Wednesday, 4 April 2018

Kenapa Kak H yakin dengan Shaklee


Perbezaan SID PRO dan SID 

Ingat lagi masa kak H mula mula join Shaklee ni, Kak H bukan nak sangat pun buat bisness. Permulaan kak H join Shaklee ni dulu pun hanyalah sebagai customer. Minat nak cuba produk. Cuma berminat nak dapatkan harga ahli yang lebih murah je. 



Tapi bila dah rasa kesannya baru kak H berminat nak join ahli dan nak cuba buat bisness. Sebagai penjual supplement, kak H bukan main jual je ye. Bukan sign up bayar rm69 kemudian terus jual. Bermula dari pengambilan produk, iaitu testimoni diri sendiri kak H slow slow kaji tentang produk.


Bila dah terjebak dalam bisness yang menjual produk kesihatan, produk kecantikan dan yang seumpama dengannya, wajiblah kita belajar tentang produk tersebut kan. Sebab kak H percaya dua cabang bisness ni memang terlalu banyak kontroversi. 

Maklumlah, apa yang kita makan tu akan jadi darah daging kita manakala apa yang kita pakai dikulit muka pulak akan menyerlahkan kecantikan kita. Takkan nak sumbat segala macam bahan kimia pada badan kan??

Sebab itu kak H selalu sarankan pada customer kak H supaya join ahli dulu. Bila dah rasa kesannya in shaa Allah ada rezeki boleh buat bisness dan kongsi pada orang ramai. 

Ingat lagi, buku yang pertama kak H beli ialah Buku Panduan nutrisi ni.. Selain dari itu, kak H ada jugak attend kelas tentang produk yang dianjurkan oleh Shaklee.. Kebanyakkannya adalah percuma.. Kalau ada yang berbayar pun in shaa Allah tidak membebankan..

Sehari paling tidak kak H peruntukkan masa 1 jam untuk study tentang 1 produk dan fahamkan fungsi tersebut. Alhamdulillah kak H ada support group yang sangat supportive. Niat kami semua adalah untuk membantu korang diluar sana untuk ke arah gaya hidup lebih sihat. Bukan dah sakit baru nak cari supplemen. Ianya perlu diamal dari awal untuk mengelakkan sebarang penyakit pada masa akan datang. 

Bila ada kemusykilan, kami akan lanjutkan pada yang lebih arif. Suplemen Shaklee bukannya nak menggantikan ubat di hospital pun. Suplemen ni kita guna untuk jaga kesihatan sebelum terkena penyakit.

Dan untuk mereka yang dah berpenyakit pula, suplemen baru untuk atasi punca penyakit tersebut. Ia bukan menggantikan ubat pun. Merosakkan lagi badan tu JAUH SEKALIlah.

Bezanya SID PRO dan SID biasa ialah bila ada sebarang kontroversi melanda, kami sebagai SID PRO tidak mudah melatah dan akan terus berjuang. Kalau dah tahu tentang LANDMARK STUDY, mana mungkin boleh goyah. Kalau tak, masakan Shaklee boleh bertahan selama 102tahun.

Inilah yang membuatkan kak H masih setia dengan Shaklee dan takkan berpaling. Yang suka kondem Shaklee, kak H doakan moga suatu hari nanti korang jumpa dengan kak H dan perlukan Shaklee. Masa tu baru korang rasa, Shaklee ni suplemen paling best dalam dunia. 

Kalau SHAKLEE ni bahaya

Kenapa KKM Malaysia pun iktiraf Shaklee?
Kenapa ramai orang makin sihat lepas makan Shaklee?
Kenapa nak kena viral tanpa bukti yang pamerkan hitam putih?
Kenapa tak email Shaklee terus kalau nak tahu hal sebenarnya?

Logik? 

Jadi nak tau lebih tentang Shakee boleh tengok sini terus ya Health Resource Shaklee dan semoga jumpa apa yang dicari.

Salam Sayang
Kak H
SID PRO

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a comment