Wednesday 18 May 2016

Rahsia anggur muscadine yang kita tidak pernah tahu


Kebaikan buah Anggur Muscadine

Pernah tak dengar anggur muscadine? Ianya sangat berbeza dengan anggur yang biasa kita makan ye. Anggur Muscadine berasal dari Tenggara Amerika Syarikat dan merupakan spesis anggur asli pertama yang ditanam di Amerika Utara. Apa yang membezakan anggur muscadine dan anggur biasa ialah ia bersifat toleransi terhadap serangga perosak dan penyakit dan para petani tidak perlu menyembur racun perosak.


Walaupun penjualan anggur muscadine tidak begitu meluas, namun nilainya lebih besar dan jauh lebih berkhasiat daripada anggur yang lain. Antara kebaikan anggur muscadine ini ialah:-

Memudahkan pencernaan

Anggur muscadine merupakan sumber serat yang terbaik. Kira-kira 105 kalori dan 7gram serat dari satu hidangan bersamaan 35 anggur muscadine. Menurut Jabatan Pertanian AS, dengan benih yang boleh dimakan serta kulit yang agak tebal, anggur muscadine adalah sangat tinggi dengan serat larut, iaitu jenis yang menggalakkan pengawalaturan usus dan membantu mencegah sembelit, buasir.

Mengawal berat Badan

Seperti kebanyakan makanan yang rendah kalori, anggur muscadine juga boleh membantu untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan air dan serat serta membantu mengenyangkan tanpa menyumbang sebarang kalori. Jangka masa pengosongan perut (memberi rasa kenyang)yang lebih lama.

Mencegah penyakit

Anggur muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi, fitokimia yang bermanfaat membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas. Menurut Kajian Harvard School of Public Health, makan makanan yang kaya dengan antioksidan memberi tindakbalas dalam membantu penyakit jantung, Alzheimer, Kanser dan penyakit kronik yang lain.

Satu kajian yang lain dan diterbitkan didalam "Jurnal Pertanian dan Kimia Makanan" mendapati bahawa anggur muscadine adalah sumber terbaik terutamanya asid elagik.  Asid elagik muncul untuk menghalang pembiakan sel kanser. Selain itu, anggur muscadine mengandungi dua kali ganda Vitamin C berbanding anggur yang lain.






Jadi tidak hairanlah jika Vivix sangat membantu di dalam pelbagai penyakit kerana kandungan 4 campuran botaniknya mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Sihat itu mahal tetapi sakit itu lebih mahal. Jika anda ingin dapatkan Vivix dengan harga Jimat berganda, boleh hubungi saya melalui wasap 0132109044.
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Vivix adalah yang terbaik,tak perlu ragu-ragu lagi.Cubalah ia hari ini.

    ReplyDelete
  2. Nak cari anggur muscadine kat malaysia ni memang tak akn jumpa la. Senang citer telan je vivix

    ReplyDelete