Monday, 30 December 2019

REVIEW SELANGOR FRUITS VALLEY




Ada masanya kita berada diatas namun ada, masanya kita berada dibawah. Ketika dilanda dugaan terkadang kita memerlukan masa untuk muhasabah diri apa yang terkurang dan yang terlebih tentang diri sendiri. Manusia TIADA YANG SEMPURNA. Untuk menjadi yang lebih baik, semak semula apa yang perlu diperbaiki.

Tidak ada bezanya dengan orang yang bekerjaya, kak H juga menggunakan masa berhujung minggu untuk RECHARGE apa yang perlu. Lima hari sibuk uruskan anak dan bisness, kak H ambil masa hujung minggu Sabtu dan Ahad untuk kaji semula apa yang perlu ditambahbaik dalam urusan bisness kak H

Bagi ahli keluarga pula, hujung minggu adalah peluang kak H untuk menghabiskan masa bersama sama diluar hilangkan stress ataupun penat menguruskan rumah tangga. Bawak family pergi bercuti atau ke tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Macam semalam kak H bawak anak anak ke #selangorfruitsvalley. Best sebab dorang dapat belajar banyak benda tentang jenis jenis herba dan buah buahan.  Kak H pun turut belajar.

Paling penting, gantung kuali.. 😁😁 Siapa kata SURIRUMAH ni goyang kaki tengok hp je.. Penat tau. πŸ˜‰πŸ˜‰Tapi kalau anak anak dah besar sikit dan boleh handle diri masing masing mungkin kak H akan recharge dengan cara 'ME TIME' giteww.. Hihi Korang RECHARGE camner?? Meh lah share sikit..

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment