Sunday, 22 March 2015

Cara Turunkan bacaan Gula Elak Maut Mengejut



Kecewa kerana disahkan kencing manis walaupun amalkan hidup sihat


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Ramai rakan menegur Dalina yang tampak semakin kurus. Awalnya Dalina merasa gembira kerana dia memang mahu menurunkan berat badan. Dia juga telah mencuba pelbagai cara namun tidak berjaya. Kini berat badan turun sendiri tanpa disedari. Namun, hairannya dia kerap berasa letih. Ini adalah keluhan seorang teman saya dimana beliau disahkan kencing manis walaupun jaga pemakanan. Disini, saya akan kongsikan cara turunkan bacaan gula bagi pesakit kencing manis.



Dalina menjangkakan keletihan itu berpunca daripada aktiviti yang dijalani sepanjang hari. Selain dari menguruskan kafe kepunyaanya, dia juga pada masa yang sama menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Dia juga sibuk menguruskan empat orang anak yang masih bersekolah. Saban hari tubuh Dalina menjadi semakin kurus. Ibu Dalina yang kasihan melihat keadaan anaknya lalu memujuk Dalina menjalani pemeriksaan di hospital. 

Dalina bagaimanapun enggan menjalani pemeriksaan kerana merasakan bahawa apa yang dialaminya adalah sesuatu yang serius. Namun desakan ibu memaksa dia bertemu doktor, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa Dalina menghidap penyakit kencing manis. Paras gula dalam darah tinggi dan gula juga terdapat dalam air kencing. Dalina sama sekali tidak menyangka akan mengidap kencing manis. Selama ini dia kurang minum minuman manis dan sangat berhati hati dalam memilih makanan.


Bagaimana penyakit kencing manis berlaku??

Penyakit kencing manis berlaku apabila kelenjar insulin gagal berfungsi. Kemusnahan insulin boleh berlaku kerana banyak faktor. Antaranya ialah :-

  1. Jangkitan Virus pada hormon Kelenjar - Sesetengah virus bertindak menyerang kelenjar hormon dan memusnahkannya. Apabila kelenjar hormon rosak, ia tidak mampu mengeluarkan hormon secara efektif. Hormon yang terhasil sangat sedikit dan tidak mampu memproses gula.
  2. Rintangan Insulin - Rintangan Insulin bermakna insulin yang terhasil walaupun dalam kuantiti yang banyak namun tidak dapat memproses gula. Ini ialah kerana insulin yang terhasil menjadi tidak aktif akibat ikatan gula yang tinggi. Gula yang diambil secara berlebihan membentuk sebatian organik yang memegang insulin mengakibatkan fungsi insulin merosot. Lama kelamaan seseorang itu akan turut mengalami kerosakan kelenjar hormon insulin secara total.
  3. Kekurangan Vitamin - Vitamin merupakan agen penyubur kepada kelenjar hormon. Kromium dikenal pasti sebagai vitamin yang penting bagi membaik pulih kelenjar insulin. Fungsi kromium termasuk salah satu mineral yang berperanan mengendalikan metabolisme insulin dalam tubuh, sehingga dianggap sebagai faktor pengendali kadar gula darah (Glucose Tolerance Factor/GTF). Dengan kecukupan kromium dalam tubuh akan lebih efisien mengeluarkan insulin dan keseimbangan kadar gula darah dapat terjaga.
Secara umumnya, sesiapa saja mempunyai risiko berhadapan dengan penyakit ini tetapi mereka yang datang daripada keturunan di mana ahlinya menghidap kencing manis dan mempunyai berat badan berlebihan terdedah dengan risiko. Tahukah anda bahawa penyakit diabetes ini menjejaskan 3.6 juta kesihatan rakyat malaysia dan 1 daripada 5 rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes. Purata peningkatan adalah sebanyak 40% setiap 10 tahun.

Bolehkah diabetes sembuh?

Penyakit diabetes masih boleh sembuh jika kelenjar insulin boleh berfungsi semula dan paras gula dipantau sentiasa pada tahap normal bermakna seseorang itu sembuh. Jika tahap gula tidak berjaya turun pada tahap normal bermakna kesembuhan tidak berlaku, Kadar gula dalam darah manusia boleh dianggap normal jika bacaan antara 4 hingg 8 mil dan pesakit yang mempunyai bacaan kandungan gula jauh lebih tinggi jika tidak dikawal.

Pesakit sendiri perlu mematuhi diet dan mengawal pengambilan makanan, terutama mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak dan karbohidrat. Ada juga pesakit yang terpaksa menyuntik insulin. Penghidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. 



Bagi menurunkan bacaan gula dalam darah Dalina, saya mencadangkan Set diabetes Shaklee yang terdiri daripada Vivix yang dapat memberikan kesan positif ke atas 4 mekanisme utama penuaan selular kerana ia dapat mencegah penghasilan AGE protein (Gula Berlebihan + protein yang menyebabkan diabetes, atheroscloresis dan sel mati), Zinc bagi membantu penghasilan insulin & pemulihan luka. Namun, perlu diingat bahawa ubat hospital yang dibekalkan perlu disamping kita ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Seandainya, bacaan gula tersebut telah kembali normal anda bolehlah meneruskan pengambilan supplemen sahaja tanpa ubat dari hospital.

Pengalaman Pesakit Diabetes bersama Set Shaklee





Berminat untuk mencuba Set Diabetes Shaklee? Hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**







Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment