Thursday, 16 October 2014

Udang masak stim tomyam







Huhu, bila tengok tajuk je macam sedap kan??? Sebenarnya resepi ni dibuat masa puasa aritu tapi baru harini nak update..tengok berapa lama saya tak update blog kan??hihi..tak lama lagi dah nak habis pantang..seronoknya.. Nak jadikan cerita, resepi ni dihasilkan apabila saya mengidam nak makan udang galah. Punyalah saya dengan hubby cari satu kuala selangor sampai ke sabak bernam tapi tak jumpa jugak..tapi nak sedapkan hati hubby yang dah bawak pergi cari udang galah ni, saya belilah jugak udang ni..Boleh tahan besar gak udangnya tapi tak tahu nama udang ni apa..1kg Rm40.00 so saya beli 1/2kg je Rm20.00..Balik je rumah apa lagi terus masak lah untuk berbuka..

Ok, ni resepinya..

Udang 1/2kg (saiz besar/sederhana)
2 sudu pes tomyam
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
daun saderi/daun sup
garam

Cara-caranya
Kisar kesemua bahan tersebut,daun saderi atau daun sup diracik utk tabur atas udang..

Masukkan kesemua bahan dan gaul bersama udang. Kemudian letak didalam aluminium foil untuk senag dikukus..tadaaa siap dan sedia dihidang bersama nasi.. selamat mencuba!!




gambar kurang cantik sebab saya tak amik coz kulinari..huhu





Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment