Monday 3 November 2014

Teknik Perahan susu ibu yang terbaik




Sebelum ni, ada saya kongsikan panduan memilih pam susu bagi ibu-ibu yang bakal memulakan kerja setelah cuti bersalin dan berpantang. Kali ni, saya nak kongsi pulak teknik perahan yang terbaik. Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak pertama mungkin agak kekok menggunakan pam untuk pertama kali tetapi penggunaan yang berterusan dan betul akan memudahkan lagi proses tersebut. Ketahui beberapa tips untuk anda mendapatkan teknik terbaik ketika mengepam susu.

  • Keselesaan

Pastikan tangan dicuci bersih sebelum mengepam dan anda juga perlu dalam keadaan yang selesa dan sedia. Lakukan urutan atau tuam payudara terlebih dahulu untuk melancarkan aliran. Posisi juga turut memainkan peranan..pastikan anda dalam keadaan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada. Pegang dengan baik supaya ia betul-betul melekap pada payudara. Jika susu meleleh, itu bermakna posisi anda tidak betul. Gunakan bekas penyimpanan yang dikhaskan dan labelkan susu terlebih dahulu sebelum disimpan.

  • Mula Mengepam

Mula mengepam selepas 2 minggu melahirkan bayi kerana pada waktu itu pengeluaran susu agak banyak berbanding pada awal kelahiran. Pastikan anda mengepam antara 8 hingga 12 kali sehari atau 2 3 jam sekali untuk mengosongkan payudara..Ini adalah termasuk sekiranya anak direct feed. Pam selama 15minit atau lebih jika masih ada susu dan akhiri dengan marmet iaitu mengepam menggunakan tangan. Kaedah marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama-sama) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu



Ketahui 5 teknik perahan susu yang terbaik



  • Krim Puting

Sakit pada puting ketika menyusu adalah perkara biasa bagi para ibu. Ia disebabkan luka dan rekahan terutamanya pada awal kelahiran. Untuk mengurangkan rasa tersebut, anda boleh menggunakan krim puting yang sesuai. Sapukan ia selepas mengepam. Selain menggunakan krim, anda juga boleh menyapukan susu yang keluar secara berselang (air susu sebelah kiri disapu pada puting sebelah kanan dan sebaliknya) kemudian biarkan sehingga kering..Lakukan beberapa kali..Insyaallah sakit itu akan hilang.

  • Bersihkan Alat Mengepam

Sebelum menggunakan pam untuk pertama kali, sebaiknya steril dahulu pam tersebut untuk mengelakkan sebarang kuman yang melekat pada pam tersebut. Tidak perlulah disteril setiap kali selepas mengepam, memadai dengan membasuh sahaja corong dengan pencuci yang sesuai.

  • Kerap Mengepam

Untuk mengekalkan penghasilan susu yang banyak, pastikan anda kerap menyusukan bayi terus dari badan dan juga mengepam ketika bayi tiada di sisi. Payudara perlu dirangsang sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari untuk memastikan susu yang terhasil tidak berkurangan.

Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang terlampau sibuk dengan kerja sehingga tidak dapat menyediakan nutrisi yang secukupnya untuk badan dan bayi yang disusukan..Memang tak dinafikan susu ibu adalah yang terbaik tapi mampukah kita membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk anak kita melalui pemakanan seharian kita..Jangan nanti, terlalu nak bagi anak susu sampai kita pulak yang terkesan...Sebelum tulang-tulang atau gigi kita yang rapuh, ini adalah cadangan supplement yang terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Ketahui rahsia susu ibu melimpah ruah dengan set 3m
Set 3M bagi ibu-ibu yang ada masalah penyusuan dan ingin memperkayakan susu dengan zat dan nutriean terutama ibu-ibu yang bekerjaya.

<<KANDUNGAN DAN KEBAIKAN SET 3M>>

  1. Vitalea - Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan disamping membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil
  2. Bcomplex - Membantu mengatasi masalah kelesuan, stress, mencegah kemurungan dan menukarkan gula kepada tenaga.
  3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, membina kolagen dalam sel-sel badan dan diperlukan dalam proses penyembuhan luka serta kudis. 
  4. ESP - Komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, pembinaan hormon, enzim dan antibodi selain dapat membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Energizing Soy Protein (ESP) juga dapat memekatkan susu ibu dan sekaligus memberi rasa kenyang kepada bayi dan ibu sendiri. Amat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu seperti saya (hehe) kerana ia rasa soya.
  5. Ostematrix - Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf didalam tubuh. Risiko Osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih, lesu serta muka menampakkan garisan tua amat tinggi bagi ibu-ibu yang kekurangan kalsium.
  6. Alfalfa - Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang mencukupi, digunakan sebagai penggalak susu ibu, mengandungi trace minerals yang lebih banyak berbanding tumbuhan lain.
Manakala untuk menghilangkan luka pada puting, boleh gunakan Vitamin E untuk memulihkan puting yang luka. Saya sendiri pernah menggunakan Vitamin E ini untuk menyembuhkan luka pada puting dan Alhamdulillah ianya berhasil.


Boleh menyembuhkan luka pada puting payudara


ANTARA TESTIMONI PENGGUNA SET 3M


Susu bertambah selepas mengambil set 3M

Rezeki Susu anak yang melimpah ruah

12oz hasil pam susu di office

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram/wechat) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**






Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

4 comments:

  1. Anak dah masuk 3 dah pun, teknik mengepam ni memang tak tahu langsung. main bagi je susu direct pada baby. Alhamdulillah lah takde masalah air susu.. memang cukup untuk baby...

    Vitamin Terbaikku

    ReplyDelete
  2. saya mengepam dulu gunaka tangan je. alhamdulillah tiada masalah.

    10 Sebab Kenapa Perlu Ambil Mealshakes

    ReplyDelete
  3. seronok bila ingat journey penyusuan
    penuh cabaran tetapi puas

    Dilema Wanita Nak Kecilkan Peha Yang Besar

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, Permudahkanlah perjalanan bf kita semua...

    KENAPA ANAK ANDA PERLUKAN VITAMIN C?

    ReplyDelete