Tuesday, 1 July 2014

Sotong goreng butter cheese


Entry ni dah tertunda bape hari..huhu..resepi dibuat pada hari khamis 19.6.14..atas permintaan suami so try r buat..tapi hubby ckp xjadi..huhu sbb kte xpnh rasa so,xtau r cmner rasanya..(jgn marah)

Resepi sotong goreng butter cheese

(Buat sarang telur dulu)
2 biji kuning telur
1 senduk butter/marjerin
1 cawan minyak masak

Cara-cara membuatnya:-

  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusingkan dengan senduk tu laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa henti. 
  3. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sedikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus je. Terus pusingkan minyak tu laju2 dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.






Setelah masak, tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyak. Langkah seterusnya, kita siapkan pula sotong.

Bahan2
  1. 3 ekor sotong besar (ikut suka nak berapa banyak)
  2. Sedikit garam
  3. Sedikit lada sulah
  4. Minyak untuk menggoreng
  5. 3 ulas bawang putih-dicincang
  6. 6-8 tangkai cili padi- dihiris
  7. 1 tangkai daun kari (kalau nak guna banyak pun boleh)
  8. 1/4 susu cair/susu segar
  9. sedikit butter/margerin untuk menumis
  10. sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
  11. Garam secukup rasa
  12. Sedikit chesee..(saya guna chese yang dh siap racik2 cuma tabur atas pizza tu..huhu)

Cara2 untuk memasak:-

  1. Mula2 goreng dulu sotong yang digaul dengan sdikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti sotong akan mengecut dan tak sdap bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak dari kuali, tak nak guna lagi.
  2. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  3. Kemudian, masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan cheese mengikut kesukaan kemudian masukkan sotong yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. jangan letak terlalu banyak garam sebab butter atau margerin dah ada garam...Tapi sya tak ltak pun..huhu
  4. Akhir sekali, siap untuk dihidang...tadaa...Gambar mungkin tak cantik tapi rasanya sangat sedap..Selamat mencuba!!!





Thank tu kak azie kerana berkongsi resepi.
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment