Monday, 10 October 2016

Pentingnya Omega 3 pada pesakit asma


Asma hilang dengan Omega 3

Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak perlu untuk kesihatan tubuh badan manusia tetapi ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan. Ia perlu diambil di melalui makanan. Kebiasaanya, asid lemak omega 3 terdapat dalam ikan salmon, tuna, sesetengah makanan laut, tumbuhan dan kekacang.



Asid lemak Omega 3 atau juga dikenali sebagai asid lemak poli tidak tepu memainkan peranan penting dalam fungsi otak, serta pertumbuhan dan perkembangan otak yang normal. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 dapat mengurangkan keradangan dan membantu mengurangkan riaiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser,  dan arthritis.

Didalam diet seharian, asid lemak omega 6 juga amat diperlukan selain omega 3 tetapi nisbah kedua-duanya haruslah betul.  Ini kerana asid lemak omega 3 membantu mengurangkan masalah keradangan manakala asid lemak omega 6 pula kebanyakannya cenderung menggalakkan masalah keradangan.

Jika sebelum ini saya ada kongsikan Tips menyembuhkan penyakit asthma, tapi kali ini saya akan kongsikan bagaimana Omega 3 membantu mengurangkan serangan asma.

Bagaimana Omega 3 dapat membantu mengurangkan asma?

Satu kajian epidermologi besar di Greenland menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega 3 berkait rapat dengan asma.  Sebagai contoh,  konsep asas kajian ini disokong oleh dapatan bahawa kandungan DHA berbanding asid arakidonik didalam tisu hidung pesakit asma adalah lebih rendah dari manusia yang sihat.  Ia memunjukkan bahawa DHA berperanan sebagai pelindung bagi pesakit yang mempunyai alahan.

Manakala beberapa laporan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega 3 dikalangan ibu hamil dan menyusu dapat mengurangkan pesakit asma.

Satu tinjauan epidermiologi rakyat Amerika muda mendedahkan bahawa pengambilan tinggi asid lemak omega 3, terutamanya DHA berbanding EPA dapat menghalang seseorang dari diserang asma.

Rata-rata kajian yang telah dijalankan menujukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi omega 3 sangat membantu meningkatkan fungsi paru-paru sekaligus mengurangkan masalah asma, mengurangkan kepekaan alahan,  batuk dan bronkitis.

Oleh itu, pengambilan omega 3 ni perlu diberi perhatian oleh ibu ketika hamil lagi bagi mengurangkan risiko bayi menghidap asma apabila dilahirkan dan ianya perlu diteruskan pengambilan sewaktu penyusuan.

Jom tengok testimoni pesakit asma yang mengamalkan Omega 3.













minyak ikan

omega guard





Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment