Wednesday, 25 February 2015

5 Petua Merawat Puting luka bagi ibu yang trauma akibat sering digigit bayi


Trauma si ibu ketika menyusu kerana puting sering digigit bayi


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Penyusuan merupakan satu pengalaman yang sangat berharga jika dapat dijalani dengan selesa namun saya percaya tidak semua ibu bernasib baik dan ianya tidak seindah bagai dikata. Dalam penyusuan susu ibu itu terdapat pelbagai dugaan tersendiri antaranya ialah puting ibu luka atau merekah akibat digigit bayi dan perkara yang sama dialami oleh saya. Sakitnya bukan kepalang dan ada sesetengah kes puting ibu luka sehingga menanah dan apabila ianya terjadi ini akan menyebabkan ibu berasa trauma untuk memberikan susu kepada bayi secara "direct". Disini saya akan kongsikan beberapa petua yang mungkin dapat membantu ibu-ibu diluar sana melegakan sakit puting terluka apabila menyusukan bayi.




Dilema untuk puting luka sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang menyusukan. Kebanyakkannya terjadi ketika selepas melahirkan anak. Ini kerana proses pengeluaran susu yang mungkin mengambil masa beberapa hari untuk keluar akan menyebabkan puting ibu luka sedikit. Namun, kebiasaanya, jururawat yang datang melawat ke rumah akan mencadangkan untuk menyapu semula susu ibu tersebut ke bahagian yang berbeza (susu sebelah kiri disapu ke puting sebelah kanan dan sebaliknya) sambil berselawat. InsyaAllah ianya berkesan dan Alhamdulillah ianya berkesan kepada saya ketika didalam pantang. Tetapi, apabila anak sudah semakin membesar dan sudah mula pandai menggigit cara tersebut tidak lagi berkesan untuk saya.


Lantas, kerana sakit yang tidak tertahan saya cuba pelbagai petua yang lain antaranya ialah:-

  • Sapu minyak gamat pada nipple
  • Letak madu di keliling nipple
  • Sapu minyak petroleum jelly
  • Gunakan nipple shield sebagai pelindung nipple
  • Beli nipple cream untuk puting luka.
Namun, semua petua tersebut tidak menjadi kepada saya. Akhir sekali saya membeli krim untuk puting luka. Terdapat pelbagai jenis dan jenama krim untuk merawat puting luka ini. Antara yang paling famous adalah Medela purelan tetapi bukan semua ibu sesuai menggunakannya. Mungkin bagi ibu yang mengalami puting merekah dan melecet yang agak teruk seperti saya tidak sesuai menggunakan Medela Purelan. Setelah puas menggoogle akhirnya saya terjumpa dengan Medela Lanolin Tendercare. Akhirnya saya beli juga dengan kak Ajasu Mybreastpump shop tapi disebabkan nak urgent, saya ambil sendiri di rumah kak aja.

Medela Lanolin Tendercare didatangkan dengan 2 bentuk iaitu 6g dan 20g. Saya buat keputusan untuk ambil yang tiub kecil dulu iaitu 6g bagi permulaan. Tetapi sebelum membeli Medela Lanolin Tendercare, saya sudah terlebih dahulu memberli Cocoa Butter (Nursing Butter) namun tidak berkesan kerana hasilnya masih sama. Setelah menggunakan Medela Lanolin selama seminggu, Alhamdulillah nipple saya semakin pulih tetapi ada satu hari nipple saya luka semula disebabkan kandungan Medela Lanolin yang mempunyai beta-glukan ala ala gam gitu, ianya melekat pada bra saya bersama nipple. Ya allah, lagi satu hal nak tarik nipple dari melekat pada bra dan akhirnya saya menggunakan air untuk meleraikannya. Akhirnya perkara yang sama terjadi lagi. My nipple cracked again!!! Sejak itu saya mula serik untuk menggunakannya.

Setelah puas mencuba pelbagai petua, saya hampir berputus asa dan pernah terlintas di fikiran saya untuk tidak memberikan susu kepada anak saya secara direct. (Ya Allah luluhnya hati saya ketika melihat wajah anak saya). Lantas, saya teringat ketika nipple saya luka teruk dan menanah sehinggakan saya demam ketika saya pergi bekerja disebabkan payudara saya bengkak tidak dapat dipam. Setiap kali pam, darah akan keluar. Saya ada berjumpa doktor tetapi doktor hanya memberikan ubat tahan sakit dan krim tetapi bengkak susu masih tidak surut sehinggakan saya terpaksa berjumpa bidan untuk mengurut. Alhamdulillah, kali ini saya tidak perlu lagi berjumpa bidan untuk mengurut kerana saya sudah jumpa penawar bengkak susu manakala untuk puting yang luka saya hanya menggunakan Vitamin E dan tidak sampai 1 minggu puting yang luka sudahpun sembuh. 

Apa yang menarik tentang Vitamin E ini kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses baik luka. Namun pengambilan Vit E yang konsisten sangat membantu ibu sembuh dari kesakitan yang dilalui dan dapat melembapkan nipple dan mengelakkan kulit dibahagian tersebut merekah atau luka lagi. Tahukah anda??Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, kawasan aerola susu akan menjadi semakin besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran, aerola akan menjadi semakin gelap. Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten juga dapat membantu kawasan aerola yang gelap itu mengecil dan warna puting akan cerah semula.


Saya amat bersyukur kerana walaupun terpaksa menahan sakit, saya masih berpeluang untuk menyusukan anak saya sehingga hampir 2 tahun. Saya kasihan juga dengan ibu-ibu yang terlalu stress sehingga tidak sempat untuk mengepam susu dan akhirnya terpaksa mengalah. Sekiranya perkara ini berlaku, ibu-ibu tidak sepatutnya mengalah kerana masih mempunyai cara untuk menggandakan susu tersebut. Antaranya ialah ketahui teknik perahan susu ibu yang betul, tambah susu badan dengan power pumping dan tips banyakkan susu ibu. Saya berkata begitu kerana kesiankan anak yang menjadi mangsa. Susu ibu yang sepatutnya menjadi minuman utama si anak akhirnya bertukar kepada susu lembu.


Disini, saya kongsikan rutin seorang jururawat yang kita sedia maklum bahawa kerja mereka sangat sibuk tapi masih mampu untuk menyusukan anaknya sehingga berumur tahun.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

serta pengalam ibu menyusu bersama Vitamin E




Berminat dengan Vitamin E??Boleh hubungi saya di 

Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee: 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

3 comments:

  1. Tumpang tya..vit e tu buat sapu kt luka atau kita mkn..tqia

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 01152370397 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/

    Thanks tuan blog :)

    ReplyDelete