Sunday 8 December 2019

Tak berkira dengan anak, rezeki melimpah ruah


Anak anak adalah rezeki

Pernah tak dengar pepatah ni?? "Anak anak adalah rezeki". Kita sering dengar pepatah ni,tapi kak H rasa tak semua orang mempercayainya. Tapi percaya tak setiap anak tu apabila dilahirkan didunia ni Allah dah tetapkan rezeki masing masing cuma kita sebagai ibubapa perlu berusaha untuk mendapatkannya.



Kita menumpang rezeki Anak

Setiap kali bertambah anak, kita sedikit sebanyak akan risau memikirkan kos sara hidup yang semakin bertambah. Tapi kekadang kita lupa, rezeki tu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja malah kebijaksanaan kita dalam menguruskan kewangan juga adalah suatu bentuk rezeki.

Walaupun mungkin gaya hidup kita tidak seperti orang lain, tapi Alhamdulillah ianya sentiasa CUKUP. Sahabat kak H pernah berpesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak anak sebab anak anak ni dia hati dia bersih. Disamping kita berdoa, minta juga anak anak untuk mendoakan bersama. Mudah mudahan Allah lapangkan rezeki kita asbab anak anak.

Sejak daripada tu, kak H memang pegang betul betul nasihat sahabat kak H tersebut. Katanya, "kita menumpang rezeki anak anak, bukan anak anak menumpang rezeki kita." Pengalaman kak H sendiri, bukanlah dari keluarga yang senang. Nak pergi melancong dalam negeri pun susah nak dapat, tapi bila anak mula cakap "Ibu, abang nak naik kapal terbang. 

"Dalam hati, alahai anak kesiannya teringin nak naik kapal terbang. Kak H sendiri pun tak pernah. Mungkin sebab selalu tengok ayah ke sana sini naik kapal terbang. Dia pun mula nak meneroka dunia kapal terbang tu macam mana.

Itulah salah satu sumber pembakar semangat dan jadi satu azam buat kak H untuk tunaikan permintaan anak anak. Melihat keseronokan dimata mereka sudah cukup membahagiakan hati nurani kak H.

Kesimpulannya jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki Allah itu sudah jamin untuk setiap anak. Tinggal kita sahaja sebagai ibu bapa berusaha untuk mendapatkannya. Kalau ada yang anak inginkan, cubalah sedaya upaya untuk ditunaikan.

Jika apa yang diminta luar kemampuan kita, cuba untuk membuat pertukaran dengan persetujuan anak. Inshaa Allah ianya akan berhasil. Melihat anak itu tersenyum gembira mendapatkan apa yang diinginkan, sudah cukup membuat kita juga gembira. 

In shaa Allah banyak lagi permintaan yang perlu kak H tunaikan. Korang doakan sama sama ye.. Aamiinn. 💪💪


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment