Monday 15 December 2014

Ketahui cara untuk menjadi ibu susuan supaya anak susuan mendapat khasiat susu ibu


Dilema seorang ibu untuk menjadi ibu susuan


Niat untuk menjadi ibu susuan itu adalah perkara yang murni, namun menjadi ibu susuan itu bukanlah perkara yang mudah. Pernah juga terlintas di hati ini ingin menjadi ibu susuan kerana stok susu yang terlampau banyak dan kerana kasihankan ibu yang tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk diberikan kepada bayi mereka. Tetapi akhirnya saya membatalkan niat tersebut kerana tidak diizinkan oleh suami. Disini saya kupaskan sedikit bagaimana cara untuk menjadi ibu susuan supaya tidak timbul perkahwinan tidak sah dimasa hadapan.


Ketahui cara untuk menjadi ibu susuan supaya tidak timbul masalah dimasa hadapan


Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Biarpun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula!! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam buku yang ditulis bertajuk " The Ultimate Breastfeeding Book of Answers". Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik untuk bayi selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Panduan sebelum menjadi ibu susuan

  1. Kaunseling- Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menjalani proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat(anda dan suami). Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan anda berdua daripada segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggungjawab yang besar untuk memelihara anak angkat. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang bakal dilalui bukanlah sesuatu yang biasa tetapi memerlukan proses adaptasi.
  2. Persediaan Fizikal- Setelah bersedia daripada segi mental, seterusnya anda berdua perlu melakukan persediaan fizikal termasuk memulakan rangsangan dengan kaedah yg betul. Anda juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi termasuklah perbelanjaan rawatan penghasilan susu.
  3. Lakukan persediaan seawal mungkin - Bagi anda yang sudah bersedia untuk menghasilkan susu ibu, lakukannya seawal yang mungkin, Anda disarankan untuk melakukan seawal 6bulan sebaik sahaja keinginan anda untuk mengambil anak angkat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, jika anda kesuntukan masa, anda masih boleh melakukannya asalkan mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus berusaha menghasilkan susu untuk diberikan kepada anak angkat yang bakal diterima.




Persediaan seawal 6 bulan

  • 6 bulan sebelum jangka waktu menerima bayi angkat, anda digalakkan memakan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10mg Domperidone 4 kali sehari selama seminggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencatkan penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  • Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun ianya adalah normal.
  • Teruskan untuk mengekalkan dos yang sama sehingga 6minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi tersebut.
  • 6 minggu sebelum mahu mengambil anak angkat tersebut, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone 4kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini dapat mengurangkan paras progesteron dan sekaligus meningkatkan penghasilan prolaktin sebagai persediaan mencetuskan susu ibu.
  • 2 minggu berikutnya, anda boleh mula mengepam setiap 3 jam sekali. Sebaik-baiknya gunakan pam "double". Apabila mula mengepam, anda boleh mengamalkan memakan makanan penggalak susu ibu seperti halba dan oat. Anda juga disarankan untuk meminum banyak air tetapi kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hal ini kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam tubuh.
  • Pada peringkat ini, susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warnanya putih jernih. Selepas beberapa hari atau minggu, susu sebenar akan terhasil.

Persediaan Kurang daripada 6 bulan

  • Makan pil perancagn (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  • Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancagn tetapi kekalkan dos Domperidone 20mg 4 kali sehari.
  • Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan Pam eletrik berganda. Makan makanan penggalak susu ibu seperti halba, oat dan minum banyak air.
Namun, selepas susu sudah dapat dihasilkan jangan lupa tips asas banyakkan susu supaya susu anda terus dapat dihasilkan sehingga anak mencecah umur 2 tahun.

Ketahui cara yang betul menghasilkan susu supaya menjadi ibu susuan


Syarat Menjadi ibu susuan mengikut lunas Islam

  1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun
  2. Anak yang disusukan, disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun
  3. Susu iu disyaratkan susu yang diberikan kepada bayi dapat membantu pertumbuhannya.

Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan dimana ia bermaksud menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses tersebut dikira sebagai 1 kali susuan. Jika proses penyusuan itu diselang dengan keadaan tertentu yang tidak mengambil masa yang lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali penyusuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payudara kanan ke sebelah kiri.

Untuk mendapatkan hasil susu yang meriah, saya mencadangkan Set 3M (Making More Milk) kerana mengandungi Alfalfa untuk membantu menghasilkan susu ibu dan membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang. Alhamdulillah saya sendiri telah mencubanya dan telah berhasil. 


Nak dapatkan Set Menyusu sendiri, boleh klik disini Set Menyusu supaya stok meriah atau

Hubungi saya sendiri.

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

 

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Mulianya hati si ibu yang mahu menyusukan bayi ini walaupun bukan darah dagingnya. Dengan set menyusu ini In shaa Allah dapat membantu si ibu menyusukan anak ini sepenuhnya

    CARA ATASI JERAWAT

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak menyusukan anak sendiri nanti..

    ReplyDelete