Friday, 29 November 2019

Perlu ke melancong??

Mana tempat yang paling kak H nak pergi?

Assalammualaikum dan Selamat petang semua. Pernah tak terdetik dalam hati korang untuk melancong? Rasanya kebanyakan dari kita tak banyak sikit mesti ada rasa teringin nak melancong kan? Kadang bukan apa, bila tengok kawan2 saudara mara share tempat2 menarik yang mereka pergi, kita pun rasa terpanggil nak tengok sendiri dengan mata kepala kita.




Kalau orang tanya kak H, dalam banyak banyak tempat kat dunia ni kat mana yang kak H teringin nak pergi? Kak H akan jawab,semua tempat kat bumi Allah ni kak H nak pergi. Sebab bagi kak H,bila kita keluar dari kelompok sekeliling kita, kita akan belajar benda baru.

Contohnya bila kita travel, kita akan lebih kenal potensi diri kita, tujuan hidup kita. Bila travel kita akan ditemukan dgn cabaran2 baru, jumpa org baru, budaya baru, gaya hidup baru yang jauh berbeza dari kehidupan harian kita. Macam tu jugak dengan bisness. Bila kita cuba keluar dari kelompok yang selalu kita buat,kita hadap baru kita akan rasa perbezaannya.

“To travel is to take a journey into yourself” -Danny Kaye.

Macam jepun sendiri pun ada 50 tempat yang boleh korang jelajah.. Tak teringin ke nak pergi semua tempat tu? Tengok gambar pun kak H dah teruja weyhh. 😍😍😍

In shaa Allah one of my aim untuk travel 1 dunia..semoga dipermudahkan segala urusan. Korang dah pergi mana? Sharelah maybe lepas ni kak H boleh masukkan dalam list.
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment