Thursday 16 February 2017

Kenapa agama menuntut supaya berjaya dalam hidup. Kenapa pula perlu berjaya dalam Shaklee??


Penting ke Progresif dan Proaktif

Progresif dan Proaktif adalah 2 perkara yang penting untuk berjaya. Semua agama menuntut supaya setiap umatnya perlu berjaya dalam hidup.. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Tapi apa benda Progresif dan Proaktif tu?

Progresif adalah sikap seseorang dimana sentiasa memperbaiki kesilapan yang lalu untuk mencapai kemajuan ataupun ingin maju kehadapan. Sebagai manusia, kita tidak akan pernah lari daripada melakukan sebarang kesalahan. Namun, kesilapan yang dilakukan itu perlu dijadikan pengajaran dan muhasabah diri untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Jika ingin berjaya, sikap progresif amat penting kerana jika kita gagal jadikan kegagalan itu sebagai pemangkin kepada kejayaan yang seterusnya.

Proaktif pula adalah sikap seseorang yang mampu membuat pilihan apabila sesuatu masalah datang. Seseorang yang proaktif mampu untuk memberi respon yang terbaik bagi dirinya. Sikap proaktif sangat berguna pada manusia kerana apabila menghadapi rintangan mahupun dalam berinteraksi dengan orang lain. Proaktif menunjukkan tahap kecerdasan emosi dan IQ yang tinggi. Ini kerana, orang yang bersikap proaktif mampu menghadapi dugaan dan rintangan. Mereka sentiasa bermotivasi diri, berfikiran positif, dan bersesuaian dengan situasi. Sikap proaktif ini menunjukkan pengendalian emosi secara baik.

Ha, nampak tak? Bermakna sikap proaktif dan progresif memang sangat penting dalam mendidik seseorang itu berjaya dalam hidup. Seseorang yang berjaya sentiasa berfikiran positif.

Kenapa perlu berjaya dalam hidup?

Terdapat banyak sebab kenapa kita perlu berjaya dalam hidup. Antaranya ialah:-
  • BEBAS MEMILIH
Orang yang berjaya, bebas untuk memilih dan bukannya TERPAKSA memilih. Sebagai contoh, jika kita berjaya kita bebas untuk memilih untuk masuk ke universiti mana yang kita suka, bebas memilih penaja biasiswa dan bebas memilih kursus yang diminati.

Tepuk dada tanya hati, kita sekarang ni di peringkat mana?
  1. Dipilih atau bebas memilih?
  2. Terpaksa memilih?
Itu adalah contoh pada seorang pelajar lepasan SPM yang baru sahaja memiliki keputusan SPM tetapi bagaimana pula pada aspek kehidupan? Bebas memilih juga membawa makna yang cukup besar. Orang berjaya bebas memilih status hidup, kedudukan kewangan diri dan pelbagai lagi. Orang berjaya bebas untuk memilih yang terbaik dalam semua perkara.

Baik dari segi pakaian, kenderaan, rumah, makanan, dan perubatan yang terbaik manakala orang yang tidak berjaya TERPAKSA menerima dan redha sahaja. Bukankah itu sesuatu yang sangat mengujakan? Selama hari ini kita hanya mampu melihat kejayaan orang lain. Apa kata kita ubah kehidupan kita supaya lebih berjaya.

Kenapa pula perlu berjaya dalam Shaklee?

Keadaan ekonomi sekarang yang merudum sedikit sebanyak menjerut leher setiap pasangan lebih lebih lagi yang mempunyai ramai anak. Apatah lagi apabila si suami seorang sahaja yang keluar mencari nafkah. Pernah tak terfikir, macam manalah nak hidup? Seiring dengan seruan PM yang menuntut setiap rakyat supaya menjana pendapatan sampingan, kali ni kak H akan share sedikit info tentang bisness Shaklee.

Bagi yang tidak pernah dengar atau tahu tentang Shaklee, Shaklee adalah sebuah syarikat yang menghasilkan supplemen semulajadi untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dunia. Shaklee adalah berkonsep MLM tetapi bukanlah seperti MLM lain yang perlu mengeluarkan modal berpuluh-puluh ribu untuk menjual barang kepada pelanggan. Hanya berbekalkan RM80 sahaja, anda sudah layak untuk menjadi ahli Shaklee.

Kenapa perlu pilih Shaklee untuk berbisness? Kerana Shaklee bukanlah produk bermusim. Saya percaya, masyarakat hari ini sudah mula beralih kepada pengambilan supplemen untuk menaiktaraf kesihatan mereka bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya namun pemilihan brand supplemen juga sangat penting. Nak pilih supplemen biarlah yang ada LANDMARK STUDY. Dan yang paling penting, kenapa kak H memilih Shaklee untuk berjaya kerana Shaklee menawarkan kehidupan yang sangat luarbiasa setimpal dengan usaha kita.

Jadi, dimana kedudukan kita sekarang? Bebas memilih atau tiada pilihan? Mahu atau tidak, kita perlu berjaya kerana dunia semakin pesat dan zaman makin mencabar. Kalau korang rasa "Eleh, family aku dah kaya sekarang ni.. Nak buat apa lagi? Makan jelah hasil dorang." Tapi jangan lupa, ibu bapa kita juga akan tua, dan pergi selamanya. Mampukah kita menempuh dunia masa depan dengan sendiri? Jika kita tiada pilihan, bagaimana dengan nasib anak-anak nanti?

Oleh sebab itu, kak H nak ajak sangat korang join Shaklee ni. Terlalu banyak sangat benefit yang kak H nak korang pun rasa macam yang kak H rasa. Jangan pernah takut untuk mencuba sebab Shaklee bukan bisness calang-calang ye.. Boleh hubungi kak H untuk tahu lebih lanjut tentang bisness Shaklee (013-2109044) Pn. Hajar.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment