Thursday 19 September 2013

PUNCA-PUNCA DEMAM



Demam adalah peningkatan sementara dalam suhu tubuh apabila ia bertindak balas dengan penyakit atau kesakitan. Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa.

Demam ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan menggunakan jangka suhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8 darjah celcius, dan suhu dubur pula melebihi 38.3 darjah celcius atau 37 darjah celcius apabila disukat dicelah ketiak.


PUNCA- PUNCA DEMAM

Sebenarnya, demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti:-

  • Selepas bersenam ataupun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang menjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.
  • Ubat-ubatan. Penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. 
  • Kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Didalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan. Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan, kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24 darjah celcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantans, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80% daripada semua kes kejadian kejutan panas.

BAGAIMANA DEMAM TERJADI?

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat penjana utama datand dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat, proses yang biasanya dilakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat dihilangkan melalui kulit. Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu tertentu iaitu 36.5 darjah hingga 37.5 darjah Celcius melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi membolehkan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan.

Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yg disampaikan ke otak akan menyebabkan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkah laku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan bagi meningkatkan suhu kulit. Di dalam keadaan tidak normal, perubahan di dalam mekanisme pengawal aturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.

Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh :-
  1. Kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak.
  2. Peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak
  3. Pengurangan di dalam kehilangan haba badan

Kenali jenis-jenis demam yang membawa maut disini
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment