Wednesday, 12 October 2016

Tidur yang mencukupi untuk tidak terkena tekanan darah tinggi


Betul ke tidur tak cukup boleh dapat darah tinggi? 

Eh, betul ke kalau tak cukup tidur boleh kena darah tinggi? Tidur dahlah berapa jam je.. Alahai risaunya.

Tekanan darah tinggi adalah sejenis penyakit yang tidak asing lagi bagi masyarakat malaysia. Rata-rata masyarakat malaysia adalah pesakit darah tinggi kerana diet pemakanan yang tidak sihat. Oleh sebab itu, saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi kebiasaanya dapat dikesan denagan dua cara iaitu tekanan sistolik (nombor yang lebih tinggi)  adalah satu paksaan kepada jantung untuk mengepam darah keseluruh badan.

Manakala tekanan diastolik (nombor yang lebih rendah) pula adalah rintangan kepada aliran darah di dalam saluran darah. Kedua-duanya diukur dalam milimeter merkuri (mmHg).

Secara amnya tekanan darah tinggi dikesan jika 140/90mmHg atau lebih tinggi manakala tekanan darah tinggi yang ideal dibaca antara 90/60mmHg dan 120/80mmHg. Bagi tekanan darah rendah pula dapat dikesan jika bacaan 90/60mmHg atau lebih rendah.

Bacaan tekanan darah ideal tetapi 120/80 mmHg dan 140/90 mmHg boleh mengundang kepada risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi jika tidak mengambil langkah untuk mengekalkan tekanan darah berada di bawah kawalan.

Risiko tekanan darah tinggi

Jika tekanan darah terlalu tinggi, ia akan meletakkan tekanan tambahan pada saluran darah, jantung dan lain-lain organ seperti otak, buah pinggang dan mata.

Tekanan darah tinggi yang berterusan boleh meningkatkan risiko beberapa keadaan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa seperti; -

Sakit jantung
Serangan jantung
Kegagalan fungsi jantung
Penyakit arteri periferal
Aneurisme aorta
Penyakit buah pinggang
Demensia vaskular

Jika disahkan menpunyai tekanan darah tinggi, ikhtiar untuk kurangkan tekanan darah tinggi tersebut sangat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit diatas.

Periksa tekanan darah anda hari ini

Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai tekanan darah tinggi adalah menjalani ujian darah tinggi. Bagi dewasa yang berumur 40 tahun ke atas dinasihatkan sekuramg-kurangnya setiap lima tahun. Pemeriksaan ini adalah mudah dan dapat menyelamatkan nyawa.

Punca tekanan darah tinggi

Antara punca-punca yang diberi adalah tidak berapa jelas fetapi ianya boleh meningkatkan risiko jika seseorang itu:-

65 tahum ke atas
Berat badan berlebihan atau obesiti
Mempunyai ahli keluarga yg menghidap darah tinggi
Terlalu banyak makan garam dan tidak mengambil buah-buahan atau sayuran.
Tidak bersenam secukupnya.
mengamalkan alkohol dan kafein.
Merokok
Tidur yang tidak mencukupi.

Perubahan pada gaya hidup yang sihat dapat membantu mengurangkan peluang yang ada untuk mendapat tekanan darah tinggi dan membantu menurunkan tekanan darah jika ia sudah tinggi.

Cara-cara mengurangkan tekanan darah tinggi

Dengan mengamalkn gaya hidup yang sihat dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi. Antaranya ialah; -

Kurangkan jumlah garam dalam makanan
Amalkan diet sihat secara umumnya.
Kurangkan minum alkohol
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Bersenam setiap hari
Kurangkan pengambilan kafein
Berhenti merokok
Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6jam

Kebiasannya bagi merawat tekanan darah tinggi ini, doktor akan bagi pelbagai jenis ubat mengikut keperluan pesakit.  Tapi biasalah kan, warga emas ni kalau boleh tak nak telan pil banyak-banyak.. Oleh sebab itu, jalan yang terbaik adalah hadiahkan sebotol Vivix kepada mereka.

Tapi kenapa Vivix? Apa yang bestsangat Vivix ni?







Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment