Friday, 22 November 2013

7 RAHSIA MILIKI KULIT MULUS


Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua..Semoga pagi ini dan hari ini menjadi hari yang diberkati olehNya...Maklumlah, harini hari jumaat kan??Penghulu segala hari..harap semua pembaca didalam keadaan sihat2 selalu..Pagi ini nak cerita panjang lebar sikit tentang rahsia untuk memiliki kulit mulus yang sinonim dengan wanita...Apabila berbicara mengenai kulit cantik, ramai diantara kita melabelkan wanita berkulit cerah sebagai insan yang bertuah..Kulit putih sering ditafsirkan sebagai 'cantik' oleh masyarakat tempatan..Mana taknya, bila kulit putih, muka nampak gebu je..Lelaki pun suka kan???kadang2 tak perlu make up pun dah nampak cantik..So, wanita yang berkulit sawo matang or hitam manis tu selalu dipinggirkan..huhu tapi tak semua lelaki macam tu kan???

Oleh kerana kepercayaan dan persepsi ini, wanita berlumba-lumba mengambil supplemen dan melakukan pelbagai rawatan di spa untuk mendapatkan kulit yang cerah. Sebenarnya kulit cantik, bukan terletak pada warnanya. Putih, kuning langsat, sawo matang dan hitam manis hanyalah kategori. Kulit cantik adalah kulit yang sihat, lembap, mulus, sekata dan licin. Hanya sekadar membuka minda anda, fikirkan sejenak apa guna kulit cerah andai tona kulit berbelak dan dipenuhi jerawat??Adakah kulit cerah ini cantik??Jawapannya tidak sama sekali.

Tidak kira berkulit cerah atau gelap, anda mesti memahami konsep kulit cantik. Wanita mesti bersyukur dengan kurniaan Maha Pencipta dan berusaha menjaganya dengan sebaik mungkin. Jom ikuti 7 tips untuk anda memiliki kulit sempurna. Praktik dengan disiplin yang tinggi, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

                           

PILIH PRODUK YANG SESUAI
  • Zaman sekarang ni, bermacam2 jenis produk kecantikan yang berada dipasaran. Oleh kerana terlalu terpengaruh untuk memiliki kulit muka yang cantik, ramai pembeli membeli produk kecantikan tersebut tanpa melihat isi kandungannya. Menjadi lebih malang lagi apabila selepas memakai produk tersebut, kulit muka menjadi semakin teruk. Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis iklan produk sebaliknya anda perlu teliti memilih rangkaian penjagaan kulit wajah dan badan yang sesuai. Baca label produk dan ketahui kandungannya. Cara ini dapat membantu anda memilih produk yang selamat. Jika kurang pasti, dapatkan khidmat pakar kulit atau pakar kecantikan bertauliah.

TIGA LANGKAH ASAS
  • Jadikan tiga langkah asas penjagaan kulit iaitu membersihkan, melembapkan dan menyegarkan sebagai rutin harian anda. Anda mesti berdisiplin melaksanakan rejim kecantikan ini setiap hari agar kulit sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga.

KRIM PELEMBAP ATASI KULIT KERING

  • Tidak kira anda bekerja di dalam bilik berhawa dingin atau sebaliknya, krim pelembap sangat penting. Ia membantu mengatasi masalah kulit kering di samping merawat dan melembapkan. Anda disarankan menyapu wajah dengan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari. Penggunaan krim pelembap secara konsisten akan membuatkan kulit tampak lebih gebu dan berseri.

JADIKAN KRIM PELINDUNG MATAHARI SEBAGAI TEMAN BAIK
  • Sinaran UVA dan UVB dikatakan punca berlakunya penuaan, kedutan, kulit tidak sekata, terbakar dan menjadi kering. Lantaran, amat penting untuk wanita memilih krim pelindung matahari atau tabir suria yg mengandungi SPF50. Ia melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser kulit.
BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
  • Kulit kering sering dikaitkan dengan sikap wanita yang kurang minum air putih. Akibatnya tubuh kekurangan air dan kulit menjadi kering serta menggelupas. Bagi mengatasi masalah ini, wanita mesti mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bersamaan 3L sehari. Lebihkan minum air putih jika cuaca panas. Bagi memahami kepentingan air kepada kecantikan kulit anda senang sahaja. Bayangkan pokok tomato yg jarang disiram air, buahnya kecut dan berkedut. Bagi pokok tomato yg jarang disiram air, buahnya kecut dan berkedut. Bagi pokok tomato yg mendapat air secukupnya, buah yang dihasilkan segar bugar dan gebu. Begitu juga dengan kulit manusia, air sangat mujarab untuk merawat tubuh dan memiliki kulit sihat.
SUPPLEMEN UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN
  • Gaya hidup wanita hari ini begitu sibuk sehinggakan mereka sering terlepas waktu makan. Demi mengejar masa, ramai yg mengambil makanan segera. Ia menyebabkan tubuh tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Bagi memenuhi keperluan tubuh, anda amat digalakkan mengambil supplemen seperti Vitamin C, E dan multivitamin. Vitamin C berkesan membantu kulit kekal cerah dan berseri.
PERAWATAN WAJAH & BADAN
  • Bagi yg berkemampuan, anda boleh merawat wajah dan tubuh di spa. Perawatan ini dapat membuang sel kulit mati, hasilnya kulit halus dan licin. Namun untuk golongan berpendapatan sederhana atau kesuntukan masa, anda boleh merawat diri di rumah dengan menggunakan produk yang sesuai. Jika masih mahu hasil yang lebih baik, buat sendiri ramuan kecantikan. Misalnya gunakan buah tomato atau putih telur sebagai masker. Tubuh pula, boleh dilulur dengan hampas kelapa mahupun kacang hijau yang direbus. Bahan alami ini murah dan mudah didapati. Lebih penting, ia selamat, tidak mempunyai kesan sampingan dan sangat berkesan. 










Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment