Thursday, 2 January 2014

20 Kebaikan Raja Segala Tumbuhan (ALFALFA)


Sempena Bulan promo Alfalfa Complex ni, jom kita tengok apakah kebaikan Alfalfa Complex ni...
Alfalfa Complex merupakan produk pertama yang telah dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Oleh itu, Alfalfa adalah produk signature Shaklee Corporation. 

Mengapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Complex sebagai supplement yang pertama? Di barat, Alfalfa merupakan herba tradisional mereka dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Formula Alfalfa telah dirumuskan oleh Dr. Shaklee untuk memberi pelbagai manfaat kepada jutaan manusia kerana Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak2.



20 Manfaat Alfalfa 
  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Mengawal kolesterol dalam darah
  3. Menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari tubuh
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema - pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan simptom menopous
  8. Merawat Asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksin dalam tubuh
  11. Mengurangkan sakit sendi dan otot
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Meningkatkan kesihatan prostat
  17. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  18. Menghangatkan hubungan intim suami isteri
  19. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
  20. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati.

Menarik tentang Alfalfa
  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Disediakan dalam dua size iaitu 33obiji dan 700 biji
  • Ianya boleh dihancurkan dan dicampur kedalam air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit
  • Tiada perasa tiruan, pewarna tiruan, pemanis dan pengawet tiruan
  • Membersihkan hati
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013-2109044 atau email nurhijratulhajar@yahoo.com untuk maklumat lanjut.



Baca Selanjutnya

PROMO TAHUN BARU ALFALFA BUY 6 FREE 1


Alhamdulillah hari ini hari khamis 2hb Januari 2014 iaitu kita sudah melangkah ke tahun yang baru dengan azam yang baru dan semangat yang baru. Mesti semua dah berazam untuk tahun baru ni kan???Macam2 yang mungkin kita impikan dan ingin capai tetapi jalan untuk menuju impian itu terletak di tangan kita sendiri..

Pada entry yang lepas, saya telah menceritakan kandungan yang terdapat didalam alfalfa ini. Sempena Promo Alfalfa ni, Beli 1 dapat 1, Beli 2 dapat 2, Beli 6 dapat 7..Sapa tak nak kan??


Alfalfa ini mempunyai pelbagai fungsi antaranya Milkbooster, merawat masalah keputihan, mencuci usus bagi membuang toksin, bertindak sebagai kacip fatimah, memulihkan urat selepas bersalin, menguatkan stamina seorang lelaki dan banyak lagi..

Harga sebenar alfalfa ialah RM53.50..Nak dapatkan harga promosi???Meh pm/sms/whatsapp 0132109044 atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Tuesday, 31 December 2013

CMPA (Cow's milk protein allergy)



Hari ni adalah 31/12/13 iaitu berakhirnya PROMOSI OMEGA GUARD dan esok kita akan berganjak ke tahun baru..Semoga tahun baru ini memberi 1001 makna kepada kehidupan kita dengan azam2 yang baru.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!!! Hari ni nak cerita sikit tentang CMPA..What is CMPA???Mungkin kita tak pernah dengar kan??



CMPA adalah ringkasan untuk Cow's Milk Protein Allergy atau alahan yang terjadi pada sesetengah bayi akibat mengambil susu formula. Alergi susu merupakan respons abnormal oleh sistem imun badan terhadap susu dan produk yang mengandungi susu lembu. Kebiasaannya ramai ibu yang bekerja akan mengalami dilema apabila tamat "cuti bersalin". Apabila perlu bekerja semula mereka akan mula mencari susu formula atau susu tepung yang berasaskan susu lembu yang terbaik untuk anak mereka. 

Tahukah anda wahai ibu, "Susu yang termahal bukanlah susu yang terbaik untuk anak anda!!!" "Susu yang terbaik dan termurah adalah Susu Ibu". Ramai ibu2 yang bekerja memberi alasan untuk tidak memberikan susu yang terbaik (Susu ibu) kepada anak mereka adalah kerana tuntutan kerja yang terlalu berat, leceh untuk mengepam susu dipejabat, dan sebagainya.. "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih!!" Tepuk dada tanyalah selera..

Susu adalah amat penting kepada bayi yang berumur satu tahun kebawah sebagai diet pertama kerana ia dapat membantu menyokong perkembangan mental dan fizikal terutamanya otak sebelum mereka meningkat dewasa. Namun begitu, sebelum memberikan susu formula kepada anak2 ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

Bagaimana ia berlaku??

Bagi kanak2 yang tidak bernasib baik iaitu mengalami "Alahan protein susu lembu" atau lebih dikenalai CMPA (Cow's Milk Protein Allergy) ia merupakan alahan makanan terhadap protein yang kerap diambil oleh kanak2 di Asia yang melibatkan 3 daripada 100 bayi. Ibubapa yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap asma atau alahan kulit seperti eczema, maka pemilihan susu formula perlulah diteliti dengan lebih berhati-hati kerana kebarangkalian untuk anak tersebut mengalami CMPA adalah tinggi dan mungkin akan menyebabkan anak tersebut mengalami masalah kekurangan nutrisi. Oleh itu, para ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor untuk memilih susu formula yang diberikan kepada anak dan mengenalpasti anak2 yang mengalami CMPA.

Susu formula mengandungi protein lembu dan ia adalah protein susu yang pertama diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Protein susu lembu terdiri daripada lebih 30 jenis asid amino yang membentuk protein dalam susu tersebut. Sebagai protein asing yang pertama diperkenalkan, maka tidak hairanlah jika susu lembu merupakan alahan makanan yang paling umum yang sering dialami oleh kanak2. Petanda CMPA dapat dilihat daripada bayi kebiasaannya bulan pertama lahir. Tempoh singkat penyusuan susu ibu secara eksklusif dan pendedahan awal kepada susu lembu adalah antara faktor risiko bayi mengalami CMPA termasuk faktor genetik atau sejarah keluarga.

Tanda2 kanak2 mengalami CMPA adalah :-

  •  Muntah
  • Cirit-birit
  • Kembung perut
  • Ruam kulit
  • Batuk
  • Sembelit dan mengeluarkan najis yang berdarah ( keadaan yang berlebihan) - pernah berlaku kepada anak pertama saya


Bolehkah ia dirawat atau sembuh semula??

Sebahagian kecil kanak2 akan mengalami masalah alahan ini sepanjang hayat hidup mereka. Namun begitu, jangan cepat berputus asa. Sekiranya susu lembu dikecualikan terus dari diet selama 2 hingga 3 tahun, masih ada peluang untuk kanak2 tersebut mengalami toleransi kepada susu formula itu dengan mengambilnya pada kadar sedikit. Kadar toleransi protein susu lembu ini berlaku sebanyak 9% pada umur 4 tahun, 42% pada umur 8 tahun, 80% pada umur 16 tahun. Mungkin apabila dewasa, mereka akan bebas dari masalah CMPA. 

Kekurangan laktase iaitu enzim yang dihasilkan oleh lapisan usus kecil manusia yang berfungsi untuk mencernakan gula laktosa dalam susu adalah punca intoleransi laktosa. Ia sedikit sebanyak akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit, kembung perut dan sakit perut sekaligus akan membuatkan mereka tidak selesa dan meragam di malam hari.

Intoleransi makanan tidak sama dengan alahan makanan kerana ia tidak melibatkan sistem imun tubuh, bermakna anak anda boleh mengambil susu formula berasaskan lembu cuma perlu memilih diet yang kurang berlaktosa.





Baca Selanjutnya

Wednesday, 25 December 2013

Omega 3 Mencegah dan Merawat Eczema


Hari ni hari rabu hari cuti sebab 25.12.13 penganut agama Kristian menyambut Hari Natal..so saya ucapkan Merry Christmas kepada semua yang menyambutnya dan Selamat Tahun Baru 2014..pejam celik pejam celik kita dah nak melangkau ke tahun baru..Semoga tahun baru yang akan datang memberi semangat dan azam yang baru kepada semua..Lagi beberapa hari je kita akan meninggalkan tahun 2013..Semua yang telah berlaku biarlah ia menjadi satu kenangan dan kita harus pandang kedepan dan meneruskan impian...

Beberapa hari juga kita promosi Omega guard akan berakhir..Hari ini saya nak cerita bagaimana Omega 3 dapat mencegah dan merawat Eczema.




Eczema berasal daripada bahasa "greek" iaitu "meluap" juga dikenalai sebagai dermatitis atopik. Ia adalah satu bentuk radang kulit yang kronik. Istilah ekzema telah meluas digunakan untuk pelbagai keadaan kulit yang berterusan. Ini termasuk kekeringan dan ruam kulit yang berulang oleh gejala-gejala seperti kemerah-merahan, edema kulit (bengkak), kegatalan dan kekeringan, pembentukan kerak, menggelupas, melepuh, retak, meleleh, atau pendarahan, pembentukan kerak , mengelupas, melepuh, retak , meleleh , atau pendarahan. 

Seperti mana yang kita tahu, Omega 3 adalah bersifat asid lemak, omega sangat bersifat anti inflammatory (anti radang). Keradangan ini adalah punca kepada eczema. Menurut kajian, pengambilan EPA dan DHA boleh mengurangkan keradangan sama ada radang kulit, radang paru-paru dan bengkak sendi antaranya. Omega 3 dapat membantu menguatkan membran sel. Radang kulit mudah berlaku apabila kekurangan EPA dan DHA di dalam badan. Selain itu, Omega juga melembabkan sel-sel kulit supaya tidak kering dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan eczema yang merebak. Namun demikian, pengambilan Omega 3 yang berlebihan juga mungkin akan terjadi. Tetapi peratus eczema terjadi adalah tinggi apabila kekurangan Omega 3. Eczema akan terjadi kepada sesiapa sahaja pada peringkat umur

PENTING UNTUK WANITA HAMIL



  • Sekiranya ketika mengandung, anda mengalami msalah keputihan yang kronik, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri kulat akan menjangkit pada kulit bayi yang akan menyebagkan radang kulit iaitu eczema!!!!

untuk maklumat lanjut, sila sms/whatsapp/wechat 013-2109044 atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com
Harga asal omega RM136..nak dapatkan harga RMXX!!!!cepat hubungi saya!!!Promosi berakhir 31 December 2013


Baca Selanjutnya

Tuesday, 24 December 2013

Lagi testimoni Set Kecantikan Shaklee



Assalammualaikum semua..Sihat hendaknya..Selalu je saya lambat nak update blog..huhu, maklumlah bz dengan family..Minggu ni je masa yang saya ada sebelum suami ke Miri Sarawak atas urusan kerja..Tadi bawak anak pergi Snow Walk di Icity Shah Alam..Bukan main suka lagi si damia..beria2 ajak pergi jalan kat Icity..So, hari ini ayah die bawak berjalan..Si kecik pun apa kurangnya..bukan main seronok lagi..huhu..tapi harini bukan nak cerita pasal Snow Walk..Cuma nak cerita tentang testimoni Set Kecantikan Shaklee. Mungkin entry saya kali ni agak pendek, tapi takpe sekadar perkongsian kegembiraan saya dengan pembaca blog permatahatibidadariku semua.

Sebelum ni, saya pernah ceritakan tentang set kecantikan shaklee iaitu Vitamin C dan Vitamin E yang paling bajet. Alhamdulillah, harini saya dapat sms dari customer yang dia rasa memang puas hati amik set kecantikan ni..Saya pun tumpang gembira untuk akak ni..


Dalam sms ni, akak ni beritahu saya yang "set kecantikan ni memang berkesan..kulit jadi lembap dan tak kering..Parut pun dah mula pudar!!"



Memang berbaloi kan??Tak perlu beli set kecantikan yang beratus-ratus hanya semata2 untuk cantik..Dengan set kecantikan Shaklee hanya RM1.45 sehari..murah kan?? Wanita zaman sekarang, ampai ada yang sanggup nak pakai susuk, botox sana botox sini..kerana terlalu taksub dengan cantik..Kadang2 naik seram pun ada tengok wanita yang terlampau taksub ni..Ada pula smpai memakan diri sendiri oleh kerana terlalu nak cantik..Cantik tidak seperti yang diharapkan..Lain yang dibuat, lain yang jadi..Nauzubillah..semoga kita semua dijauhkan..

So, saya rasa sampai disini sahaja entry saya kali ini..Nantikan entry saya yang akan datang dengan testimoni2 yang pastinya hot meletop!! Untuk sebarang maklumat, boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp/sms/wechat) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya