Friday 26 January 2018

7 Tips memilih bisness online dan mengembangkan bisness online


Meniaga online ni boleh buat duit ke? 

Rata-rata zaman sekarang ni dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia mengambil inisiatif melakukan kerja sampingan tak kisah sama ada online ataupun offline. Tetapi kebanyakkannya memilih bisness secara online yang lebih mudah dan murah.





Kenapa lebih mudah? Bisness online adalah bisness yang flexibel. Tiada waktu tetap untuk memulakan perniagaan. Berbanding bisness secara offline, kebanyakkannya perlu menyewa kedai yang mungkin memerlukan modal yang besar. Tapi kali ni kak H nak kongsikan 7 tips yang berguna untuk korang gunapakai bagi memantapkan lagi bisness korang.


7 Tips menambahbaik bisnes dan menjaga reputasi.

  • Pilih company yang sudah lama bertapak dan boleh diwarisi
Bayangkan korang nak bekerja di sebuah company ni. Sebelum di interview, korang mesti selidik dulu tu company apa dah berapa lama bertapak dan sebagainya kan? Yelah, kalau boleh tak nak lah company yang entah apa apa tiba tiba tak boleh nak bayar gaji pekerja or bankrup. Tak pasal pasal kita pulak kenja tanggung hutang lain. Carilah company yang menjalankan bisness tersebut melebihi beberapa tahun.

  • Wujudkan semua jenis media sosial yang ada seperti FACEBOOK, GOOGLE+ dan sebagainya.

Orang bisness ni kena sambar segala peluang dan ruang yang ada. Selagi ada medium untuk berbisness tak boleh dilepaskan. Baik secara online mahupun offline. Jika kita berada didalam jenis perniagaan yang sangat kompetitif, cuba untuk aktif di beberapa laman sosial yang lain. Contohnya jika perniagaan tersebut melibatkan Visual, cuba untuk menggunakan Pinterest, Instagram dan Flickr mungkin diperlukan. Namun, kebanyakan perniagaan mendapat manfaat dari beberapa jumlah video yang dikongsi melalui Youtube dan Vimeo.

  • Jangan abaikan akaun Media Sosial

Nama pun bisness online, penting sangat untuk kita membina kepercayaan diri kita kepada pelanggan. Kalau setakat ada media sosial tapi tak pernah update apa-apa orang pun tak tahu yang kita ni wujud.

  • Pertimbangkan Jenama dan Produk

Bila dah ada bisness ni, mesti kita dah pilih nama untuk Company tapi kita jangan kenalkan nama company je, sebaliknya brandingkan juga produk dan bahan yang kita jual daripada comgpany kita melalui website, profil media sosial dan sebagainya.

  • Update bisness menggunakan medium blog selain fb, twitter, ig dan sebagainya. 

Selain fb, ig, twitter seperti yang kak H buat sekarang kak H lebih banyak menjual melalui medium blog. Senjata rahsia sesuatu perniagaan adalah dengan blog dan SEO yang betul dan kata kunci yang baik dapat meningkatkan sales perniagaan tersebut. SEO ni kena belajar tau.

  • Melabur untuk bisness. 

Bagi membina reputasi didalam bisness memerlukan sedukit pelaburan. Bukan pelaburan untuk cepat kaya ye tapi pelaburan untuk mendapatkan ilmu. Untuk menguasai bidang bisness secara online perlu ada strategi yang betul supaya dapat menarik minat pembeli. 

Antara ilmu yang boleh dipelajari ialah fb ads, teknik copywriting, fb page, strategi marketing dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk melakukannya sendiri, boleh upah orang untuk mengemaskini akaun media sosial tersebut. 

Ada yang tanya kak H, buat Shaklee ni untung ke? Kalau tak untung, kak H pun dah tak buat lama dah. Nak tahu sebab apa?


  • Jangan main harga

Jika kita hanya ahli , jangan pernah langgar etika syarikat.. Kalau dah kata jual harga retail je jangan sibuk nak jual harga ahli pulak pada yang bukan ahli. Kan melanggar fitrah namanya. Lagipun, jual harga retail boleh lah dapat untung penat lelah korang guna internet post iklan kat media social. Kalau jual harga ahli tak dapat untung apa pun. Dapat penat lagi adalah.

Kenapa nak jual harga murah? Takut sebab takde orang beli?? Selagi kita tak bergantung harapan kepada manusia selagi tu kita takkan kecewa. Percayalah bahawa Allah adalah pemberi rezeki. Kalau dah Allah tu tulis, itu rezeki untuk kita maka terimalah dengan hati terbuka dan bersyukur. In shaa Allah kak H doakan sales kita semua akan mencanak canak dan mendapat rezeki yang tidak disangka sangka. 


Kenapa Shaklee sebagai bisness pilihan Kak H

Yelah, dalam banyak banyak bisness dalam dunia ni kenapalah nak kena pilih Shaklee jugak? Takde bisness lain ke? Ok, kak H nak share dengan korang ye kenapa kak H pilih Shaklee. Ok, ni point penting dia. 



  • SHAKLEE DITUBUHKAN OLEH SEORANG PESAKIT
  • SELAMAT
  1. Saringan terhadap 350 jenis contaminants, pesticides, dan immpurities terhadap semua kandungan botani.  
  1. 100 kajian dilakukan setiap tahun 
  1. No artificial flavor, Sweetenes or added preservatives 
  1. Gluten free
  1.  Non GMO 
  1. Biodegradable 
  1. Tiada ujikaji terhadap haiwan
  • TERBUKTI
  1. 100 pembentangan dan pencentakan saintifik termasuk LANDMARK STUDY 
  1. Kajian terhadap TELEMORE badan manusia 
  1. Patent Pending
  • BERKESAN
Kalau korang dah jumpa produk yang terbaik, korang nak berpaling lagi ke? Kak H bukan cakap kosong ye sebab kak H sendiri dah rasai kebaikan dan #shakleeffect tersebut. In shaa Allah hari ini dan selamnya takkan berpaling. INI YANG BUAT KAK H JATUH CINTA SELAMANYA.. 
Pengasas Shaklee adalah Forest C Shaklee yang sebenarnya seorang pesakit TB sejak dari lahir lagi dan doktor sahkan yang dia hanya boleh hidup 8 tahun sahaja. Disebabkan itu, parents dia ambil keputusan untuk hidup luar dari kawasan bandar dan makan hanya sayur sayuran dan buah buahan segar. Bila remaja beliau kaji kebaikan semua jenis alam semulajadi dan menubuhkan "first drugless clinic". Banyak dugaan yang terpkasa dilalui sehingga tanggal 1 April 1956 Shaklee Corporation ditubuhkan. Banyak lagi kisah dia yang akan kak H kongsikan kemudian.  Kalau


Produk yang selamat dan dari bahan yang berkualiti. Kenapa Selamat? 



Kajian telah dilakukan berpuluh tahun sebelum Shaklee dipasarkan terhadap manusia yang mengamalkan Shaklee dan tidak mengamalkan Shaklee.. Ternyata peratusannya sangat berbeza. 


Kalau ada yang berminat nak mulakan bisness Shaklee, boleh hubungi kak H sendiri melalui wasap 0132109044 atau boleh isi borang dibawah dan kak H akan menghubungi semula.



Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment