Sunday, 15 December 2019

Berangan tak Salah.. Mungkin Ianya boleh jadi kenyataan

Bila bercerita bab Impian boleh dikatakan setiap orang pasti ada Impian masing masing. Tapi sebenarnya itu Impian atau Angan angan? Orang kata, jangan berangan seperti Mat Jenin sebab hasilnya takkan ada sebab kita Hanya membayangkan tanpa sebarang tindakan.



Tapi daripada apa yang kak H belajar, sebenarnya ' BERANGAN' ini sangat bagus untuk MINDA SEPARA SEDAR kita. Untuk mencapai sesuatu kejayaan CONTOHnya, kita perlu membayangkan(BERANGAN) seolah2 kita sudah pun mendapatkannya. Yang penring disertakan dengan TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. 

Berbalik pada bab BERANGAN, pernah dulu masa kak H muda remaja ikut mama dengan ayah show dekat rumah orang kawin, kak H terpesona tengok rumah tuan rumah. Sangat cantik. Rumah dato barangkali. Rumah dia rumah kampung semua kayu tanpa batu bata. Cuma kayu yang jenis mahal tu kot. Kak H pun tak berapa arif.

Sejak dari haritu kak H mula jatuh hati. Terdetik dalam hati, Ya Allah, kalau aku ada duit nak beli rumah atau buat rumah, aku nak sangat rumah macam ni. Rasa tenang je suasana kampung. Kalau boleh kak H nak rumah 3 tingkat. Tingkat yang atas sekali tu untuk small office kak H, gym dan lebih kepada ruang peribadi.

Yang bawah sekali kak H akan buat bilik untuk mak ayah dan mertua kak H ataupun bilik tetamu. Malkumlah dah berumur ni kesian pulak nak naik turun kan. Tingkat tengah pulak bilik untuk kami anak beranak sekeluarga. Sekeliling rumah kak H mesti ada swimming pool sebab anak anak kak H suka mandi. Bila menaip ni pun terbayang rumah idaman. In shaa Allah satu hari nanti.. Tengah berusaha untuk dapatkan rumah idaman.. Korang yang baca ni tolong doakan untuk kak H ye.. Aamiinn..

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment