Wednesday, 10 February 2016

5 Perkara anda Perlu Tahu tentang Vertigo!!Wajib baca sekiranya anda kerap mengalami Pening Kepala!!


Vertigo adalah pening yang luar biasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Pernah dengar tentang vertigo?? Saya percaya, ramai yang tidak pernah tahu apa itu vertigo. Pernah mengalami pening?? Ya, pening semua orang pernah laluinya kan?? Vertigo adalah suatu keadaan dimana anda merasa pening dan keadaan sekeliling anda seakan berputar.




Punca-punca vertigo

Vertigo kebiasaanya disebabkan oleh masalah telinga.  Antara punca-punca yang paling ketara ialah:-

  • BPPV adalah singkatan kepada benign paroxymal positional vertigo. BPPV berlaku apabila terdapat zarah kecil kalsium yang menyumbat salur dalam terusan telinga dalam.  Fungsi telinga dalam adalah menghantar isyarat ke otak mengenai pergerakan kepala dan badan yang relatif kepada graviti.  BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan boleh dikaitkan dengan faktor usia.
  • Penyakit Meniere.  Ini adalah sejenis penyakit gangguan telinga yang dipercayai oleh penumpuan tekanan cecair dan perubahan didalam telinga.  Ia boleh mengakibatkan masalah getaran pada telinga ataupun masalah kehilangan pendengaran.
  • Radang Urat Saraf Vestibular atau Labyrinthitis adalah satu masalah telinga yang kebiasaanya berkaitan dengan jangkitan virus.  Jangkitan ini menyebabkan radang pada telinga dalam dan sekitar saraf yang penting untuk membantu keseimbangan badan.


Vertigo berkemungkinan boleh berlaku sekiranya:- 
  1. Kecederaaan pada kepala atau otak seperti strok atau ketumbuhan.
  2. Ubat-ubatan tertentu yang boleh menyebabkan kerosakan telinga.
  3. Migrain

Simptom - simptom Vertigo

Vertigo sering berlaku oleh perubahan kedudukan dalam kepala anda.  Seseorang yang mengalami vertigo akan menggambarkan keadaaan mereka seperti:-

  • Keadaan sekeliling berputar
  • Badan terasa senget
  • Keadaan sekeliling seakan bergoyang
  • Tidak seimbang
  • Rasa seperti ditarik ke satu arah
Simptom lain yang mungkin dikaitkan dengan vertigo ialah:-
  • rasa loya
  • pergerakan mata yang tidak normal
  • sakit kepala
  • berpeluh
  • Masalah nada pendengaran ataupun kehilangan pendengaran
Simptom - simptom tersebut mungkin boleh berakhir untuk beberapa minit kepada beberapa jam ataupun lebih dan boleh datang dan pergi.

Rawatan untuk Vertigo

Rawatan vertigo bergantung kepada apa yang menyebabkannya.  Dalam kebanyakan kes, vertigo boleh hilang tanpa sebarang rawatan. Ini adalah disebabkan oleh otak dapat menyesuaikan diri sekurang-kurangnya sebahagian dengan perubahan telinga, bergantung kepada mekanisme lain untuk mengekalkan keseimbangan.

Untuk beberapa kes, rawatan amat diperlukan termasuk:-

  • Vestibular rehabilitation.  Ini adalah sejenis terapi fizikal dimana ianya hanya memfokuskan kepada untuk membantu menguatkan sistem vestibular.  Fungsi sistem vestibular ialah untuk menghantar signal kepada otak mengenai pergerakan kepala dan badan yang berkait kepada graviti.  Rawatan vestibular boleh disyorkan sekiranya anda mengalami serangan vertigo yang berulang
  • Penyusunan gerakan semula Canalith.  Berdasarkan garis panduan daripada American Academy of Neurology mengesyorkan pergerakan khusus spesifik untuk BPPV bagi siri kepala dan badan.  Gerakan-gerakan yang dilakukan adalah untuk menggerakkan deposit kalsium daripada terusan telinga ke dalam ruang telinga supaya ianya dapat diserap oleh badan.  Ahli terapi fizikal boleh membimbing anda melalui pergerakan dan ianya adalah selamat dan sering berkesan.
  • Ubatan.  Dalam beberapa kes, ubat boleh diberikan untuk melegakan gejala-gejala seperti loya atau mabuk yang berkaitan denga vertigo.  Jika vertigo adalah disebabkan oleh jangkitan atau keradangan, antibiotik atau steroid boleh mengurangkan bengkak dan menyembuhkan jangkitan. Bagi penyakit Meniere, diuretik (pil air ) yang ditetapkan untuk mengurangkan tekanan dari cairan yang dihasilkan.
  • Pembedahan.  Dalam beberapa kes, pembedahan mungkin diperlukan untuk vertigo.  Jika vertigo adalah disebabkan oleh masalah yang lebih serius, seperti ketumbuhan atau kecederaan kepada otak atau leher, rawatan untuk masalah tersebut boleh membantu mengurangkan vertigo itu.
Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai rawatan diatas namun belum menampakkan hasil, anda mungkin boleh ikhtiar dengan mengamalkan Vivix kerana ia dapat memperbaiki DNA dan tenaga sel.  Selain itu ianya membantu dalam meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Dibawah adalah testimoni pesakit vivix yang sembuh selepas pengambilan 3 botol vivix.




Alhamdulillah, dengan izin Allah ibunya sembuh dari masalah vertigo.. Jika anda berminat untuk mencuba Vivix, bolehlah menghubungi saya melalui wasap 013-2109044 (Hajar) ataupun sekiranya anda berdekatan dengan saya bolehlah dapatkan Vivix tanpa kos pos.. Hubungi saya hari ini untuk mendapatkan Vivix harga promosi dan free membership.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are not intended to be diagnoser, treat, cure or prevent any disease.**

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment