Monday, 10 November 2014

Set Berpantang Yang Murah dan Terbaik

Dilema Mencari Set Berpantang


Bila bercerita bab berpantang, mungkin ibu-ibu diluar sana mesti tercari-cari jamu atau set berpantang yang terbaik untuk digunakan semasa berpantang.. Memang tak dinafikan terlalu banyak jenama yang berada dipasaran sekarang sampai tak tahu nak pilih mana satu kan??Antara set berpantang yang paling famous ialah "Jamu Mak Dara", "Sendayu Tinggi", "Tanamera" dan sebagainya. Paling mengerikan ialah harganya yang boleh mencecah sehingga RM300++..Tidakkah kita rasa ianya suatu pembaziran??Kita cuma pakai untuk 44 hari je..Memang membazir sangat ok!!


Jom semak apa ada dalam set berpantang shaklee


Kali ni, nak cerita sikit tentang pengalaman saya menggunakan set berpantang shaklee ni untuk anak ketiga..Masa anak pertama, saya gunakan set berpantan Nona Roguy.. itupun mak saya yang belikan..Anak kedua, saya yang cari sendiri so saya decide nak guna set berpantang Mustika Ratu..dan Alhamdulillah setelah mengenali Shaklee, baru-baru ni saya telahpun melahirkan seorang bayi perempuan yang berusia 56hari dan saya hanya makan set berpantang Shaklee..Memang nampak ketara sangat perbezaannya..Nak tahu kenapa?? Set berpantang Shaklee ini bukan saja hanya boleh dimakan selama 44 hari namun dapat diteruskan bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak. Tahan untuk 4-6bulan...Sangat berbaloi kan???


Apa yang ada dengan set berpantang Shaklee??

Set berpantang dan set menyusu 2 dalam 1

Set berpantang ini merangkumi fungsi penyembuhan, pembentukan semula sel darah merah, pemulihan luka dalam rahim serta jahitan, mengelakkan stress dan pemberi tenaga. Ia juga mempunyai semua nutrien yang ibu dalam berpantang perlukan dan seperti saya katakan tadi ianya boleh diteruskan sehingga berbulan-bulan bukan hanya setakat 44 hari. Set berpantang ini mengandungi:-

  • Vitalea - membekalkan keperluan utama vitamin dan mineral terutamanya zat besi untuk membantu ibu yang kehilangan darah terlalu banyak ketika bersalin.
  • Vitamin C - amat penting untuk pemulihan tisu dan imuniti
  • Zinc - membantu untuk menyembuhkan luka dalam rahim serta jahitan dengan cepat disamping dapat mengelakkan jangkitan kuman.
  • B complex - merupakan vitamin anti stress, dapat mengelakkan meroyan, membantu menstabilkan hormon agar dapat memudahkan proses penyusuan.
  • Ostematrix- merupakan komponen utama susu ibu selepas protein serta merupakan sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit dan stress kepada ibu.
  • ESP- merupakan sumber protein semulajadi yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu semasa berpantang. Protein adalah komposisi utama dalam susu ibu dan berfungsi dalam penghasilan susu ibu yang berkualiti.
Kesemua set bersalin shaklee boleh diamalkan ketika berpantang dan ianya selamat sekiranya anak anda ada jaundis..Saya sendiri mengamalkan dan Alhamdulillah jaundis anak saya tidak terlalu tinggi dan dalam masa beberapa hari, darah anak saya kembali normal. Apa yang menjadikan saya teruja ialah saya dapat membuat stok susu yang saya impikan selama ini ketika anak kedua yang tidak kesampaian seperti yang pernah saya ceritakan di My Breastfeeding Journey dan inilah hasilnya yang saya dapat.


Ketahui rahsian mendapatkan stok susu yang banyak ketika berpantang

apa kata kita buat eksperimen ye..

Set berpantang jenama A Rm358÷44ari=Rm8.20 sehari
Set Berpantang Shaklee Rmxxx÷120ari=Rmx sehari..

So mana yg lebih murah?Saya ingat lagi dulu saya selalu buat kira-kira macam ni kalau nak beli sesuatu nak tengok mana lebih murah..huhu..Kebiasaanyan jamu ni doktor tidak benarkan ambil sekiranya bayi disahkan jaundis..Takkan kita yang berpantang ni nak badan lemah je kan??tapi shaklee disahkan selamat dimakan walaupun anak disahkan jaundis..Oleh itu tepuk dada tanya selera!!

Jom tengok testimoni pengguna set berpantang Shaklee

Sihat dan bertenaga dengan set berpantang Shaklee

Luka cepat sembuh dan tak sembelit dengan set berpantang Shaklee

Rahim kecut dan luka jahitan cepat sembuh berpantang dengan Shaklee


Nak dapatkan harga yang sebenar??Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID : 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram/wechat)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.These product are not intended to be diagnose;cure;treat or prevent any disease.**





Baca Selanjutnya

Friday, 7 November 2014

Kenapa susu ibu semakin berkurangan??Ketahui punca dan tips banyakkan susu ibu supaya ibu tidak stress di tempat kerja


Dilema seorang ibu mencari cara banyakkan susu badan supaya anaknya tidak diberikan susu formula


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Kalau sebelum ni saya pernah ceritakan pengalaman saya menyusukan anak saya yang kedua, so kali ni saya akan kongsikan pula tips banyakkan susu ibu supaya susu tidak semakin kurang. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mungkin agak risau kan bila dah mula kerja, susu ibu akan berkurangan. Jangan risau, selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda juga perlu berterusan mengamalkan tip berikut tanpa culas.




Pernah suatu ketika dahulu, saya hampir-hampir memberikan susu formula kepada anak saya keran stok susu yang ada semakin berkurangan. Tetapi apabila disemak semula, terdapat beberapa perkara yang saya lakukan dan boleh menyebabkan susu semakin berkurangan. Antaranya, mengepam ketika payudara penuh, pam tidak konsisten dan tidak minum air yang secukupnya. Nak tahu lebih lanjut, sedikit kupasan dari saya tentang tips banyakkan susu ibu.



  • Pam atau susukan bayi setiap dua ke tiga jam



Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan (demand & supply). Oleh sebab itu, apabila permintaan tinggi, lebih banyak susu yang mampu dihasilkan. Wah, teringat pulak silibus economy masa belajar dulu..(sori lari topik pulak)..Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila terlalu kerap payudara dikosongkan. Ia sama sekali tidak benar!!Sebetulnya, lebih kerap payudara itu dikosongkan melalui penyusuan secara langsung ataupun mengepam, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

  • Usah tunggu sehingga penuh

Bagi ibu yang bekerja buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah itu adalah salah!!Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap dan dengan demikian otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

  • Tandem pumping

Tandem merupakan salah satu cara dimana sebelah payudara dipam sambil menyusukan anak pada payudara sebelah lagi. Langkah ini sedikit sebanyak dapat memaksimakan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan. Saya sendiri pernah melakukan cara ini ketika waktu berpantang untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. 

Tandem pumping merupakan salah satu cara banyakkan susu ibu


  • Penyusuan malam

Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula, ketika ini diri anda berada didalam keadaan yang tenang. Jadi, ia sedikit sebanyak membantu melancarkan proses penghasilan susu. 

  • Minum air yang mencukupi

Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja malah anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa-apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting kerana salah satu elemen dalam penghasilan susu ibu ialah cecair.

Selain itu, ketahui cara TEKNIK PERAHAN SUSU IBU YANG TERBAIK


Nak dapatkan Milkbooster Shaklee??

Set Menyusu ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin:

  • Tambah susu
  • Rasa bertenaga sepanjang
  • Mengurangkan rasa lapar
  • Memekatkan susu supaya anak lebih kenyang
  • Kulit gebu dan menawan.

ENERGIZING SOY PROTEIN

  • Berfungsi untuk menambah kekurangan didalam diet seharian. Perlu diingat bahawa komponen utama susu ibu ialah protein. Maka, sedikit sebanyak ESP dapat membantu membanyakkan susu serta membantu mengekalkan tenaga, melambatkan rasa lapar dan mencantikkan kulit. Ia juga dapat menegangkan payudara anda.

ALFALFA

  • Alfalfa berfungsi sebagai Milkbooster. Ia juga merupakan supplement kewanitaan yang hebat kerana dapat membantu merawat masalah keputihan dan mengetatkan rahim.
Ini adalah testimoni set Menyusu Shaklee



Nak dapatkan set Menyusu??Hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms?whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**








Baca Selanjutnya

Wednesday, 5 November 2014

Cara tambah susu badan dengan teknik POWER PUMPING


Untuk menyusukan anak sehingga 2tahun atau lebih bukanlah perkara yang mudah..Saya sendiri mengalaminya dan ada saya kongsikan cerita bagaimana saya melalui fasa menyusukan anak saya di "My Breastfeeding Journey". Bagi ibu-ibu yang bekerja, persediaan sebelum memulakan kerja adalah amat-amat penting bagi ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Antara perkara yang utama perlu ada ialah pam menyusu. Mencari Pam Susu yang sesuai untuk ibu-ibu adalah amat penting selain faktor kemampuan.

Ketahui Teknik power pumping dengan pam manual


Kenapa perlu melakukan Power Pumping??

Mungkin ini adalah perkara baru bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan tidak ada langsung ilmu tentang penyusuan. Kebiasaanya berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama. Untuk pengetahuan semua, adakalanya ibu akan mengalami situasi di mana pengeluaran susu menurun akibat masalah tertentu. Tetapi tidak perlu bimbang kerana ada cara untuk untuk anda usahakan bagi merangsang pengeluaran seperti biasa. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh anda aplikasikan dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu ketika sedang bergelut didalam episod susu ibu mula berkurangan. Salah satu kaedahnya ialah power pumping. 
Teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan setiap hari. Namun, ia dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding biasa. Idea asal kaedah ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Bila waktu yang sesuai melakukan Power Pumping??

Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan teknik power pumping sekerap yang boleh. Sekali dalam sehari sudah memadai. Jika mempunyai banyak masa terluang anda boleh melakukannya lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam. Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah pada waktu tengah malam kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu itu. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang atau malam, apa yang penting anda selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan yang tenang. 

Bagaimana teknik power pumping dilakukan??

  • Pam tunggal (Manual)

Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit. Kemudian beralih kepada payudara kiri pula dalam tempoh yang sama iaitu 10minit. Tukar semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri selama 10minit. Lakukan secara berterusan selama 1jam.

  • Pam Berganda (Double)
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit. Kemudian rehat selama 10minit dan sambung semula mengepam untuk 10minit lagi. Setelah itu rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh untuk 1jam.

Ketahui teknik power pumping dengan pam berganda


Berapa lama perlu melakukan teknik power pumping??

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu) sehingga dapat hasil yang diinginkan. Dalam pada itu, perlu anda ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperolehi berkemungkinan hanya setitik dua tetapi jangan panik!!Anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya, kesan daripada amalan power pumping akan mula kelihatan dalam tempoh satu hingga ke dua minggu. Tidak dinafikan ramai yang tidak dapat bertahan untuk menerskan kaedah ini. Pada pendapat mereka sesuatu yang leceh dan memakan masa yang lama. Bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Percayalah usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya. Apa yang pasti, anda akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu para ibu merangsang semula penghasilan susu ibu.

Untuk menyusukan dan membesarkan anak itu bukanlah suatu perkara yang mudah..Bagi mencapai kejayaan perlu ada pengorbanan..(wah macam pakar motivasi pulak..huhu) dan setiap pengorbanan itu akan dibayar dengan kemanisan..Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi 1001 manfaat kepada ibu-ibu semua..

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID:926826
Facebook:Damia Zahiruddin Eiskandar
Contact:0132109044
Email:nurhijratul hajar@yahoo.com
Baca Selanjutnya

Tuesday, 4 November 2014

Menu untuk ibu menyusu part 1- Cendawan Campur Tumis, Urap Bayam dan Kacang Panjang


Pada umumnya, ibu yang menyusukan anak perlu makan 6 kali sehari sesuai dengan kekerapan menyusukan bayi. Selain cukup makan, ibu disarankan agar banyak minum minuman berkhasiat yang boleh memberi kesan banyaknya susu badan. Ibu yang menyusukan anak perlu banyak mengambil sayur dengan banyak kuah seperti sayur berkuah, daun lembayung, kekacang, jus buah, susu penuh krim atau susu skim, susu soya dan masakan kunyit.

Makanan yang diperlukan oleh ibu menyusukan anak perlu mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Memandangkan selain untuk keperluan nutrisi tubuh, ibu menyusukan anak juga perlu menghasilkan susu badan. Terdapat pelbagai menu sihat yang bakal saya kongsikan yang boleh memperbanyakkan susu badan. Salah satunya adalah daun cekur manis yang mengandungi laktagog untuk melancarkan proses pengeluaran susu badan. Selain daun cekur manis, masih banyak menu lain yang boleh diambil oleh ibu menyusukan anak. Diantaranya adalah bayam, daun turi atau geti atau daun bangun-bangun(jintan). Bagi ibu-ibu yang tidak mampu membeli milkbooster atau supplement tambahan, bolehlah mencuba menu ringkas ini..Tapi pastikan kalsium dalam badan ibu-ibu adalah mencukupi untuk mengelakkan risiko osteoporosis ye..

Cendawan Campur Tumis dan Urap Bayam Kacang Panjang

Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang tidak bekerja menjadi surirumah sepenuh masa bolehlah mencuba resepi ini untuk menjimatkan kos. Menurut kajian, cendawan tiram dikatakan mempunyai nilai nutrisi yang bagus iaitu mengandungi protein yang tinggi dan kaya dengan mineral, rendah karbohidrat, lemak dan kalori, bagus untuk hati, pesakit diabetis dan menurunkan berat badan, mempunyai serat tinggi untuk membantu pencernaan, antivirus dan pencegah kanser, mudah memasaknya dan mudah dicerna dan cendawan tiram adalah cendawan yang paling enak rasanya berbanding cendawan lain. Selain itu, cendawan tiram juga mengandungi asid folik yang cukup tinggi. Asid folik dipercayai boleh menyembuhkan anemia.

Cendawan Campur Tumis 

Menu Cendawan Campur Tumis

Bahan-bahan

  1. 200g daging ikan tenggiri, dihiris nipis
  2. 2 sudu makan minyak masak
  3. 150g kailan mini (baby kailan) belah dua memanjang
  4. 4biji cendawan shitake/hioko segar, dihiris nipis
  5. 50g lada benggala merah, dihiris seperti batang mancis.
Rencap Perap
  1. 1 sudu teh halia parut
  2. 1 sudu teh bawang putih cincang
  3. 2 sudu makan kicap manis
  4. 1 sudu teh minyak bijan
  5. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  6. 2 sudu makan stok rebusan
Cara-caranya

  1. Kacau rencah perap sehingga sebati.
  2. Masukkan ikan tenggiri kedalam rencah perap dan perap selama 5minit. 
  3. Panaskan minyak, tumis ikan tenggi beserta rencah perap sehingga berubah warna
  4. Masukkan kailan mini, cendawan shitake, dan lada benggala merah. Kacau sehingga sayuran masak. Angkat dan hidangkan.


Urap Bayam dan Kacang Panjang

Bahan-Bahan

  1. 50g kacang panjang
  2. 50g bayam
Bahan Sambal Urap

  1. 3 sudu makan kelapa separuh tua. Parut
  2. 1 ulas bawang putih, dikisar
  3. 1 ulas bawang merah, dikisar
  4. 1/2 sudu teh gula melaka
  5. 1 tangkai cili kering, dikisar
  6. 1 biji cili padi, dikisar
  7. Lengkuas secukupnya, diketuk
  8. Cekur secukupnya, dikisar
  9. Belacan secukupnya, dikisar
  10. Garam
Cara Membuatnya

  1. Campur kelapa dengan semua rencah kacau sehingga sebati.
  2. Kukus sehingga masak, Angkat dan toskan
  3. Hidangkan dengan kacang panjang dan bayam yang telah dikukus.
Bayam merupakan  sayuran yang dikenali kaya dengan serat, beta karotena, vitamin dan berbagai mineral termasuk zat besi dan juga mempunyai protein yang tinggi pada daun mahupun bijinya. Namun harus diingat, bayam tidak boleh dimakan melebihi 5jam. Manakala, kacang panjang pula mengandungi beta karotena, klorofil, vitamin B1 dan B2, serat dan pektin. 


Oklah, setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini dan kembali lagi pada entri akan datang bersama menu-menu yang lain pula..

SELAMAT MENCUBA!!

Your Shaklee Independent Distributor
ID: 926826
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact: 013-2109044 (sms/whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Monday, 3 November 2014

Teknik Perahan susu ibu yang terbaik




Sebelum ni, ada saya kongsikan panduan memilih pam susu bagi ibu-ibu yang bakal memulakan kerja setelah cuti bersalin dan berpantang. Kali ni, saya nak kongsi pulak teknik perahan yang terbaik. Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak pertama mungkin agak kekok menggunakan pam untuk pertama kali tetapi penggunaan yang berterusan dan betul akan memudahkan lagi proses tersebut. Ketahui beberapa tips untuk anda mendapatkan teknik terbaik ketika mengepam susu.

  • Keselesaan

Pastikan tangan dicuci bersih sebelum mengepam dan anda juga perlu dalam keadaan yang selesa dan sedia. Lakukan urutan atau tuam payudara terlebih dahulu untuk melancarkan aliran. Posisi juga turut memainkan peranan..pastikan anda dalam keadaan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada. Pegang dengan baik supaya ia betul-betul melekap pada payudara. Jika susu meleleh, itu bermakna posisi anda tidak betul. Gunakan bekas penyimpanan yang dikhaskan dan labelkan susu terlebih dahulu sebelum disimpan.

  • Mula Mengepam

Mula mengepam selepas 2 minggu melahirkan bayi kerana pada waktu itu pengeluaran susu agak banyak berbanding pada awal kelahiran. Pastikan anda mengepam antara 8 hingga 12 kali sehari atau 2 3 jam sekali untuk mengosongkan payudara..Ini adalah termasuk sekiranya anak direct feed. Pam selama 15minit atau lebih jika masih ada susu dan akhiri dengan marmet iaitu mengepam menggunakan tangan. Kaedah marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama-sama) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu



Ketahui 5 teknik perahan susu yang terbaik



  • Krim Puting

Sakit pada puting ketika menyusu adalah perkara biasa bagi para ibu. Ia disebabkan luka dan rekahan terutamanya pada awal kelahiran. Untuk mengurangkan rasa tersebut, anda boleh menggunakan krim puting yang sesuai. Sapukan ia selepas mengepam. Selain menggunakan krim, anda juga boleh menyapukan susu yang keluar secara berselang (air susu sebelah kiri disapu pada puting sebelah kanan dan sebaliknya) kemudian biarkan sehingga kering..Lakukan beberapa kali..Insyaallah sakit itu akan hilang.

  • Bersihkan Alat Mengepam

Sebelum menggunakan pam untuk pertama kali, sebaiknya steril dahulu pam tersebut untuk mengelakkan sebarang kuman yang melekat pada pam tersebut. Tidak perlulah disteril setiap kali selepas mengepam, memadai dengan membasuh sahaja corong dengan pencuci yang sesuai.

  • Kerap Mengepam

Untuk mengekalkan penghasilan susu yang banyak, pastikan anda kerap menyusukan bayi terus dari badan dan juga mengepam ketika bayi tiada di sisi. Payudara perlu dirangsang sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari untuk memastikan susu yang terhasil tidak berkurangan.

Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang terlampau sibuk dengan kerja sehingga tidak dapat menyediakan nutrisi yang secukupnya untuk badan dan bayi yang disusukan..Memang tak dinafikan susu ibu adalah yang terbaik tapi mampukah kita membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk anak kita melalui pemakanan seharian kita..Jangan nanti, terlalu nak bagi anak susu sampai kita pulak yang terkesan...Sebelum tulang-tulang atau gigi kita yang rapuh, ini adalah cadangan supplement yang terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Ketahui rahsia susu ibu melimpah ruah dengan set 3m
Set 3M bagi ibu-ibu yang ada masalah penyusuan dan ingin memperkayakan susu dengan zat dan nutriean terutama ibu-ibu yang bekerjaya.

<<KANDUNGAN DAN KEBAIKAN SET 3M>>

  1. Vitalea - Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan disamping membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil
  2. Bcomplex - Membantu mengatasi masalah kelesuan, stress, mencegah kemurungan dan menukarkan gula kepada tenaga.
  3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, membina kolagen dalam sel-sel badan dan diperlukan dalam proses penyembuhan luka serta kudis. 
  4. ESP - Komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, pembinaan hormon, enzim dan antibodi selain dapat membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Energizing Soy Protein (ESP) juga dapat memekatkan susu ibu dan sekaligus memberi rasa kenyang kepada bayi dan ibu sendiri. Amat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu seperti saya (hehe) kerana ia rasa soya.
  5. Ostematrix - Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf didalam tubuh. Risiko Osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih, lesu serta muka menampakkan garisan tua amat tinggi bagi ibu-ibu yang kekurangan kalsium.
  6. Alfalfa - Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang mencukupi, digunakan sebagai penggalak susu ibu, mengandungi trace minerals yang lebih banyak berbanding tumbuhan lain.
Manakala untuk menghilangkan luka pada puting, boleh gunakan Vitamin E untuk memulihkan puting yang luka. Saya sendiri pernah menggunakan Vitamin E ini untuk menyembuhkan luka pada puting dan Alhamdulillah ianya berhasil.


Boleh menyembuhkan luka pada puting payudara


ANTARA TESTIMONI PENGGUNA SET 3M


Susu bertambah selepas mengambil set 3M

Rezeki Susu anak yang melimpah ruah

12oz hasil pam susu di office

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram/wechat) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**






Baca Selanjutnya