Sunday, 5 January 2020

PERLU KE ADA VISION BOARD UNTUK AZAM SETIAP TAHUN



AZAM 2020 VS VISION BOARD

Rata2 tahun baru ni semua mesti pasang azam baru kan? Nak buat itu nak capai ini.. Azam tahun 2019 yang belum tercapai pun akan dibawa pada tahun ni..

Biasanya kan, korang buat azam ni semua simpan kat mana? Tulis atas kertas besar besar pastu tampal kat tempat yang kita boleh nampak hari hari ataupun simpan target tu dalam otak je?

Agak2 korang azam yang macam mana yang lebih mengujakan? Azam yang hanya yang disimpan didalam otak ataupun yang jenis VISUALIZE. korang boleh tengok gambar yag kak H letak kat bawah ye. 👇👇👇

Bagi Kak H, Vision Board ataupun azam setiap tahun akan lebih menjadi jika ianya diVISUALIZEkan. Dengan adanya visual ni sedikit sebanyak membuat kita lebih teruja. Kita sendiri boleh bayangkan... bestnya kat situ... bayangkan kita ada kat situ dan semangat membara untuk kita bekerja keras merancang dan menabung untuk sampai ke sana.

Vision Board adalah perkara yg sgt penting dalam mencapai target. Apa sebenarnya VISION BOARD NI?

🌅 Ia adalah koleksi gambar yg ditampal dan dilihat selalu  yg MENGUJAKAN & berperanan sebagai INSPIRASI untuk mencapainya.

🌅 VB umpama shopping list. Apa yg kita buat dgn shopping list? Kita tak tunggu ia datang kan... tp kita yg ke supermarket utk membelinya.. atau klik2 di online.

🌅 VB juga umpama ‘setting’ DESTINASTION dalam GPS. Bila set destination, adakah tujuan tu yg akan datang kepada kita? Dah tentu tak, kan. Tp kita yg kena memandu ke sana.

VB lebih kurang sama macam azam. Kalau kita azam tahun ni nak dapat anak, mesti kita akan berusaha bersungguh- sungguh untuk dapatkan. Betul tak? Sama jugak macam VB. VB adalah sesuatu sebagai pembakar semangat untuk kita BUAT SAMPAI DAPAT.

BETUL KE VB NI POWER? BETUL KE BOLEH JADI?

Kalau kita percaya kita akan dapat dan kita akan berusaha untuk dapatkannya, kita akan dapat. ANDA PERCAYA ANDA BERJAYA!!

Alhamdulillah VB kak H tahun lepas dah ada yang menjadi kenyataan. Korang yang dah ada azam tahun ni cepat2 buat VB besar besar dan tampal dalam bilik. Tak rugi pun.. Selamat mencuba.. 😉😉


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment