Tips berpantang sendiri
Saat melahirkan zuriat itu adalah momen yang paling indah bagi seorang ibu. Segala perasaan yang datang ketika ingin melahirkan hilang dalam sekelip mata. Walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak yang dikandung. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu tersebut.
Tetapi pengorbanan seorang itu tersebut tidak hanya berhenti disitu. Beliau perlu melalui fasa ke3 iaitu fasa berpantang. Bila berkongsi cerita bab berpantang ni, memang terlalu banyak pengalaman yang berbeza bagi ibu-ibu semua. Bagi yang bernasib baik, ibu kandung atau mertua akan menjaga si ibu ketika berpantang.
Tetapi bagaimana pula bagi ibu yang sudah kematian ibu atau ayah. Bagaimana mereka ingin berpantang tanpa pengawasan orang tua? Takkan tak payah berpantang. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan anak pertama. Jangan dibuat main ye soal berpantang. Tersalah langkah, si ibu boleh bentan ataupun tumpah darah.
Boleh ke ibu berpantang sendiri? In shaa Allah boleh, tapi dengan bantuan suami ye. Selepas melahirkan bayi, suami sekurang-kurangnya ambillah cuti seminggu untuk membantu isteri. Kalau lebih pun apa salahnya kan? Kalau tidak dapat ambil cuti yang lama pun tidak mengapa, tapi ada beberapa cara supaya suami dapat membantu isteri.
Bagi minggu yang pertama, isteri mungkin tidak dapat bergerak dengan banyak kerana rahim isteri masih belum mengecut dan isteri perlu menjaga jahitan supaya tidak terbuka. Bantu isteri dengan menyediakan hidangan berpantang serta membantu isteri dalam menjaga bayi yang baru lahir.
Berikut adalah beberapa tips yang saya kongsikan untuk rujukan para suami.
- Kuatkan Mental - Bagi anak pertama, mungkin ada kerenah bayi yang ibu dan ayah tidak tahu. Tetapi suami perlu lebih banyak memberi dorongan kepada isteri. Jangan buatkan isteri berasa tertekan kerana ia boleh menjurus kepada penyakit meroyan. Sebaiknya cuba bantu isteri dalam menjaga anak dan tenangkan isteri.
- Bangun Awal - Kalau sebelum ini asyik isteri je yang bangun awal, apa kata kali ini suami pula yang bangun awal untuk sediakan air mandi isteri dan sarapan. Kemudian belajar cara untuk memandikan bayi kerana isteri mungkin belum boleh untuk memandikan bayi anda.
- Belajar memakai bengkung - Memakai bengkung amat penting ketika berpantang untuk mengelakkan dari peranakan jatuh dan mengelakkan perut buncit. Apa salahnya suami pun belajar cara untuk memakai bengkung dan bantu isteri untuk memakainya. Tak salah pun kan?
- Masak sarapan ringkas - Sekiranya suami dah mula bekerja, sebelum pergi ke kerja siapkan sarapan ringkas untuk isteri. Sediakan roti dan air milo sahaja pun sudah memadai.
- Sediakan baju anak - Sebelum hendak memandikan anak anda, pastikan segala kelengkapan selepas mandi sudah siap disediakan seperti minyak bayi, pampers, minyak telon, losyen, barut dan baju. Ini untuk memudahkan dan menjimatkan masa untuk memakaikan baju selepas bayi mandi. Takde lah kelam kabut jadinya kan?
- Mandikan Anak - Rasanya tak susah pun nak mandikan bayi ni. Boleh tengok dalam youtube cara untuk mandikan bayi. Yang penting, cara pegang bayi tu supaya tidak jatuh kedalam air.
- Susukan bayi - Bab penyusuan ini juga amat mencabar. Tidak semua ibu bernasib baik iaitu susu akan keluar selepas bayi dilahirkan. Ada sesetengah ibu yang terpaksa menunggu 2 3 hari selepas melahirkan untuk menyusukan bayi. Oleh itu, peranan suami amat penting. Disini,isteri mungkin agak tertekan lebih -lebih lagi apabila kuning anak tinggi. Suami perlu memberikan kata-kata semangat pada isteri dan memberi dorongan untuk tidak mudah berputus asa. Buat sementara waktu, carikan anak anda ibu susuan.
- Masak Makanan Tengahari - Resepi ketika berpantang ni lah yang amat mudah sekali. Tidak memerlukan banyak bahan dan tidak perlu masak terlalu lama. Yang penting, ada rempah- rempah yang diperlukan. Rasanya kalau suami nak masakkan awal pagi sebelum pergi kerja pun sempat. Isteri cuma tinggal panaskan sahaja apabila hendak makan.
- Cari tukang urut selepas bersalin - Selepas bersalin terlalu banyak urat yang putus dan keadaan isteri agak lemah. Berurut amat penting bagi memastikan badan isteri kembali bertenaga. Cari tukang urut seminggu selepas isteri bersalin.
- Hantar dobi - Kalau sebelum ni, asyik isteri je yang basuhkan baju, tapi kali ni suami yang tolong isteri basuh baju ye. Tak susah pun rasanya, masuk baju dalam mesin basuh kemudian pusingkan dan dah siap. Tapi kalau rasa malas sangat boleh je hantar baju tu ke dobi. Lagi senang!
- Cari part time maid. - Kalau rasa suami malas sangat ataupun terlalu sibuk sampai tiada masa untuk jaga isteri ketika berpantang, boleh upah pembantu rumah separuh masa ketika isteri berpantang.
Ha, senang je kan nak jaga isteri ketika berpantang ni? Takkan tak boleh kot. Tak lama pun cuma 44 hari je kalau nak dibandingkan isteri menjaga anak dan suami sepanjang hayat.
Kalau ingin isteri anda kekal bertenaga dan mengelakkan dari bentan boleh cuba Vivix kerana Vivix dapat memulihkan semua sel yang telah rosak ketika isteri melahirkan anak. Boleh lihat testimoni dibawah.
Ingat lagi masa anak ketiga dulu, saya pun pernah bentan dan demam akibat salah makan. Alhamdulillah dengan Vivix cepat je demam tu kebah. Kalau tidak, risau juga yelah masa tu masih berpantang dan perlu susukan anak. Ostematrik pula saya makan untuk elakkan kaki kejang sebab dari anak pertama lagi saya ada masalah kaki kejang selepas bersalin.
Alhamdulillah selepas amalkan Ostematrix lepas bersalin anak kedua, masalah kaki kejang saya hilang kerana saya kekurangan kalsium. Maklumlah tak minum susu kan? Cuba bayangkan kalau saya tak minum susu sampai ke usia tua dan menyusukan anak? Rasanya mahu gigi saya hilang banyak.hehe. Bagi ibu-ibu yang tidak minum susu, boleh ganti Ostematrix sebagai kalsium harian.
Nak dapatkan Vivix sekarang? Boleh menghubungi saya melalui wasap 0132109044 (pn.hajar) atau boleh bersua muka dengan saya jika anda berdekatan dengan saya.
**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Vivix memang pilihan yang tepat untuk ibu berpantang.
ReplyDeleteWahh bestnya..macam2 kegunaan vivix
ReplyDelete