Monday, 20 January 2020

ME TIME BERSAMA ANAK ANAK

Kadang kadang bila dah penat uruskan hal bisness, anak anak, suami dan rumahtangga. Ada masa nak kena hilangkan penat stress tu supaya tak terbawa pada anak anak dan sebagainya. Sama jugak macam menghabiskan masa yang terluang tu dengan hobi yang tersendiri.

.

Hobi ni boleh jadi macam macam perkara. Dulu masa sekolah ada yang minat membaca, mengumpul setem dan banyak lagi. Macam kak H, memang dari dulu pun tak pernah ada hobi yang luarbiasa. Hobi kak H biasa je suka membaca tak kisahlah buku motivasi ke, novel ke majalah ke ataupun buku kesihatan. Yelah SURIRUMAH macam kak H ni hobi apa jelah yang paling dekat boleh buat.  😅😅

.

Tapi baru baru ni kak H ada hobi baru tau.. Bila weekend je kak H satu family akan pergi main bowling. Seronok bila tengok semua pin tu jatuh. Bola bowling tu ibarat usaha kita dan pin tu pulak ibarat matlamat kita. Bila kita usaha bersungguh sungguh untuk jatuhkan pintu. In shaa Allah kita akan capai apa yang kita nak.. Ha, Best tak perumpamaan kak H. 😉😉

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment