Saturday, 26 September 2015

Diabetes punca bayi meninggal didalam kandungan!! 6 tips elak diabetes ketika hamil yang ibu tak boleh ambil mudah.


Gestational Diabetes ketika hamil

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam diseluruh dunia.  Semoga hari raya korban pada tahun ini memberi 1001 makna kepada kita semua. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini diredhai oleh Allah s.w.t.

Hari raya macam ni mesti banyak makanan yang dijamu kan? Tapi ingat ye bagi ibu yang hamil seperti saya jaga pemakanan anda.  Jangan makan macam-macam ye takut-takut nanti kena diabetes pula.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan saya dari anak pertama hingga ketiga, saya tidak disahkan diabetes tetapi pernah sekali terpaksa minum air gula sebab berat badan yang meningkat terlalu mendadak ketika hamil.  Memang serik sangat sebab terpaksa minum air gula tu.

Tapi kali ni saya nak kongsikan sedikit apa itu diabetes ketika hamil.


Apa itu Gestational diabetes?


Gestational diabetes berlaku semasa hamil.  Seperti lain-lain diabetes, kencing manis semasa hamil mempengaruhi bagaimana sel-sel anda menggunakan gula (glukosa).  Gestational diabetes menyebabkan darah tinggi yang boleh menjejaskan kehamilan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Sebarang komplikasi ketika hamil adalah sangat membimbangkan namun ibu masih boleh membantu mengawal penyakit kencing manis semasa hamil seperti makan makanan yang sihat, bersenam dan jika perlu mengambil ubat.

Mengawal gula dalam darah boleh mencegah kelahiran yang sukar serta memastikan anda dan bayi anda dalam keadaaan sihat.

Kebiasaanya, diabetes ketika hamil , gula dalam darah selalunya akan kembali seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika ibu mempunyai gestational diabetes, ibu berisiko untuk menghidapi diabetes jenis 2.  Ibu perlu mendapatkan rawatan sepatutnya bagi memantau dan menguruskan gula dalam darah.


Tanda-tanda atau gejala


Bagi kebanyakan wanita, diabetes ketika hamil tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang ketara.  Namun, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan awal apabila anda mula bercadang untuk hamil dan doktor boleh menilai risiko penyakit diabetes sekiranya anda hamil.

Jika anda disahkan menghidap diabetes ketika hamil, anda mungkin akan melakukan pemeriksaan lebih kerap terutama 3 bulan sebelum tempoh kelahiran.  Doktor akan menilai tahap gula dalam darah anda dan tahap kesihatan bayi anda.





Risiko ketika hamil

Mana-mana wanita boleh mengalami penyakit kencing manis ketika hamil tetapi sesetengah wanita mempunyai risiko yang lebih besar.  Antara faktor-faktornya ialah:-
  • Hamil pada usia 25 tahun lebih cenderung untuk mengalami diabetes ketika hamil
  • Sejarah keluarga atau kesihatan peribadi yang menghidap penyakit diabetes.
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg keatas atau meninggal ketika dilahirkan.
  • Berat badan yang berlebihan

Komplikasi pada bayi dalam kandungan dan ibu

Kebanyakan wanita yang menghidapi gestational diabetes dapat melahirkan anak yang sihat, namun diabetes yang tidak dikawal dengan betul boleh membawa kepada paras gula dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan masalah kepada ibu dan bayi termasuk memerlukan pembedahan semasa proses kelahiran.  Antara komplikasi yang boleh memberi kesan kepada bayi anda ialah:-
  1. Berat badan yang berlebihan - bayi dalam kandungan boleh mencecah berat sehingga 4kg dan boleh menyebabkan kecederaan ketika proses kelahiran yang memerlukan pembedahan.
  2. Kelahiran pramatang atau sindrom masalah pernafasan - Ibu yang tinggi kandungan gula dalam darah mungkin berisiko untuk melahirkan bayi lebih awal kerana saiz bayi, namun bayi yang dilahirkan pramatang akan mengalami masalah sindrom pernafasan keadaan dimana bayi sukar untuk bernafas.  Bayi yang mengalami sindrom ini memerlukan rawatan sehingga paru-paru bayi sudah cukup matang dan lebih kuat.  Ada juga sesetengah kes dimana bayi masih boleh mempunyai masalah sindrom pernafasan walaupun tidak lahir awal.
  3. Gula dalam darah yang rendah (Hypoglycemia) - Ibu yang menghidapi diabetes ketika hamil akan membentuk gula dalam darah yang rendah kepada bayi kerana pengeluaran insulin mereka adalah tinggi. Namun, hypoglycemia yang panjang boleh menyebabkan sawan kepada bayi.
  4. Diabetes tahap 2 pada masa akan datang - ibu yang menghidapi gestational diabetes berisiko untuk obesiti dan diabetes tahap 2 pada masa akan datang.
  5. Diabetes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian dalam kandungan ataupun selepas kelahiran.
Gestational diabetes juga boleh menyebabkan risiko kepada ibu:-
  1. Tekanan darah tinggi dan preeclampsia
  2. Diabetes pada kehamilan akan datang

Rawatan yang diperlukan

Ia adalah penting untuk memantau dan mengawal gula dalam darah anda supaya bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat serta mengelakkan komplikasi ketika hamil dan bersalin.  Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:-

  • Memantau gula dalam darah 4 atau 5 kali sehari
  • Diet yang sihat (makanan yang sihat)
  • Bersenam
  • Mengambil ubat yang disarankan oleh doktor
  • Memantau perkembangan bayi

Diet yang saya amalkan ketika hamil bagi mengelakkan diabetes


Bagi mendapatkan diet yang sihat, saya
  • Bersarapan dengan makanan yang rendah Glisemik Index seperti Esp.
  • Makan pelbagai jenis makanan berkhasiat pada waktu siang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan sebagainya.
  • 5 hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari.
  • Kurangkan lemak terutama lemak tepu.
  • Jangan tinggal waktu makan.
  • Kurangkan makan atau minum minuman manis


Untuk kekal bertenaga ketika hamil, saya mengamalkan Set kehamilan kerana Esp mengandungi indeks glisemik yang rendah membuatkan rasa kenyang yang lama.  B complex yang terdapat didalam set kehamilan membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga manakala Vitalea pula membantu dalam penghasilan insulin.  Diabetes ni sangat berkait rapat dengan gula dalam darah dan insulin.  

Kekurangan magnesium juga adalah salah satu punca diabetes, oleh itu Ostematrix sangat membantu untuk membekalkan magnesium kepada ibu, membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis serta membekalkan kalsium sepenuhnya untuk tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.

Selain itu, Ostematrix juga dapat membantu dalam masalah kekejangan kaki ketika hamil dan sembelit ketika berpantang.

Sekiranya anda mempunyai masalah diabetes ketika hamil dan mahu mengatasinya, hubungi saya di 0132109044 (whatsapp)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment