Saturday, 1 November 2014

MY BREASTFEEDING JOURNEY


Bila diingatkan balik..macam-macam dugaan yang perlu saya lalui untuk Menyusukan anak sehingga 2tahun..Sebagai seorang Ibu sudah tentu niat kita ingin menyusukan anak sehingga 2tahun selepas ia dilahirkan..Tiada yang lebih berharga selain dapat memberikan susu ibu kepada anak kita..kerana susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia..

Ketahui bagaimana susah payah untuk menyusukan anak sehingga 2tahun

Masa anak pertama, saya cuma dapat menyusukan anak saya dalam masa berpantang sahaja kerana kurang pendedahan kepada Penyusuan Susu Ibu. Macam mana cara nak wat stok bila bekerja dan sebagainya..Maklumlah masa tu terlalu muda..Selang 4tahun, Alhamdulillah saya disahkan mengandung anak lelaki..Persediaan tentang penyusuan susu ibu ada tetapi masih kurang. Niat saya ingin menyusukan anak saya sehingga 2tahun. Lagipun, Allah telah berfirman yang bermaksud:-

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; Ibunya yang telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusu); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali(untuk menerima balasan)"(Surah Luqman:ayat 14)


Firman Allah bermaksud tempoh cerai susu adalah 2tahun

Kisah bermula semenjak saya mengandung. Ilmu tentang penyusuan itu ada tetapi masih tidak mencukupi. Dari situ, saya cuba mencari pam susu tetapi saya hanya menggunakan pam manual iaitu pam Anakku (sebab itu je yang jumpa kt kedai..yang lain2 tak jumpa..huhu) Alhamdulillah, pada tarikh 23.7.12 bersamaan 3 Ramadhan, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.13kg..Semasa berpantang merupakan dugaan yang berat buat saya apabila anak disahkan kuning dan terpaksa ditahan wad selama beberapa hari..Ya Allah, sedihnya hati tak terkata bila tengok anak saya dicucuk untuk diambil darah..Anak menangis kat dalam, saya pula menangis kat luar. Lebih menyedihkan apabila saya tidak dapat tidur bersama anak saya di dalam wad kerana kekurangan katil. Saya terpaksa ulang alik pagi petang dengan berbekalkan stok susu setiap hari..Luluhnya hati bila waktu malam hendak tidur anak saya tiada disisi..Mengalir air mata bila memikirkan anak saya yang berada di wad tersebut. Tapi Alhamdulillah keadaan ni hanya untuk beberapa hari..Balik je rumah, saya terus beli ubat untuk bayi kuning di kedai ubat cina dan mandikan anak saya dengan air ubat tersebut hari2 selama seminggu sebab takut kuning tu ada balik..Menurut doktor, ibu yang mempunyai darah O risiko untuk anak terkena jaundis amat tinggi..So, saya kena berjaga-jaga setiap kali bersalin sebab saya berdarah O-.

"My breastfeeding Journey" bermula apabila saya mula bekerja dan mula mengenali Shaklee..Pada mulanya, stok susu saya hanya cukup-cukup makan tapi semenjak mengamalkan Set Shaklee susu saya semakin bertambah dan semakin pekat..Anak minum pun kenyang je..Alhamdulillah, dengan izin Allah saya diberi kesempatan untuk menyusukan anak saya sehingga berumur 1tahun 6bulan kerana disahkan mengandung..Tapi, dalam masa mengandung pun saya masih menyusukan anak saya sehinggalah saya membuat keputusan untuk pisahkan susu. Pada mulanya memang rasa kesian sebab dia masih tak cukup puas menyusu tapi untuk mengelakkan sebarang komplikasi pada anak didalam kandungan saya, saya terpaksa pisahkan susu..tapi Alhamdulillah anak saya membesar dengan sihat tanpa perlu minum ubat cacing berkat pengambilan Mealshake..dan sekarang Muhammad Zahiruddin sudah pun berusia 2tahun 3bulan.





Sambungan dari anak kedua, baru-baru ini saya telahpun melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.29kg pada 10.9.14..Saya bermula membuat stok susu mulai 14hari berpantang dan inilah hasilnya sehingga hari ini usia anak saya 51hari..Alhamdulillah rezeki anak saya dan apa yang saya amalkan adalah Set hamil + Set berpantang + Set Menyusu..Apa yang menarik tentang Set Shaklee ini adalah 3 dalam 1 dan harganya sangat-sangat berbaloi kerana boleh bertahan sehingga 4-6bulan..So tak rugi pun beli dari kita beli set jamu yang beratus-ratus tu tapi hanya boleh guna selama 44hari je..Membazir sangat-sangat ok!!!

Set Berpantang yang selamat menggantikan jamu
Ini adalah set cadangan untuk ibu-ibu yang berpantang

Alhamdulillah, selama berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee merupakan saat yang indah buat saya kerana susu yang dapat dihasilkan begitu meriah..Inilah hasilnya..




Kenapa ESP Istimewa???





Nak tahu lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee bolehlah hubungi saya:-

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Thursday, 30 October 2014

Macam mana boleh terjebak dengan Shaklee??


Assalammualaikum w.b.t semua..

Alhamdulillah, kita sudah pun berganjak ke tahun baru bagi yang islam. Rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua..Ingat lagi Maal Hijrah tahun lepas merupakan satu penghijrahan yang amat besar wat saya..


Dan Shaklee sendiri banyak mengubah kehidupan saya..


Gambar semasa perjumpaan pertama saya bersama Empayar Master Wan Fatihanum merangkap Nanny saya..


Berbalik pada entry harini..Kali ni nak cerita pengalaman saya sendiri macam mana saya boleh terjebak dengan Bisnes Online Shaklee ni..Kalau nak diikutkan, mula-mula saya memang kuno betul langsung tak pernah dengar pun produk jenama Shaklee ni..Saya start kenal Shaklee bila nampak iklan tentang set menyusu..Kalau ikutkan anak ke2 saya masa tu dah 6bulan..susu pun cukup-cukup makan..Lagi-lagi baby boy..Tapi disebabkan niat nak menyusukan anak saya usaha gak nak cari milkbooster..Pm punya pm, rupanya Set Menyusu ada banyak set mengikut keperluan dan bajet kita..tapi saya cuma amik trial pack je dulu sebabnya tak berapa yakin lagi dengan Shaklee ni dan baru nak mencuba..huhu

Bila dah cuba, mulalah jadi minat dan saya cuba pulak ESP. Alhamdulillah lepas cuba ESP, susu saya semakin banyak dan semakin pekat...Mulalah jatuh cinta dengan ESP dan Shaklee..Sejak dari hari tu, saya mula cuba satu-satu produk Shaklee yang ada..Masa mula-mula nak amik ESP macam tertelan-telan gak sebab takut rasa susu..dah lah saya ni anti susu..hahah takut muntah lak nanti minum..tapi bila dah minum, ok pulak sebabnya ESP ni rasa soya..Lepas ESP saya cuba pulak ostematrix sebab saya ni kekurangan kalsium. maklumlah tak minum susu kan???mana nak datang kalsiumnya padahal kalsium tu penting untuk perempuan lagi-lagi ibu yang lepas bersalin..Tau-tau nanti ada je gigi dan tulang yang rapuh..hahah

Bermula dari membeli, saya telah dipelawa untuk menjadi Ahli Shaklee oleh upline saya merangkap "mummy" saya. Dari situ, mulanya saya sekadar nak makan sendiri tapi bila dah masuk dalam group Jutawan Shaklee dan merasakan Aura mereka, saya mula buat Shaklee secara sambilan dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil..Memang tidak salah saya menyertai Shaklee..


Nak tahu, apa keistimewaan Bisness Shaklee ni?? Ada saya kongsikan cara buat duit dari rumah dengan Shaklee

  1. Tak perlu modal yang besar
  2. Upline dan Supported Group
  3. Tak perlu simpan stok dirumah
  4. Bisnes yang boleh diwarisi
  5. Semua dihujung jari
Apa tunggu lagi??Jom sertai kami sekarang..KAMI AKAN GUIDE FROM ZERO TO HERO..Tak perlu risau tentang tak tahu meniaga, tak reti nak promote, malu nak jual barang..Semua akan diajar oleh upline anda dan bimbingan diberi secara percuma tanpa bayaran. Strategi marketing ada disediakan dan akan diajar. Duplicate dari orang-orang yang sudah berjaya dan kita hanya ikut sahaja. Tak perlu takut terkontang kanting sebab kita adalah satu kumpulan dan bisness partner. Yang penting, kesungguhan kita sahaja..

Disini ada saya kongsikan sedikit gambar sewaktu Master Celebration di Hotel Pullman Putrajaya..Bukan calang-calang tempat ye untu Master Celebration ni..huhu







Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya di talian 013-2109044(pn.hajar)sms/whatsapp/wechat/telegram atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com

Baca Selanjutnya

Wednesday, 29 October 2014

Panduan Menjaga Bayi Baru Lahir


Harini genap usia Nur Zahirah Humaira 50 hari dan masih diberi kesempatan oleh Allah s.wt untuk bernafas hingga ke hari ini..Zahirah merupakan anak ketiga saya so takdelah saya kekok sangat nak jaga die berbanding anak pertama saya dulu..Dulu masa mengandungkan Zahirah, saya dan suami tertanya-tanya sama ada "baby boy or baby gurl".hehe..sebab sebelum ni dah dapat sepasang..so kalau boleh naklah dua pasang selang-selang..Memang masa check up ada doc scan jantina, tp tak dapat nak tengok disebabkan air ketuban  saya berkurangan..masa tu baru 6bulan..tapi sampai kesudah tak dapat nak tengok..Last2 kami tunggu je sampai lahir dan Alhamdulillah ianya perempuan mengikut naluri saya sebagai seorang ibu..hehe teror tak saya??(senyum dengan bangga masa melahirkan) sebab husband macam tak caye je saya cakap perempuan itu naluri saya..hehe..

Ketahui cara-cara untuk menjaga bayi yang baru lahir



Amboi, panjang pulak intro saya ni..Ok, berbalik pada tajuk entri kita harini..Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang baru sahaja melahirkan anak pertama..disini saya kongsikan sikit beberapa panduan untuk menjaga bayi baru lahir. Tapi sebelum tu, pastikan barang-barang keperluan bayi sudah mencukupi.

Kebiasaanya bayi yang baru lahir mahu sentiasa dibelai manja. Tangan ibu yang memandikan dia, urut dengan losyen dan bermain bersama dah tentu jadi momen yang indah buat kita dan baby. Baby amat sensitif pada persekitaran, oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat tentang kebersihan bayi termasuklah penjagaan kulit dan badan 

MANDI DAN MEMBERSIHKAN BAYI

Sebahagian daripada rutin harian kita ialah memastikan bayi sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pasti pengalaman memandikan bayi buat kali pertama kalinya merupakan perkara yang paling mencabar. Namun, jika kita memperuntukkan masa selama setengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dan cuba bertenang kita mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi. Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi yang tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita disarankan agar membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai barulah membeli pek yang lebih besar. 

Saya ingat lagi pengalaman melahirkan anak kedua saya Muhammad Zahiruddin..Masa lahir, kepala dan badan die penuh dengan ruam yang kecik-kecik..Biasa kepala orang kata kerak kepala, tapi badan penuh dengan ruam..Mula-mula saya guna sabun Anakku, tapi bila Nurse datang rumah cek, dia suruh saya tukar pada sabun SebaMed sebab mungkin kulit anak saya terlalu sensitif. Alhamdulillah lepas guna SebaMed memang ruam tu sumer hilang..Ingatkan bila dah ok, bolehlah tukar pada sabun jenama lain, tapi tak..Bila tukar je ruam naik balik sampailah umur die 1tahun setengah..Alhamdulillah sekarang dah 2 tahun 3 bulan baru boleh guna sabun biasa..Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan..

Untuk membersihkan bayi anda dapatkan barangan seperti dibawah ini:

  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

SET PENJAGAAN BAYI

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya yang perlu disediakan. Barangan tersebut ialah :-

  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus bayi
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

  1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  2. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi dengan ubat yang diberikan doktor. Jangan sesekali sapu tali pusat bayi dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga boleh membawa maut.
  3. Sekiranya anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  4. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  5. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.

Anak ketiga kesayangan ibu

Dan ini adalah Nur Zahirah Humaira..Kali ni senang sangat saya nak jaga dia sebab tak banyak ragam..Menyusu pun kuat..huhu..Kalau abang dia dulu, susah sikit nak jaga sebab kulit terlampau sensitif..Pastu kadang-kadang meragam masa dalam pantang. Tapi masa 1bulan je naik 2kg..huhu memang terkejut sangat..Bayangkan dia 3bulan berat dia 8kg..

Anak kedua kesayangan ibu

Inilah anak kedua saya Muhammad Zahiruddin..Berbeza kan masa dia baru lahir dan selepas sebulan??huhu.

Anyway, setakat ni je coretan saya hari ini..semoga bertemu lagi dilain hari dan lain entry..Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, saya ucapkan tahniah dan selamat mengharungi alam berpantang..Saya dah lepas dah..hehe

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 (whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Tuesday, 28 October 2014

Soya Berbahaya untuk Kesihatan???




Soya Bahaya untuk Kesihatan???O.M.G!!! Habis selama ni yang kita minum air soya bagai tu ape???NO!!NO!!NO!!

Terdapat 2 jenis soya iaitu GMO dan non-GMO


Bila tengok balik pada tajuk, rata-rata ibu diluar sana keliru dan tertanya-tanya betul atau tidak soya ni boleh effect pada anak/bayi mereka...Saya ingat lagi masa saya mengandung..Nurse pernah cakap, nak minum soya boleh tapi jangan minum selalu sebab nanti bila baby keluar kulit cepat sensitif. Oleh sebab saya tak minum susu, so saya prefer minum soya jelah option lain..tapi nurse nasihatkan saya supaya tukar pada hasil tenusu lain seperti yogurt dan sebagainya..Betul ke soya tu tak berapa elok untuk bayi?

Ada jugak sesetengah pendapat mengatakan protein soya (atau semua jenis soya) ni boleh ubah hormon anak terutamanya anak lelaki..takut jadi lembut lah bagai..So, ini adalah keterangan dari website Shaklee sendiri yang membuktikan secara klinikal manfaat utama soya dalam perkembangan kanak-kanak. 

"Childhood Development"

Asian women have been consuming soyfoods for centuries without any apparent adverse effects in the offspring. In pregnant women who consume soy, isoflavones are transferred to the fetus.


However, levels of the hormone estrogen are incredibly high compare to the small amounts of isoflavones in the womb or amniotic fluid. As a result, IT'S NOT LIKELY THAT ISOFLAVONES WOULD HAVE ANY TYPES OF ESTROGENICE EFFECT ON THE GROWING FETUS. Very little soy research has involved children or young people although several studies have found that adding soyfoods to the diet allows for normal growth and development.


Two studies, one in teenage boys and another in children 5 to 12 years of age, found that isoflavones DID NOT EXERT ESTROGEN-LIKE EFFECT OR PRODUCE ANY ABNORMALITIES. Also according to the American Academy of Pediatrics, soy infant formula leads to normal growth and development, futhermore, their position is that there is negligible (the safest possible rating) concern about the safety of soy infant formula.


Finally, one advantage of consuming soy early in life may be protection against breast cancer. Epidemiologic studies show that consuming approximately one serving of soy per day during childhood and or adolescence REDUCES BREAST RISK CANCER later in life by as much as 50 PERCENT.


Mark Messina, PhD




ok,maknanya kajian jelas menunjukkan bahawa soya tidaklah membahayakan kesihatan malah mempengaruhi hormon bayi terutama lelaki..Namun, perlu diingat bahawa soya terbahagi kepada dua iaitu:-

  1. GMO (Genetically Modified Organisms)
  2. Non-GMO (Non Genetically Modified Organisms)
GMO bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Manakala non GMO pula adalah dimana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia. Tahukah anda bahawa 96% soya didunia adalah soya GMO..

Nak tahu selanjutnya perbezaan GMO dan non GMO??Ada saya kongsikan perbezaan Esp dan Soya biasa. Esp Shaklee adalah Non-GMO Soya berbanding Soya biasa iaitu GMO soya.

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Monday, 27 October 2014

Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)



Sempena Promosi ESP yang akan berakhir tak lama lagi, apakata kita amik tahu sikit apa itu Energizing Soy Protein dan apa yang istimewanya ESP ni sampai ramai pelanggan yang memerlukannya.

Jika anda adalah salah seorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang dicari-cari selama ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING/BEST SELLER/POPULAR PRODUCT/HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee

ESP adalah HOT SELLER dan amat sesuai untuk semua golongan


Apa itu Energizing Soy?

Energizing Soy adalah protein soya yang berkualiti tinggi yang didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam untuk memelihara protein tersebut supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.

Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?dan siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Adakah ESP sesuai untuk semua lapisan?

Jawapannya adalah YA. ESP sesuai untuk semua lapisan antaranya ialah :-

  1. Ibu-ibu yang bekerjaya. ESP membantu memberikan tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
  2. Wanita yang ingin menguruskan badan : Hanya bancuh ESP dengan minuman kegemaran anda pada setiap pagi dan anda akan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!!
  3. Ibu-ibu yang menyusukan anak : Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu disamping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu secara konsisten.
  4. Pesakit kencing manis : ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka. Ia membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW...TERBAIK!!! 
dan ramai lagi seperti lelaki wanita tua, muda, ibu mengandung, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang nak kurus, yang nak gemuk, ingin tambah tenaga, dan sebagainya. Pendek kata, anda kamu dan dia yang sihat ingin kekal sihat..InsyaAllah!!


Cara Bancuhan ESP

  1. ESP+Air suam
  2. ESP+Fresh Milk
  3. ESP+Fresh Milk+kurma (rendam kurma dalam susu...selepas beberapa jam, blend/shake it dan campur dengan 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga,malah meningkatkan penghasilan susu)
  4. ESP+susu Anmum
  5. ESP+Performance Drink Shaklee+Mealshake Shaklee
  6. ESP+Nesvita 3in1
  7. ESP+Jus twister tropicana
  8. ESP+Ribena
  9. ESP+jus buah-buahan (tembikai, epal, lobak dan sebagainya)
  10. ESP+Milo/Horlicks
  11. ESP+Sirap Bandung
  12. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu (semua ni bancuh dan blend)..ianya baik untuk otak, tenaga dan diet yang sihat..Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya

Ha, dah ternyata kan ESP ni banyak kebaikannya dan tak salahlah kalau ia menjadi HOT SELLER!!Nak dapatkan harga kasih sayang, boleh hubungi saya di talian 0132109044(pn. hajar) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, prevent, cure or treat any disease**





Baca Selanjutnya