Sunday 27 September 2015

Plasenta Previa boleh menyebabkan tumpah darah yang teruk ketika bersalin.


Dilema seorang ibu yang berkemungkinan disahkan Plasenta Previa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat bercuti kepada semua yang masih berada dikampung dan masih meraikan Hari Raya Aidil Adha..kalau di belah-belah pantai timur mesti sangat meriah pada Hari Raya Aidil Adha ni.

Baru-baru ni saya baru sahaja mendapat email dari seorang rakan yang mengadu kepada saya tentang kerisauan beliau mengenai kandungan beliau yang mungkin disahkan Plasenta Previa.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang Plasenta preiva.  Oleh sebab itu, pada kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai apa itu Plasenta Previa dan siapa yang berisiko untuk mengalami masalah Plasenta Previa ini.

Fahami apa itu Plasenta Previa

Plasenta merupakan organ yang terbentuk semasa mengandung untuk menyuburkan janin, menyingkirkan bahan buangan dan menghasilkan hormon bagi mengekalkan kehamilan.  Plasenta melekat pada dinding rahim oleh saluran darah yang membekalkan oksigen dan makanan kepada janin serta menyingkirkan bahan buangan dan memindahkannya kepada ibu.



Janin berhubung dengan plasenta oleh tali pusat.  Melalui tali pusat, janin menerima khasiat dan oksigen serta mengeluarkan bahan buangan. Plasenta ini berfungsi untuk mengasingkan darah ibu dan darah janin.

Plasenta yang normal akan melekat pada bahagian atas rahim, jauh dari pangkal rahim (pembukaan yang bayi akan dilahirkan).  Sesetengah kes, plasenta terletak rendah dalam rahim, sebahagiannya atau sepenuhnya menyekat pada serviks (keadaan yang dipanggil plasenta previa).


Plasenta previa dapat dikesan ketika minggu ke-20 kehamilan tetapi akhirnya normal kembali namun dalam kebanyakan kes, hanya 10% sahaja yang akan berterusan sehingga akhir kehamilan.  Seiring dengan rahim yang semakin membesar, plasenta kebiasaanya akan bergerak lebih tinggi dalam rahim (jauh dari pangkal rahim).

Tetapi jika ia kekal berhampiran serviks dan tarikh bersalin terlalu hampir, ibu berisiko untuk mengalami pendarahan yang teruk.  Oleh sebab keselamatan, doktor akan menyarankan kepada ibu untuk melahirkan bayi secara pembedahan sebelum tarik jangka kelahiran.

Terdapat beberapa jenis plasenta previa iaitu:-
  • Plasenta rendah di dekat bukaan serviks tetapi tidak menutupinya.  Ia selalunya akan bergerak ke atas di dalam rahim apabila dekat tarikh bersalin.
  • Plasenta previa separa meliputi sebahagian pembukaan serviks.  Keseluruhan plasenta previa merangkumi dan menutup pembukaan serviks.

Siapa yang berisiko mengalami Plasenta Previa

Kebanyakan wanita yang mengalami plasenta previa tidak mempunyai faktor-faktor risiko yang jelas. Tetapi, anda masih berisiko untuk mengalami plasenta previa jika:-
  • Pernah mengalami plasenta previa pada kehamilan sebelumnya.
  • Pernah melakukan pembedahan
  • Mempunyai beberapa pembedahan rahim lain ataupun pembuangan fibroid.
  • Hamil kembar atau lebih.
  • Perokok.
  • Kokain.

Komplikasi disebabkan oleh plasenta previa


Jika disahkan mengalami masalah plasenta previa, berkemungkinan ibu akan mengalami pendarahan yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.  Kes ini bukan sahaja semasa kehamilan, namun berlanjutan kepada semasa dan selepas bersalin.

Ini kerana bagi plasenta yang normal, doktor akan memberikan pitocin untuk mengecutkan rahim serta membantu memberhentikan pendarahan dimana plasenta diimplan.  Tetapi bagi kes plasenta previa, plasenta ditanam dibawah uterus yang tidak menguncup serta bahagian atas maka kontraksi tersebut tidak berkesan untuk memberhentikan pendarahan.

Wanita yang mengalami plasenta previa lebih cenderung untuk mempunyai plasenta yang terlalu dalam dan tidak dapat dipisahkan dengan mudah ketika bersalin.  Ini dipanggil accreta plasenta.

Plasenta accreta boleh menyebabkan pendarahan yang lebih teruk dan keperluan untuk pemindahan darah adalah berganda ketika bersalin.  Ia boleh mengancam nyawa dan mungkin memerlukan histerektomi untuk mengawal pendarahan.

Namun, jika ibu perlu melahirkan bayi sebelum tempohnya bayi ibu akan menghadapi risiko untuk komplikasi kelahiran pramatang seperti masalah pernafasan dan berat lahir yang rendah.

Apa-apapun semoga ibu yang mengalami masalah plasenta previa ini tabah dalam menghadapi dugaan.  Banyakkan berdoa semoga masalah ini dapat berakhir sebelum bayi dilahirkan.

Namun, sekiranya ia masih berlaku ikutlah sahaja nasihat doktor.

Mungkin apa-apa supplement tidak dapat membantu dalam mengembalikan plasenta previa kepada plasenta yang normal, namun untuk memastikan kesihatan rakan saya kembali bertenaga selepas kehilangan darah yang banyak, saya mencadangkan Set Berpantang kepada rakan saya kerana set ini merangkumi fungsi penyembuhan, pembentukan semula sel darah merah, pemulihan luka sama ada secara normal atau pembedahan, mengelakkan stress dan pemberi tenaga.

Vitalea yang terdapat didalam set berpantang ini dapat membantu ibu yang mempunyai masalah plasenta previa kerana ia membekalkan keperluan utama vitamin terutama zat besi bagi membantu ibu yang telah kehilangan darah terlalu banyak..

Selain itu, set berpantang ini dapat membantu sekiranya ibu mengalami masalah sembelit semasa berpantang.

Jika ibu mementingkan kesihatan ibu, bolehlah mencuba set berpantang ini.  Sila hubungi saya di 013209044 (whatsapp).

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

1 comment:

  1. kena hati2 bagi ibu yang ada placenta previa ini. moga allah lindungi selalu

    ReplyDelete