Bila tengok pada tajuk, mesti ada yang tertanya-tanya..Betul ke cara aku simpan makanan selama ni???huhu
Ok, kita berbalik pada tajuk entry kita harini iaitu cara menyimpan makanan dengan betul..Ramai yg tidak tahu bhawa cara manyimpan makanan yang salah boleh menjejaskan khasiat sayur, ikan, ayam, dan macam-macam lagi sumber makanan terutamanya apabila menyimpan didalam peti ais..Oleh itu,adalah amat penting buat kaum wanita mengetahui cara yg tepat menyimpan makanan di rumah..
Cara menyimpan makanan bukanlah terhad kepada bahan mentah semata-mata tetapi juga lebihan makanan yang telah dimasak. Disini terdapat 3 garis panduan untuk menyimpan makanan iaitu:-
- Penyejukan
- Pembekuan
- Menyimpan pada suhu bilik
Tujuan makanan tersebut perlu disimpan dengan betul dan sempurna ialah bagi memastikan makanan tersebut berada dalam keadaan selamat sehingga ia dimakan semula. Selain itu, ia juga bagi mengekalkan bentuk fizikal dan rasa makanan tersebut agar sentiasa terpelihara dan paling penting mengekalkan khasiat yang terkandung didalamnya..
Penyimpanan dalam peti sejuk
Cara yang terbaik menyimpan makanan didalam peti ais adalah seperti berikut:-
- Guna beg plastik - Simpan semua makanan yang sudah siap dimasak ke dalam bekas bertutup seperti beg plastik bertutup dan dibalut dgn kertas aluminium atau plastik nipis. Ia dapat membantu mengurangkan proses pengeringan, pencemaran, perubahan bau atau tertumpah.
- Asingkan bahan makanan - Amalkan menyimpan makanan yang sudah dimasak dibahagian sejuk (atas) tetapi bezakan dengan bahan yang mentah. Ini kerana bahan-bahan seperti daging, ikan dan sayur- sayuran mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan yang siap dimasak sekaligus mengakibatkan masalah keracunan dan basi.
- Bekas berpenutup untuk bahan mudah tumpah- Cuba simpan bahan mentah yang mudah tumpah ke dalam bekas bertutup. Kemudian letakkan di bahagian bawah peti sejuk kerana tumpahan yang berlaku di dalam peti sejuk hanya akan membiakkan bakteria dan mengotorkan kawasan sekitarnya.
- Cara menyimpan telur -Telur perlu disimpan di bahagian yang sejuk dalam peti ais kerana suhu yang lebih rendah hanya akan melembapkan lagi proses pembiakan bakteria.
- Bungkus sayur - Bungkus sayur-sayuran dengan plastik berlubang supaya dapat mengurangkan kehilangan air sekaligus melancarkan pengaliran udara di dalamnya.
- Simpan sayur-sayuran di tempat yang sesuai - Simpan sayur dan buah-buahan di bahagian laci bawah peti sejuk untuk mengelakkan ianya rosak dan masalah pembekuan
- Jadikan rutin - Pelajari cara yg betul untuk menyimpan makanan supaya tidak menjejaskan khasiat makanan dan memastikan makanan yang dihidang adalah makanan yang sihat untuk ahli keluarga.
- Alih makanan dalam tin - Makanan dalam tin yang telah dibuka tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk begitu sahaja. Cara yang betul untuk menyimpannya ialah dengan memindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup. Ini untuk mengelakkan tindak balas logam ke atas udara apabila makanan berkenaan dibiarkan di dalamnya.
- Sejukkan makanan sebelum disimpan - Makanan yang telah dimasak tidak boleh diletakkan terus ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pertambahan kelembapan di samping mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
- Simpan bekas rapat-rapat -Sewaktu menyimpan makanan di dalam peti sejuk, susun bekas berkenaan rapat-rapat agar udara yang mengalir di dalamnya dapat disebarkan sekata.
- Tiga hari untuk simpan makanan basah - Elakkan menyimpan makanan mentah seperti daging, ikan atau yang serupa dengannya di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Ia bagi mengelakkan pembiakan bakteria akibat dari kandungan protein serta kelembapan yang tinggi malah ada di antaranya akan mengeluarkan bau busuk.
- Buang makanan lebih dari 5 hari - Lebihan makanan yang tidak habis dimakan masih boleh disimpan tetapi ada tempohnya. Setelah masuk hari kelima dinasihatkan agar membuang sahaja makanan berkenaan kerana ditakuti berlakunya pembiakan bakteria berbahaya di dalamnya.
Jika sebelum ni saya terangkan cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk, namun makanan masih boleh disimpan pada suhu bilik dengan kaedah berikut:-
- Bekas kedap udara untuk bahan kering -Bahan-bahan kering seperti tepung, gula, beras,serbuk teh dan sebagainya perlu disimpan dalam bekas udara. Tujuannya adalah untuk menghalang pencemaran di samping mengelakkan 'pencerobohan' daripada makhluk perosak seperti lipas, tikus dan macam-macam lagi.
- Jauhkan rencah memasak daripada sinaran matahari -Rencah memasak seperti bawang dan ubi kentang perlu disimpan pada tempat sejuk dan kering. Jauhkan bahan berkenaan dari terkena sinaran matahari kerana ia mudah bercambah dan tidak elok jika ingin digunakan dalam masakan.
- Simpan susu di tempat sejuk dan kering - Susu kotak yang masih belum dibuka perlu disimpan di tempat sejuk. Bagaimanapun setelah dibuka maka ia perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh satu minggu.
Ha, agak-agak ibu-ibu semua simpan makanan dengan cara yang betul tak??Secara jujurnya, saya sendiri pun selama ni main simpan dan campak je kat mana-mana ruang untuk disimpan dalam peti ais..Kadang-kadang bahan mentah tu pun saya masukkan terus dalam tempat beku sekali dengan plastiknya (ni kes kalau terlampau malas nak siang..hahah). Baru hari ni kita sedar yang selama ni cara kita menyimpan makanan adalah salah..So, apa tunggu lagi???Jom tukar cara simpan makanan yang betul mulai hari ini. Oklah, setakat ni je entry saya hari ini.
Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Fb : Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Beauty & Healthy Is You, Permatahatibidadariku
Contact : 0132109044 (whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment