Monday 22 December 2014

Suprise birthday buat suamiku

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Sepatutnya entri ni saya buat hari ahad yang lepas tapi masih tak berkesempatan sehingga hari ini.. Saja nak kongsi cerita gembira,pada hari ahad yang lalu saya dan anak pertama saya telah membuat suprise birthday untuk suami sempena hari lahirnya yang ke 38tahun..Hari lahir yang sebenar ialah 22hb disember tapi terpaksa disambut pada 21hb kerana suami terpaksa outstation pada 22hb..

Ini adalah kek coklat cheese yang saya tempah secara online di rawang..Puas saya cari kedai yang berkedatan yang boleh menempah kek bersama gambar peribadi di atasnya namun tidak juga jumpa..Alhamdulillah hasil usaha google akhirnya saya jumpa laman web Nora's Cake House yang hanya beroperasi di rumah Taman Tun Teja Rawang..So tak jauh sangat dengan saya..Nora's Cake House juga ada menyediakan kos penghantaran..Memang sangat cantik kek ni dan rasanya pun sedap..
Nak jadikan cerita, sebelum nak buat suprise tu..saya suruhlah damia tutupkan mata ayah dia tapi ayah dia taknak..So apalagi, saya pulaklah yang kena gantikan tempat damia..Tutupkan mata suami dan damia bawak keluarkan kek..Bila dah letak atas meja,terkejutnya suami bila tengok ada kek atas meja..Seterusnya bermulalah sesi menyanyi dan meniup lilin..

Untuk suamiku, ku doakan semoga panjang umur,dimurahkan rezeki untuk kita sekeluarga,bahagia disampingku dan zuriat yang soleh dan solehah..Aminn..

Sekianlah entri saya pada kali ini..

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment