Friday 4 July 2014

Udang Goreng Berkrim


Alhmdulillah arini dh ari ke6 puasa..esok cukup smnggu kte puasa..Menu berbuka harini tersangatlah istimewa iaitu udang goreng berkrim dan rasanya sangat lazat..huhu msuk bakul angkat sendiri..So, saya nak kongsikan resepi kat sini..


Tada..siap dah..nampak macam sedap kan?? Sorilah perhiasan tak berapa menarik..coz i ni tak pandai kulinari..hehe


Bahan-bahannya..
1kg udang
2 tin susu cair
Sedikit gula
Cili padi ikut suka
1 sudu mentega
100g tepung jagung
10 tangkai daun kari 
2biji telur
50g bijirin jagung

Cara-caranya
1. Panaskan kuali dgn mentega. Gaul udang bersama tepung jagung kemudian goreng udang sehingga garing.Ketepikan
2. Tuangkan 1 tin susu cair kedalam mangkuk dan 2biji telur. Pukul sehingga sebati.
3. Panaskan 1 sudu mentega kemudian masukkan susu tadi perlahan2..Kacau sehingga garing..
4. Setelah garing,masukkan daun kari,cili padi, gula, bijirin jagung daun gaul sebati..Setelah siap,toskan bahan2 yg telah digoreng tadi..Ketepikan
5. Dalam kuali yg lain,panaskan 1 tin susu cair lagi.. Biarkan sehingga ia ingin mendidih.. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan susu tersebut..Setelah pekat, campur kesemua bahan yg telah disediakan tadi. Gaul sehingga rata dan sedia untuk dihidang..


Ni step no 3 biar sehingga susu dan telur tersebut garing..


Setelah telur garing,masukkan daun kari,gula,cili padi,bijirin jagung..

Tapis semua bahan2 yg digoreng td dgn penapis..


Selamat mencuba semua dan selamat berbuka puasa..sebarang komen,dialu2kan disini..
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment