Tuesday 28 June 2016

Merawat jeragat dengan vitamin







APA ITU MELASMA (JERAGAT)


Melasma atau lebih dikenali sebagai JERAGAT adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari yang selalunya terdapat dibahagian  muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama.




 Beberapa Sebab Utama Terjadinya Melasma

Melasme adalah penyakit kulit yang biasa, tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan akan menjadi serius sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Ianya boleh menjejaskan sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita. Risiko terjadinya melasma ini paling tinggi untuk kaum wanita  dengan nada kulit keperangan, sawo matang, kuning langsat. Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun, biasanya kulit akan kelihatan kusam dan kering. Tapi hanya segelintir sahaja. Ada juga kulit yang berminyak tapi berjeragat.





Sebab-sebab terjadinya melasma (Jeragat)

1) Terdedah Kepada cahaya matahari terik (secara lansung atau tidak)


2) Pengambilan ubat-ubatan  Pil Hormon

( Cth : Pil perancang/terapi hormon gentian (HRT) semasa menopaus)


3) Penggunaan kosmetik / Rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan




Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment