Thursday 17 September 2015

7 tips redakan demam panas yang ibu perlu tahu


Ibu risau adik demam panas

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Selamat hari Malaysia semua.  Semoga sihat hendaknya semua dengan keadaan cuaca negara kita yang tak menentu sekarang ni.  Semoga jerebu yang melanda cepat pulih seperti sedia kala.

Keadaan cuaca yang tidak menentu ni boleh membuatkan ramai jatuh sakit lebih-lebih lagi bayi. Demam bukanlah perkara yang mustahil pada ketika ini.


Ketahui beberapa tips untuk meredakan demam bayi



Apakah demam membahayakan??

Demam bukanlah sesuatu penyakit, namun ia adalah petanda kepada penyakit.  Kanak-kanak mahupun bayi demam diatas banyak sebab.  Kebanyakan demam dan penyakit hanya bertahan untuk beberapa hari namun ada sesetengah demam yang mengambil masa lebih lama dan mungkin menjadi petanda kepada sesuatu penyakit kronik.

Purata suhu badan untuk bayi atau kanak-kanak ialah 37 darjah celcius.  Jika suhu badan mereka melebihi 38 darjah celcius dalam masa 24 jam atau lebih, berkemungkinan mereka adalah demam.

Jangkitan adalah punca yang paling sinonim dengan demam.  Secara amnya, demam adalah tindakbalas semulajadi kepada sebarang jangkitan dan boleh membantu tubuh badan melawan jangkitan.

Kebanyakan jenis jangkitan adalah disebabkan virus, dimana bertanggungjawab diatas selesema dan jangkitan salur pernafasan dan juga penyakit berjangkit pada zaman kanak-kanak seperti chickenpox. Namun, jangkitan ini tidak akan lama dan tidak perlu dirawat.

Sesetengah jangkitan mungkin disebabkan oleh bakteria dan memerlukan rawatan antibiotik.  Ianya termasuk jangkitan tertentu seperti telinga, tekak, jangkitan saluran kencing, pneumonia, jangkitan darah dan meningitis.

Tekak yang sangat sakit beserta demam boleh disebabkan oleh streptococcus dan sekiranya ia tidak dirawat dengan antibiotik, jangkitan ini boleh menyebabkan demam reumatik atau kerosakan jantung.

Suhu badan bayi atau kanak-kanak akan naik dan turun pada satu darjah ketika demam. Kebiasaanya, suhu akan rendah pada awal pagi dan paling tinggi pada tengahari dan lewat petang.

Demam adalah jarang membahayakan, tetapi awas kerana terdapat beberapa jenis demam yang boleh membawa maut. Suhu yang tinggi boleh membuatkan anak berasa tidak selesa.  Mereka mungkin akan berasa sangat sejuk atau menggigil apabila suhu badan semakin meningkat dan berpeluh jika suhu badan menurun.

Bayi atau kanak-kanak mungkin akan menjadi kering ketika dia kehilangan banyak cecair tetapi tidak menggantikannya.

Namun, tetap berwaspada dengan sawan demam.  Sawan demam adalah sejenis sawan yang berlaku ketika demam.  Kira-kira 4% kanak-kanak berumur enam bulan hingga 5 tahun akan mengalami sawan demam.

Kanak-kanak berisiko untuk mengalami sawan demam ketika berusia 4-5 tahun.  Sawan demam tidak mempunyai kesan jangka panjang, namun ibu perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Bayi yang berumur bawah 3bulan yang mengalami demam perlu berjumpa dengan doktor segera kerana ianya amat sukar untuk menjangka sekiranya mereka mengalami penyakit yang serius.

Manakala bayi dibawah umur 12bulan, demam mungkin menjadi petanda kepada sesuatu penyakit dan perlu berjumpa dengan doktor.

Demam akan hilang mengikut jenis rawatan.  Demam menunjukkan bahawa badan kita berupaya untuk melawan jangkitan.  Suhu badan anak akan kembali  normal sekiranya jangkitan atau penyebab demam tersebut telah hilang sepenuhnya.


Namun waspada dengan demam yang membawa maut



Tips meredakan demam

Meredakan demam anak anda tidak akan membantu untuk menyembuhkan penyakit.  Namun sekiranya, suhu pada badan anak terlalu tinggi, mengurangkan suhu tersebut boleh membantu.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk mengurangkan demam atau tidak mahu menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophine atau ibuprofen atau sekiranya ibu tidak mempunyai apa-apa yang berguna ibu boleh mencuba pendekatan bukan perubatan untuk mengurangkan demam anak anda.

  • Sukat suhu anak terlebih dahulu  menggunakan termometer jika didapati anak demam.
  • Letakkan kain basah pada dahi anak ketika dia sedang berehat.  Lapkan seluruh badan anak dengan air rendaman asam jawa.
  • Pakaikan pakaian yang tidak tebal atau tanggalkan pakaian pada anak anda maka beliau akan kehilangan haba melalui kulit mereka. Sekiranya anak masih kesejukan, gunakan selimut yang nipis untuk mengurangkan kesejukan tersebut.
  • Berikan anak anda cecair atau makanan yang sejuk seperti pop ais atau yogurt untuk mengelakkan terhidrat.
  • Gunakan kipas.  Ibu mungkin tidak mahu anak ibu sejuk, pastikan kipas pada tetapan yang rendah dan ia mengedarkan udara di sekelilingnya dan bukannya ditiup secara langsung keatas anak.
  • Berikan anak anda makanan yang mudah dihadam seperti sup dan bubur.
  • Cuba pasang aircond jika ada didalam rumah.
Alhamdulillah, kesemua anak saya tidak pernah makan ubat klinik atau hospital ketika demam kerana saya tidak mahu galakkan mereka.  Lagipun, budak-budak susah nak makan ubat kan?? Maka, jalan terbaik saya ialah memberikan mereka nutriferon kerana ia mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari dan Omega Guard membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Selain itu, Omega Guard mengandungi Omega 3, DHA dan EPA yang diperlukan oleh kanak-kanak yang semakin membesar.

Sekiranya ibu berminat untuk mencuba supplement semulajadi untuk anak, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut di 013-2109044 (whatsapp)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Risau jugak kalau anak demam panas ni kan!! Bagus tips yang diberi moga dapat membantu ibu2 yang risau kalau anak demam panas

    ReplyDelete
  2. perkongian menarik , kalau anak demam, boleh apply nanti

    ReplyDelete