Tuesday, 4 February 2020

PERLU KE MERANCANG MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK?


Apa yang kita nak jadi 10tahun akan datang?

Dalam hidup ni pasti ada sesuatu yang menakutkan kita. Ada orang takut haiwan, ada orang takut tempat tinggi, ada orang takut tempat gelap tapi bagaimana kita cuba keluar dari situasi ketakutan tu yang membuatkan kita lebih matang.

Ada orang takut nak berimpian besar sebab takut tak mampu nak capai. Tapi bukan ke Allah berfirman “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Kalau kita sendiri tak ubah nasib kita, siapa lagi yang akan ubah kan?



Sebab tu bagi kak H, apa yang kak H paling takut ialah apabila memikirkan masa depan anak anak kak H bila kak H dah takde nanti dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat, risau bila anak anak kak H tak dapat nak survive. Seboleh bolehnya biarlah ketiadaan kak H nanti dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita sebenarnya boleh merancang masa depan yang macam mana kita nak untuk 10tahun 20tahun ataupun berapa puluh tahun akan datang. 

Berimpian tu tak salah pun tapi disebabkan mentaliti mahupun didikan dari orang sekeliling yang membuatkan impian tersebut terkubur macam tu sahaja. Mana taknya, bila kita ada angan-angan (IMPIAN) mesti orang akan bercakap, "Hentikanlah angan angan tu. Takkan kemana". Kita yang dah pasang impin ni sedikit sebanyak mesti rasa DOWN kan? Sebab orang kata tu angan-angan tahi ayam je. 

Ya, benda tu akan jadi kenyataan bila kita tak buat apa apa tindakan. Bukan nak tunjuk hebat seolah olah kita macam Tuhan tapi kita ada pilihan. Masa depan yang macam mana kita inginkan? Cuba letakkan kita sebagai bayi yang baru lahir.  

Bayi yang baru dilahirkan diibaratkan kain putih dan kita sebagai ibu bapa yang mencorakkanya. Pasti kita inginkan yang terbaik untuk anak. Begitu juga tuhan kita. Anak anak belajar berjalan kita yang bagi galakkan dan sebagainya sehingga berjaya tapi terpulang pada anak nak usaha sebanyak mana sehingga berjaya. Allah dah bagi jalan tinggal pulak kita yang mencorakkannya.

In shaa Allah kak H akan cuba sedaya upaya untuk ubah masa depan kak H dan anak anak dan berdoa semoga Allah memberi kesempatan pada kak H untuk berbakti pada orang tua, masyarakat dan negara. Kak H taknak bila kak H takde nanti takde apa yang kak H tinggalkan untuk agama kak H dan dijadikan segala pahala untuk kak H disana nanti.. Amiin.. Korang tolong sama sama doakan kak H ye..

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment