Tuesday 3 March 2020

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

BUAT KERJA KITA JANGAN BUAT KERJA TUHAN
================================

Kak H sering dengar perkataan ni saban hari, bulan dan waktu. Yelah, kita ni cuma hamba je.. Mampu merancang tapi DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Kita boleh berdoa mintak macam macam tapi selebihnya Allah yang tentukan sama ada nak bagi pada kita atau tak. Kita sebagai hamba cuma perlu berusaha sehabis baik dan tawakal. 

Allah nak bagi kita pun bergantung pada usaha masing masing. Allah berfirman "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." (Thaha 20: 132)

Didalam buku "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" karya Fathuri Sallehuddin ada mengatakan bahawa sesungguhnya menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari rezeki. Dan rezeki itu sangat kuat dengan Allah kalau kita jaga dan tunaikan hak-haknya. Macam mana caranya? 

Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang mudah adalah dengan Solat Dhuha dan bersedekah. Dalam kita mencari rezeki untuk menunaikan tanggungjawab seharian, dalam usaha kita memberikan sesuatu yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga, hadis ada mengatakan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha Allah akan mencukupkan segala keperluannya pada hari itu.

Jadi selepas lakukan apa yang patut kita buat, laksanakan sepenuh hati, tambah dengan amalan sunat yang menunjukkan pergantungan kita pada Allah, maka tidak perlu lagi ada rasa bimbang di hati. Sebab kita dah yakin. Dalam setiap rezeki kita harini ada hak orang lain, maka jangan pernah takut jatuh miskin apabila bersedekah. Jadi tiada lagi istilah "TAK CUKUP ATAU TAK PERNAH CUKUP" dalam kamus hidup kita. 

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment