak - Sebelum hendak memandikan anak anda, pastikan segala kelengkapan selepas mandi sudah siap disediakan seperti minyak bayi, pampers, minyak telon, losyen, barut dan baju. Ini untuk memudahkan dan menjimatkan masa untuk memakaikan baju selepas bayi mandi. Takde lah kelam kabut jadinya kan?
  • Mandikan Anak - Rasanya tak susah pun nak mandikan bayi ni. Boleh tengok dalam youtube cara untuk mandikan bayi. Yang penting, cara pegang bayi tu supaya tidak jatuh kedalam air.
  • Susukan bayi - Bab penyusuan ini juga amat mencabar. Tidak semua ibu bernasib baik iaitu susu akan keluar selepas bayi dilahirkan. Ada sesetengah ibu yang terpaksa menunggu 2 3 hari selepas melahirkan untuk menyusukan bayi. Oleh itu, peranan suami amat penting. Disini,isteri mungkin agak tertekan lebih -lebih lagi apabila kuning anak tinggi. Suami perlu memberikan kata-kata semangat pada isteri dan memberi dorongan untuk tidak mudah berputus asa. Buat sementara waktu, carikan anak anda ibu susuan.
  • Masak Makanan Tengahari - Resepi ketika berpantang ni lah yang amat mudah sekali. Tidak memerlukan banyak bahan dan tidak perlu masak terlalu lama. Yang penting, ada rempah- rempah yang diperlukan. Rasanya kalau suami nak masakkan awal pagi sebelum pergi kerja pun sempat. Isteri cuma tinggal panaskan sahaja apabila hendak makan.
  • Cari tukang urut selepas bersalin - Selepas bersalin terlalu banyak urat yang putus dan keadaan isteri agak lemah. Berurut amat penting bagi memastikan badan isteri kembali bertenaga. Cari tukang urut seminggu selepas isteri bersalin.
  • Hantar dobi - Kalau sebelum ni, asyik isteri je yang basuhkan baju, tapi kali ni suami yang tolong isteri basuh baju ye. Tak susah pun rasanya, masuk baju dalam mesin basuh kemudian pusingkan dan dah siap. Tapi kalau rasa malas sangat boleh je hantar baju tu ke dobi. Lagi senang!
  • Cari part time maid. - Kalau rasa suami malas sangat ataupun terlalu sibuk sampai tiada masa untuk jaga isteri ketika berpantang, boleh upah pembantu rumah separuh masa ketika isteri berpantang.

Ha, senang je kan nak jaga isteri ketika berpantang ni? Takkan tak boleh kot. Tak lama pun cuma 44 hari je kalau nak dibandingkan isteri menjaga anak dan suami sepanjang hayat. 

Kalau ingin isteri anda kekal bertenaga dan mengelakkan dari bentan boleh cuba Vivix kerana Vivix dapat memulihkan semua sel yang telah rosak ketika isteri melahirkan anak. Boleh lihat testimoni dibawah.



Ingat lagi masa anak ketiga dulu, saya pun pernah bentan dan demam akibat salah makan. Alhamdulillah dengan Vivix cepat je demam tu kebah. Kalau tidak, risau juga yelah masa tu masih berpantang dan perlu susukan anak. Ostematrik pula saya makan untuk elakkan kaki kejang sebab dari anak pertama lagi saya ada masalah kaki kejang selepas bersalin.

Alhamdulillah selepas amalkan Ostematrix lepas bersalin anak kedua, masalah kaki kejang saya hilang kerana saya kekurangan kalsium. Maklumlah tak minum susu kan? Cuba bayangkan kalau saya tak minum susu sampai ke usia tua dan menyusukan anak? Rasanya mahu gigi saya hilang banyak.hehe. Bagi ibu-ibu yang tidak minum susu, boleh ganti Ostematrix sebagai kalsium harian.

Nak dapatkan Vivix sekarang? Boleh menghubungi saya melalui wasap 0132109044 (pn.hajar) atau boleh bersua muka dengan saya jika anda berdekatan dengan saya.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya